Sunday, July 24, 2011

Kurang ajar.... suka ati memutuskan silaturahimmmm

Entri kali ini Umi coretkan dengan satu perasaan yang bercampur baur. Rasa marah , geram dan terkilan datang bersilih ganti yang mana ianya menuntut Umi menggunakan anugarah kurniaan Allah iaitu "IMAN" dan "AKAL"dengan sesungguh-sungguhnya! dan yang paling penting mengingatkan Umi agar tidak mudah terjentik dengan hal-hal yang remeh temeh begini!

Bagi Umi, keluarga adalah segala-segalanya. Perselisihan dalam hubungan kekeluargaan memang tidak dapat dielakan. Sedangkan lidah lagi tergigit apalagi kita adik beradik. Begitu juga dengan anak-anak buah Umi. Umi sayangkan mereka seperti mana anak- anak Umi sendiri. Tidak pernah Umi membeza-bezakan antara mereka kerana pada merekalah tempat Umi menumpang kasih di hari tua nanti. (yg membezakan layanan mak cu... bila kau pun layan mak cu mcm orgg... so what u giv you get backkkk....)

"mak cu no matter how solehah ur blog is..."............. seronok bila ayat ni dikeluarkan oleh seorang anak saudara graduan dari Jepun dan masih bekerja di Jepun. Tapi dia bukan anak sedara lagi kot... sebab dia adik beradik dah hantar notis putuskan hubungan kekeluargaan ni secara official semalam.... rasanya biar ummi bahasakan dia sebagai pompan jepun itu lebih manis rasanya. kalau nak tahu ....teruskan membaca apa yang ummi maksudkan mereka putusakan hubungan kekeluargaan ini secara official.

kepada followers ummi yang selalu bertandang ke sini, terima kasih yang tidak terhingga dan maaf hari ini bahasa ummi tidak semanis sebelumnya. Blog ini tempat ummi mencurah segala apa yang terlintas di kotak fikiran ummi. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri ummi yang hina.

Entri ini bukan umum...memang ummi tujukan untuk dua beradik yg besau kepala ni... kalau kau baca Alhamdullilah....Manusia penuh ego. Hari ni ummi nak curahkan segalanya disini... supaya selepas ni tiada apa yang terpendam lagi. Andai aku mati pun selepas ni... lega rasa bila segala yang terpendam telah ku curahkan kat blog ni.

Kisah bermula.. suatu hari ketika kami anak beranak bergolek-golek nak tunggu mata terpejam, naqib minta ummi garukkan dia.. ummi pun ckp, masa kau kecik kau suruh garuk ummi garukkan...besok ummi dah tua umi sakit kaki, suruh kau urut...kau boleh urutkan... mcm mcm lagi lah yang umi compare masa dia kecik dan masa ummi tua nanti....

esokknya bila ilham datang mencurah-curah ummi pun tulis di FB dan di blog... entry yang ini ..

Bila anak menangis masa kecik kecik dalam buaian, mak bapak nyanyi untuk tidurkan

nanti bila mak bapak nangis... kau buat tak reti...kau perlekehkan

Bila anak demam... mak bapak pakat pakat amek cuti ....

nanti bila mak bapak demam.... anak sibuk ada meeting tk leh cuti

selebihnya....baca entry ummi tajuk Beza anak dengan mak bapak...


tiada terniat nak mengata sesiapa..sekadar mencurahklan ilham untuk blog ni. Jadi terpulang kepada yang membacanya. Rasa kalau terkena pada kita sedau sedaulah diri... kalau kita ada mak bapak jangan lah buat macam tu...ramai jugak yang komen kata terasa dengan tulisan ummi. Tapi mereka ucap terima kasih kerana dengan teguran ummi di blog dan mereka berubah...

Tidak seperti dua graduan ni.... (agaknya dia rasa dia dah pandai benau lah..apa lah sama dengan taraf pemikiran aku kerani cabuk ni) terus melenting lenting... hantau mesej kat anak saudara yang seorang lagi...dan memutuskan hubungan kami secara officialy. (dia cakap org putih maklum le graduannnn) habis satu keluarga kami dibuangnya...apa ni? Asal kau terasa... kalau kau terasa betul le memang tu korang...

begini bunyi mesejnya...

ni yang adik pompan jepun tu hantar ... Oh yeah do tell dem, Mieza dat everone is officially out of my life, thank you very much...u wanted respect i've given it before... but not anymore..... bla bla have fun messing up with otha families just not mine...." ada lagi,dia dah dapat pengesahan kakak dia, " pompan jepun totally agreed... bla bla bla " bapak dia (abang ummi )tengah terlantar kat hospital tahu ke tak dia putuskan hubungan ni ...astaghfirullahalazhimmmm... senang budak budak sekarang memutuskan hubungan kekeluargaan. Dia ingat senang nak bina balik selepas ni....

