Ceramah pagi tadi di IKIM memberi inspirasi untuk ummi menulis tentang tajuk di atas. Pada awalnya terfikir jugak mengapa isu Mata Lebah dan Mata Lalat ni disamakan dengan kehidupan kita. Akhirnya ilham datang ketika melewati kawasan perkuburan. Rasanya untuk mendapatkan idea yang banyak ketika menulis kita perlu berada di kawasan perkuburan agaknya.. (tersenyum sinis)
Mata lebah.. Jadilah kita seperti mata lebah, cuma melihat dan memilih yang baik-baik. Walaupun lalu di tempat pembuangan sampah atau tempat yang kotor dia tetap mencari yang baik dan cantik. Maka, janganlah kita cepat sangat memberi label. Cari dan kaji pasti ada kebaikan dalam setiap kejadian. Oleh kerana itu apa yang dihasilkan lebah adalah ubat segala penyakit kerana bijak memilih. Berfikir secara positif, mengambil tindakan secara positif maka hasilnya juga positif. (tapi ingat lebah kalau sengat bisa tau)
Mata Lalat.. mata seperti ini cuma melihat yang buruk dan busuk sahaja. Yang baik dan wangi adalah musuh utamanya. Bangkai dan tempat tempat kotor adalah tempat tinggal yang sungguh selesa bagi mereka. Cuba fikirkan, lebah kalau hinggap pada bunga menghasilkan madu. Lalat kalau hinggap pada makanan ... dia tinggalakn najis ataupun pun lebih sinonim kita sebut "kentut lalat". Bila termakan makanan yang dihinggapi lalat kitaboleh sakit. Ini yang dikatakan bila suka melihat sesuatu yang negatif tindakan kita juga negatif dan hasil yang kita dapat juga negatif. (Lalat mana ada gigit orang tapi kalau dia dah jadi langau.. sakit telinga ni... ngenggg ngeenggg)
P/s susah betul nak jadi cam mata lebah ni kalau sampah sarap penuh kat depan mata. Jom kita usaha jadi bunga... tak nak lah jadi sampah...
6 comments:
Ummi,
Macam mana mata lalat boleh berderet di leher baju kurung?
Heeee....
Saya suka dengan k0men Kak Nora aka Nek Lang~ =D Macam mana ummi? Hehehe~
Akak, sangat suka juga entry ini! I 1000tahun LOIKE!~ :)
Haha Nek lang ngan Adindaku Pooh pengomen setia kat sini...
Nek Lang tu bukan mata lalat yg buat tak senonoh... dia ada tulang belud yang mengawal tindak tanduk dia... haha.. tu tulang belud mata lalat la nek lang..kak li pandai jahit..
Adindaku Pooh.. ilham datang bukan nya boleh tentu... ikut tahap iman jugak rasanya.... :p
Aleh...orang selalu kata "jahit mata lalat", tak cakap pun "jahit tulang belud mata lalat"! Mata Kak Li macam mata lebah bila menjahit.Kah, kah, kah...
haha...nek lang dah pandai cakap eleh... haha.... best best..Nek Lang memang best..nasib baik nek lang tak de FB ummi..kalu tak lagi nangis tau...
Post a Comment