Friday, December 10, 2010

Kisah seram.... Perempuan Mengendong Bayi berjalan di Tengah Malam

Sebenarnya aku menulis "Bukan Kerna Nama" tapi kasih sesama insan.

Anak-anak masih di kampung. Hajat di hati nak balik, tapi hari ni hari Jumaat. Esok ada macam macam agenda. Niat untuk mengambil anak terpaksa dibatalkan. Untuk menghilangkan kebosanan duduk di rumah tanpa anak-anak.. macam macam benda yang kami lakukan. Yang paling senang, round satu Melaka.

Malam ni kami keluar makan selepas solat isyak. Sedang enak menikmati hidangan, suami mengusulkan, lepas makan kita ke kedai pak imam cari majalah. Enak juadah yang kami nikmati. Selepas makan kami pun menuju ke kedai Pak Imam.... setiba di kedai Pak Imam...alamak...ada majlis perkahwinan di rumah pak imam ....Kami pun meneruskan perjalanan. Abg aji tanya nak kemana? Jom kita ke Permatang Pasir, jalan jalan ambil angin. Nak balik hari masih muda... jam baru menunjukkan pukul 11.30 malam.

Dipertengahan jalan..... hah! melopong mulut ummi dan suami bila melihat seorang perempuan mengendung bayi berjalan ditengah-tengah malam. Perempuan itu kelihatan seperti masih di dalam pantang. Ya Allah ketika itu perasaan kami bercampur baur. Takut, curiga, kesian entah apa apa lagi lah perasaan yang datang.

Kami abaikan ..kami teruskan perjalanan. Tapi hati kami tidak sedap.. suami patah semula dan kami memberhentikan kereta untuk melihat ke mana agaknya si ibu yang mengendung bayi ni nak pergi. Dia berhenti di perhentian bas di tepi jalan. Bayi yang dikendung di baringkan untuk dia membetulkan lipatan kain batiknya yang hampir terburai.

Abg aji dan ummi bermain teka teki yang tidak sudah-sudah.

Abg: Mi.. nak tolong tak?
Ummi: Entahlah bang...jom kita berdoa dulu

Nak kata hantu kakinya jejak ke bumi...
Nak kata gila..pakaiannya masih terurus
Nak kata dia nak buang bayi...dia sayang bayinya... cara pelukannya dan cara dia cium anaknya sambil berjalan...tak mungkin dia ingin membuang bayi tersebut.
Segala persoalan bermain di benak pemikiran kami.

Kami pun berdoa " Ya Allah ya tuhan kami jika dia orang yang baik dan waras, kau izinkan kami membantunya, kalau dia makhluk yang engkau tidak redhai kami menolongnya, kau bantulah kami dan jauhkan kami dari dugaan yang tidak mampu kami tanggung"

Lama dia berhenti di perhentian bas. Kami masih memerhatikan dia dari dalam kereta. Tidak berapa lama selepas itu, dia menuju ke kedai mini market yang berhampiran. Abg aji mengarahkan ummi cuba risik risik apa agaknya yang dia buat atau beli di mini market itu. Didalam hati "Ya Allah kau mudahkan urusanku kau bantulah aku...."

Ummi pun berlakon membeli tepung. Selepas ummi pandang dia atas bawah atas bawah.. konfirm dia waras. Dia memberi senyuman pada ummi. Ya Allah manisya senyuman dia. Senyuman penuh kekuatan. Sementara menunggu pekedai mengambil tepung sempat ummi bertanya beberapa soalan kepada dia.

Ummi: Nak pegi mana ni dek malam malam bawak baby
Si ibu: Beli susu anak kak, susu kehabisan
Ummi: Nampak gaya macam dalam pantang
Si ibu : Ye kak, baru 16 hari
Ummi: Kenapa keluar malam malam dek, bahaya..kan dalam pantang
Si ibu: Anak-anak yang lain dah tidur, nak tinggalkan baby kesian, saya jalan perlahan perlahan kak.


Ya Allah... hancurnya hati ni bila dengar si ibu ni didalam pantang dan mengendung bayi yang berusia 16 hari keluar di malam hari mencari susu untuk si kecil. Mana suaminya.. mana orang yang bertanggunjawab ke atas dia. Titisan air mata ini ummi biarkan jatuh di dalam hati.