Anak-anak buah yang lain punya hangin.... terus tulis kat FB aku pasal ketidak puasan hati dia org... biarkan mereka luahkan, mungkin mereka tengah marah.... tapi itu yang korang mahu kan...seperti mesej adik pompan jepun ni tadi...(adik dia biar ummi gelarkan "lembut plastik" kalau tengok orang nya kita tak sangka ini perangainya...bukan main lemah lembut..) tapi kewarasan fikiran cetek... bila melenting buang sedara.... yang tulis aku, yang tak pasal pasal kau buang semua sedara mara pe kesss...

Allah tu Maha Agung Maha kaya...dia gerakkan tangan ni untuk baca komen pompan jepun kat entry ummi tu...

"ummi soleha" borak ngn kitorg? penah ke amik kisah? sapa yg pilih anak sedara? i dun need ur advice lar. ilmu kemanusiaan kurg? yelar duk dpn muka baik blakang kutuk. ckp agama pandai skit doesnt mean hav da rite nk judge org. yg boleh judge kitorg adik bradik is our parents & Allah. not ummi soleha or mimie or anyone. i dun think dis blog give us ilmu & i totally xkutuk agama sendiri..."

manis bahasa graduannnnn.... maklum le keje kat Jepunnn (eh Jepun ni ada tak group group usrah, kesian lah.. rasanya kena adakan ar.. dapat usrah dia org sesikit pun jadi le... bab bab dekat diri dgn Allah, bab aurat kee... bab cara bergaul dengan org tua)...rasanya dia tak paham bahasa melayu... tapi pelik baca entry aku. Memang le tak dapat faedah... cuba kau baca bahasa melayu dengan betul dalam entry aku ni...tentu tak banyak sikit kau dapat faedah... kau kata blog aku tak de pekdah..yg kau sahkan aku boleh ckp sikit tentang agama buat apa... tu lah... gunalah bahasa kebangsaan kita, bila org melayu cakap omputih... dia bukak pekong sendiri...melayu tetap melayu... tak kan melayu hilang di dunia dek nonnnn.... bila melayu byk ckp omputih dalm urusan kekeluargaan ... ish ... loya tekak teman

Kalau tulisan aku ni tak de kena mengena dengan korang, Apasal kau nak terasa kalau itu bukan kau. Kalau korang la... kalau apa yang aku tulis tak de kena mengena dengan kau..kau nak terasa ke? Lagi satu anak sedara lain semua ada dalam list FB aku yang kau tak de dalam list aku kau nak melenting dengan tulisan aku apasal. (aku pernah request nak add friends dia tak nak add...sebab aku kerani cabuk tak sama level ngan dia adik beradikkk....)

Lagi satu sebelum kau nak buang sedara bincang dengan mak bapak korang dulu. Kau buang kita org macam mana pun... bapak kau tetap abang kita oranggg... air di cincang takkan putus. Tapi esok kalau terjadi apa- apa kat bapak kau... kan ke kau nak nak cari sedara jugak...lebih-lebih lagi pak tam malaikat dalam keluarga kami. Jangan ingat bapak kau baru sakit cam tu, senang senang kau nak buang sedara. Kalau boleh sebelum buat keputusan yang bodoh... tolong fikir berbalik balik. Penat mak bapak antau belajar luar negara.

Lagi satu kau jangan kutuk anak buah aku yang lain eh....dia orang tak de kena mengena dalam hal ni... banyakan baca buku agama... jangan baca blog aku ni, kalau kau rasa tak de pengisian. Aku seperti biasa takkan berhenti menulis kerana inilah medan aku untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain. kata pompan jepun ni lagi "yelar duk dpn muka baik blakang kutuk. ckp agama pandai skit doesnt mean hav da rite nk judge org." manis sungguh kata kata seorang budak pada orang tua....kata kata kau tu bagi perangsang kat aku untuk terus menulis. aku tak kuasa nak judge kau...byk keje lagi aku nak buat..nak kemas umah tak abis... kang rumah cam tongkang pecah malu orang tengokkkk...