Ummi: Meh akak hantar balik ya
Si ibu: Tak pe kak, menyusahkan akak jek..lagi pun bukan jauh sangat.

Ya Allah jarak dari kedai ke rumah dalam 100 meter dikatanya tidak jauh bagi orang yang dalam pantang sepertinya.

Ummi: tak pe dek meh akak hantar. Kesian anak..sejuk malam malam diembunkan
Si ibu: terima kasih kak
Ummi: Suami adik kerja ke? (ummi cuba mengorek rahsia kenapa sang suami membiarkan si isteri bersusah payah mencari sesuap susu buat si kecil yang kelaparan)
Jawapan terpaksa ummi rahsia demi menjaga hati banyak pihak.

Ummi gapai beg plastik yang sarat dengan susu, cili, ikan bilis dan sedikit keperluan lain. Ummi ajak dia ke kereta. Si ibu tidak membantah dan ummi pimpin dia ke kereta. Dalam kereta ummi soal lagi.

Ummi: Anak ke berapa ni dek
Si ibu: Anak ke 6 (Ya Allah murahnya rezeki kamu)
Ummi: dek, kenapa tak susukan dengan susu badan saja . Tak la penat nak pergi kedai malam malam macam ni.
Si ibu: Saya tak sihat kak..ada tyroid. Baby tak boleh minum susu saya. Baby pun tyroid jugakkk.... kalau dia minum susu saya nanti mulutnya pecah pecah

Ya Allah dihati ku di dada ku sarat dengan sendu. Selama ini kita rasa kita susah ada lagi yang lebih susah dari kita. Abg aji bukam membisu, menahan sendu seperti ku agaknya. Jantungku berombak kencang ku gagahi setabah wanita itu.

Ummi: kat mana rumah dek
Si ibu: depan sikit betul kat simpang tu kak

Sekali lagi ..seperti di hempas hempas hati ku kebumi bila melihat terataknya yang didiami seramai 8 orang ahli di dalamnya adalah sebesar ...owh tidak mmapu ummi mengungkapkannya.

Turun dari kereta, walaupun miskin harta tapi dia kaya budi bahasa. Sambil mengucapkan terima kasih yang tidak putus putus dia melambaikan tangan ketika kami meninggalkannya.
Kami membukam seribu bahasa. Abg aji tidak mampu berkata apa apa... kami tertanya tanya...cukupkah itu saja bantuan yang mampu kami beri kepadanya.

Ya Allah...terima kasih atas segala nikmat yang kau kurniakan kepada ku. Terima kasih atas susunan rancangan mu yang sangat indah pada malam ini. Suatu rencah kehidupan yang ingin ummi kongsi bersama semua.... sebagai insan hina ini..apa yang mampu kita lakukan?

Ya Allah ya tuhanku sesungguhnya engkaulah sebaik baik pengatur rancangan. Berilah si ibu kekuatan dan pahala yang kau janjikan pada mereka yang meramaikan umat Muhammad SAW. Kau murahkan rezekinya kau mudahkan segala urusannya. Aminn aminn ya rabalalaminnnnn

Sebenarnya aku menulis "Bukan Kerana Nama"..tapi kerana kasih sesama insann...

Wednesday, December 1, 2010

Iktibar

Kita juga kan menyusul....


Dalam hidup ni apa saja yang kita lalui ini adalah satu pelajaran. Apa yang kita pelajari pula adalah satu pengajaran. Iktibar adalah suatu ayat yang manis untuk kita gunakan dalam konteks mengambil pengajaran dari apa yang kita pelajari dalam kehidupan ini.

Ada satu pengalaman yang ingin ummi kongsikan supaya kita sama sama dapat mengambil iktibar dari kejadian tersebut. Ini adalah untuk peringatan diri ummi sendiri dan kepada sesiapa jua yang ingin mengambil iktibar. Biar tulisan ummi ni seperti menepuk air di dulang terkena muka sendiri daripada orang beranggapan tulisan ini ibarat siapa makan cili dia terasa pedas. Tidak ada terniat untuk melukakan hati sesiapa.

Cerita berkisar tentang kematian. Baru-baru ini adik kepada abg ipar ummi (Abg Rahmat) telah kembali bertemu Penciptanya. Silapnya ..ummi terlalu ambil ringan. Tak payah ziarah dululah sebab kat ICU nanti dah tukar ke wad biasa barulah ziarah. Tak perasan ke perkataan ICU itu. Berkali juga ummi katakan pada suami... kadang kadang yang sakit.. hidup lebih lama ,yang sihat akan pergi dahulu... Sebenarnya mak arwah yang tidak berapa sihat, tapi arwah pergi dahulu.

Jangkaan kita tidak dapat menjangkau apa yang telah Allah tentukan. Kita jangka akan sihat tapi rancangan Allah lebih cantik. Mungkin sakit yang diturunkan adalah kifarah buat arwah sebelum kembali bertemuNya . Apa yang ummi ingin tekankan.. kalau ada peluang pergilah ziarah kerana kita masih ada kesempatan untuk meminta maaf. Sebagai manusia biasa lagi hina tentu kita tidak terlepas dari termengumpat atau termengata. Bila dah jadi mayat.. tentu kita tak berani nak berbual dengan mayat.

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" ( Ali Imran : 185 )

Sepekara lagi bila dia telah pergi... ziarah jenazah berikan penghormatan. Baik atau buruknya dia.. itu urusan dia dengan Allah. Bila kita lihat jenazah secara automatiknya kita akan terfikir .. owhh aku juga akan pergi mengikutnya. Apa yang aku bawa.. dosa aku terlalu byk.. dosa dengan keluarga, dengan kawan dengan jiran tetangga.. adakah kematian aku nanti sesuatu yang mengembirakan atau menampakkan keburukan yang aku lakukan. Dosa yang kita lakukan kita tidak nampak. Kalau tidak secara nyata.. mungkin juga dengan hati. Hati kita terlalu byk termengata... Iktibar yang boleh diambil, kita terima saja siapa pun mereka. Kerana kita tidak mahu kita lebih hina dari mereka. (Ya Allah pelihara aku dari byk mengutuk keburukan org dengan hati ini...)

Inilah pekara yang paling ummi takuti. Berdosa dengan manusia. Berdosa dengan Allah kita boleh bertaubat dan Allah terima taubat kita. Bila berdosa dengan manusia ni payah pekerjaannya. Selagi dia tidak memaafkan kita selagi itulah terrgantung gantung amalan kita. Rasanya biarlah orang mengata kita mengumpat kita atau buat apa saja sesuka hati mereka..tetapi JANGAN kita yang lakukan. Buatlah apa-apa pun kebaikan hanya kerana Allah saja. Itulah sebaik baik balasan. Cari orang yang sudi berkawan dngan kita.. sekurang-kurangnya kita tak mengata dia dan dia tak de modal nak mengata kita. Kalau tidak mampu... DIAM itu lebih baik.

Iktibarnya... sudahkan kita bersedia untuk mengadap Illahi. Moga coretan yang tak seberapa ini dapat mungubah diri kita untuk takut pada Allah.. Takut pada balasan Allah..bila ada takut akan timbul sayang pada Allah.. Jika sudah sayang berbahagialah kita bila meningatiNya. Bila datang rasa bahagia..maka tidurlah kita ibarat tidurnya pengantin bila kita kembali mengadap Yang Maha Esa sementara menunggu hari perhitungan. Wallahualam....

Monday, November 29, 2010

Cuti Sekolah...

Cuti sekolah datang lagi.. bagi mereka mereka yang bekerja, cuti sekolah memang memeningkan kepala. Tak tahu nak letak anak kat mana. Nak hantar nursery..dah besar besar..kesian anak anak.. bila hari pertama hantar anak kat nursery macam anak-anak kecil jek..

Nak hantar ke kampung kat nenek, takut menyusahkan. Sian nenek..tapi nenek beria iya suruh hantar, katanya nak buat kawan. Yang kita ni sedih pulak sebab bila balik umah jek...sunyi sepi... macam hantar anak kat asrama, hari jumaat ambil hari ahad hantar balik.

Nak tinggal kat rumah takut dia main api ke.. main kat luar umah ke... rumah lak dekat dgn laut ngan sungai..

Macam-macam hal.. akhirnya pasrah jek hantar anak kat umah nenek.. tenang sikit jiwa. Walaupun berat hati ni ...takut di salah anggap, kami menyusahkan mak. Itu pun kami ambil hari jumaat kejap kejap mak talipon bila nak hantar balik.