Aku mohon dengan Allah, selepas ini Allah berilah aku lebih banyak ilham lagi untuk aku terus menerus ke arah untuk mengajak orang melakukan kebaikan. Bila orang -orang macam kau ni terasa dengan tulisan aku, aku bangga kerana tulisan aku ni berjaya mengetuk kota akal fikiran korang yang cerdik tu... jangan ingat korang dah cukup baik!!!!... kau tengking bapak kau depan adik beradik bapak kau kita org tak ckp apa pun..... kalau aku bukak salasilah taik korang kang sesia jek...

kalau kau kata "i dun think dis blog give us ilmu".... kau carilah blog lain yang boleh menasihati kau ke jalan yang lebih baik. Yang korang singgah kat blog ni buat apa.... ke sekadar nak jaga tepi kain orang.. lain kali masuk blog orang bagi salam yeee.... kalau dulu masih anak sedara ok lagi... ni korang sendiri yang putuskan... malu malu sikit ye nak masuk blog orang....

haaaa.... satu kepuasan bila tulisan aku korang baca.... belajar belajar le hormat orang tua dan saudara mara... jangan org yang tak berdosa pun jadi mangsaa....

“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.

(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)


8 comments:

Nurul Aizam Zaini said...

erkk cikgu... saya pun graduan U juga... but i dont thik as graduate we are free to do anything we like...

life is not just about our self, we live in the world created by Allah and we must follow HIS commandments.. if we don't want to follow it, go and find another "world" which is not created by Allah... is there any??? i don't think so..

oke, even sy xde kena mengena dalam hal ini tp sy just nk bgtau satu hadis Nabi S.A.W...

"Orang yang memutuskan hubungan tidak masuk syurga. (Bukhari, Muslim, Abu Daud)"

Artikel penuh boleh baca disini...

http://www.ismaweb.net/v4/2010/05/hubungan-kekeluargaan/

Moga Allah bukakan pintu hati mereka untuk faham Islam yang sebenar, Ameen!

ummi said...

wahhh aizam cakap org putih laaaa....nak ckp org putih boleh asal saja tahu adab dan ada iman....

terasa hina diri ini bila insan sebaik kalian sudi singgah di blog yg tak memberi kebaikan apa apa pun.. mana lah sama tulisan seorang kerani cabok dengan graduan...

kisah dibuang saudara tidak langsung menyentuh perasaan akak tapi hari ini air mata akak tumpah jua terharu bila aizam memberi komen yg sungguh membina...

inilah graduan yang kita cari... makin tunduk makin berisi...bukan membangga diri..dan membuang saudara sendiri....

terima kasih sekali lagi...

LS said...

Laa patutla makcu angin.
:)

Dah lah makcu. lagi simbah minyak lagi naik api dia.

Peace makcu!

-Lann

ummi said...

tu la lan... kalau dia kutuk mak cu ok lagi.. ni pak tam (abg zul) yg sebaik baik umat tu dia boleh kuang ajar... (bapak sedara tuuuu...) ha...saje tempah maut lerrr... mak cu rassa dua tiga hari ni dia kenyang makan kutuk je lerrr... si mimie kalau naik angin...mak cu pun takuttt....

hidup ni kalau ada pakai akal..semua keje senang...bila pakai nafsuu... ini le hasilnya..sedara yang tak berdosa dibuangnya... maki org suka ati mak dia... rasa angkuh...konon dia betul sangatt...

amek kaw ni le hasilnya... ni le konvo yang sebenar buat mereka... lepas ni kalau dia org berubah...alhamdulilahh tak sesia maki hamun yang dia makan dua tiga hari ni....

kita org ni apii.... stanby mode jek..dia jirus minyakkk...apa lagiii...

mempertahankan maruah keluarga juga dikira fisabilillah....

mr-aizuddin said...

assalammualaikum.. cool kak. ni la ujian Allah pada akak sekeluarga.. diberikan insan2 ini untuk akak dan keluarga usaha untuk pujuk dan ajak mereka ke arah syurga (jauhkan/tarik mrk dr menghampiri neraka jahanam). Nabi SAW dah pesan..

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".(riwayat Imam Muslim)..

tkpe la kak.. teruskan usaha akak dlm mengajak ke arah kebaikkan dan mencegah dr melakukan perkara mungkar.. contohnya pasal putus2 sedara ni, x hormat org tua dan sume2 lah benda2 yg syaitan suka ni..

semoga satu hari nnt, kita diberikan hidayah oleh Allah dan sedar akan kesilapan masing2.. (nasihat untuk diri sendiri yang byk silap dan dosa sepanjang hidup ni)

semoga akak sekeluarga menghadapi ujian Allah ini dengan tenang, sabar dan menunaikan solat.. maafkan mereka dan doakan utk mereka ye kak.. sempena bulan Ramadhan yg bakal menjelma ni..

segala yang baik hanya daripada Allah..

peace.. wassalam..

ummi said...