Jumat lepas ummi ambil dia org balik dan ajak sepupu sepupunya. Punyal excited siapa ajak kawan kawan kg 2 - 3 org. Siap sms kat abg aji..tanya boleh tak bawak lagi kawan-kawan.

Ummi pun sound ler.. Qib kalau MYvi ummi cam bas mini.. sekampung aqib boleh ajak. Maka malam jumaat tu bermulalah episod ummi sebagai emak kepada 6 orang anak lelaki. Boleh bygkan MYVI yang besar tu oleh masuk 8 org dalam keta tu.

Naik leper peha ni pangku si tembam dari Tg Bidara sampai Pdg Temu.


Anak-anak lelaki ummi.. Sebelum balik singgah dataran MBMB bawak dia org jalan jalan

Penuh satu Hall...


Malam minggu bawak lagi ke Dataran MBMB.. dia nak main keta kontrol

Macam macam gaya.. yg terjun yang terlentang..mcm mcm yang ada...

ni dah jumpa sedara lagi tak ingat dunia..siap tergolek golek lagi...

Lepas main keta kontrol ummi bawak dia org pegi makan. Sampai kedai makan taukeh kedai siap tanya.. tumpang tanya ya.. ni anak abang semua ke..
kih kih..kalau ni semua anak saya terbarai isi perut saya encik...

Esok nyer abah ajak dia org kemas laman, kemas kolam dan potong pokok.
Punya le dia org suka..sebab dapat mandi kat depan tu.. siap meniarap niarap..tergolek golek
macam macam hal...

terus bernafas dengan gembira ikan abg aji...


lepas dia kemas..terus berenang renang kat depan tu.
Ingat nak bawak dia org mandi kolam, tapi mak ayah dia org risau takut ucu tak boleh handle...
so korang berenang jek la kat depan umah mak cu ni...
Sikit punya syok lagi dia org berenang renang kat depan tu...


Tgk Aqlan punya nakal... siap warning lagi..

ummi jgn masuk FB... kalau ummi masuk FB tahu le adik komen... eleh kenit..ugut orangg


Petang tu sebelum hantar balik asrama .. ni la aktiviti mereka
wat topeng hantu... bila ummi buat buat takut dan terperanjat melekek lekek dia org ketawa
dia ingat betul betul ummi takut..
haha... ummi berlakon jekkk


Itu la antara aktiviti cuti sekolah anak-anak ni...kalau ada cerita yang menarik nanti ummi upload lagi.

Cuti Sekolah...

Tuesday, November 23, 2010

Pekerjaan "Last Minit".. Hari bersama PTPTN

Pekerjaan last minit ni memang menganggu ketenteraman awam betul. Kalau kita marah nanti di repot ke pihak atasan. Mula la keluar segala macam cerita nenek moyang. Nak marah dah besar... nak cakap lebih-lebih kang lagi sakit hati. Nasib baik bos kami amat memahami situasi yang macam ni.

Setiap kali hari bersama PTPTN ada saja cerita yang sama ... cerita permintaan "last minit" ni. Macam tak ambil pengajaran langsung. Meh akak nak kongsi sedikit tips macamana nak elakkan kerja kerja permintaan last minit ni.

1. Peka ... peka dengan persekitaran kita. Takkan sampai nak gantung banner, nak bagi flyers nak buat iklan kat tv radio kat facebook baru nak peka. Kalau kita nampak kawan-kawan tgh sibuk buat itu buat ini...tanyaaaa!!!... Ni dah sebulan notis kita keluarkan tapi buat tak tahu... byk masa lagi..byk masa lagi... sampai dah hari PTPTN datang baru nak mengelabah, nak mengamuk, nak komplain... Tak payah nak marah marah nak naik angin buang masa jek. Ibarat menepuk air dalam dulang terpercik ke muka sendiri.

2. Bulletin Board .... Baca la bulletin Board hari hari . Lebih-lebih lagi bab bab PTPTN ni. Selalu-selalu la cek kat Bulletin Board. Facebook boleh lak cek hari-hari.

3. Cek List.. Buat cek list. Sediakan dokumen. Buat semakan. Tak paham tanya kat Admission. Bukan dah sampai kat Exam Hall baru nak suruh org cekkan. Tu yang terjadi org nak surat sem ni pergi bagi surat sem lepas.

4. Berhemah... Tolong jaga perasaan orang. Dah la nak semuanya last minit, pastu siap marah