Din terima kasih byk...tidak pernah akak mengharapkan tulisan akak mendapat pujian...penghargaan jauh sekali...berapa kali akak ulangg..yang baik itu dari Allah... yang buruk dari akak... tapi mereka mereka ini tidak paham.

Zaman sekarang bila kita memberi teguran yang baik... ingatan tu sebelum untuk org luar...untuk anak anak akak dulu..perbualan kami..akak coretkan di blog..selain untuk anak...andai kata terkena batang hidung kalian... buat lah perubahan.

Yang pelik...kalau korang hanyut..semua diam mengutuk belakang...sampi bila Allah tak pandang kita. Bila kita tegur utuk kebaikan...dengan mudah mereka memtuskan silaturahimmm...

Bila hati akak hancur din... akak teringat perjuangan Rasullah saw...lagi teruk Rasullah di hina di kutuk...itu yang buat hati akak jadik kuat...

Graduan macam korang ni lah yang susah nak dapat....

Korang pun bukan tak kenal akak...kalau wat salah komperm komperm kena marah ngan akak kan....tapi tak pernah korang berdendam..dah pangkat besar masih cari akak kerani cabuk niiii...tak dpt jumpa kat opis dtg carik kat umahhh....

ni namanya bila hubungan kita di rahmati Allah...kita bertemu dan berpisah hanya kerana Allah...

Din Allah tak pandang pangkat harta kita tapi Allah tgk hati kita...

BAD said...

Assalamualaikum Din dan yang lain-lain jugak.

Pertama sekali Abg Bad ucapkan terima kasih diatas sokongan dan nasihat dari korang semua. Dengan adanya korang terutamanya adik-adik usrah semualah maka adanya "Kak Ina" yang sekarang ini.

Ikhlas Abg Bad katakan, Abg Bad berasa begitu terharu dengan sokongan dari korang disaat Kak Ina didalam keaadan yang sukar begini walaupun korang tidak ada apa-apa ikatan kekeluargaan dengan Kak Ina.

Selama ini Kak Ina melayan korang semua macam adik Kak Ina sendiri. Dia ikhlas menerima dan melayan korang semua. Abd Bad rasa korang pun boleh menilaikanya. Segala teguran dan marahnya kat korang ibarat marahnya kepada adik sendiri.

Cumanya mungkin Kak Ina merasa sedikit terkilan dan sedih bila mana insan yang "dekat" dengannya tidak dapat merasa dan mengerti seperti mana yang korang rasakan akan kasihnya Kak Ina.

InsyaAllah, sebagai seorang suami, Abg Bad akan tetap menyokong dan membimbing kak Ina sedaya yang mampu. Sesungguhnya Abg Bad cukup mengenali hati budinya.

Kepada Ummi, setinggi-tinggi doa abg panjatkan kehadrat ilahi agar ummi dikurniakan kesabaran dan keimanan yang teguh . Moga ditambahkan lagi "KESOLEHAHAN"itu!

Ummi tidak perlu bersedih hati kerana hidayah itu milik mutlak Allah subhanAllahuta'ala. Sebagaimana Baginda junjungan besar kita juga tidak mampu memberi hidayah kepada bapa saudara kesayanagnya untuk menerima islam.

Tabahkan hati, tidak perlu terikut-ikut hasutan syaitan dan yang seangkatan denganya.Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya!. jadilah Ummi seperti mana sekarang.

Din, sampaikan salam Abg Bad kepada adik-adik usrah yang lain. Teruskanlah memberi sokongan kepada kak Ina sebagaimana Kak Ina sentiasa berada dekat dengan korang bila korang memerlukan Kak Ina.

Terima kasih yang terhingga Abg Bad ucapkan kepada korang sume diatas segala-galanya.

Wassalam

-ABG BAD-

mr-aizuddin said...

Abg Bad, insyaAllah.. sy akan smpaikan salam pada diorang jika ada kesempatan. Abg Bad dgn kak Ina dah mcm kakak dgn abg saya walaupun tiada ikatan kekeluargaan. tp tula.. berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya.. dan dlm setandan pisang, tk semuanya baik. mesti ade satu dua yg kurang sket kualiti dia.. tu yg kita kena rawat dan pulihkan. semoga dgn izin Allah, Abg Bad dan Kak Ina dpt mengharungi cabaran dan ujian Allah ini dgn tenang dan hati yg bersih.. ketika berdakwah di jalan Allah dan bila terasa sedih atau berdukacita, selalu ingat ungkapan ni ye.. La Tahzan, Innallaha Ma'ana (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita)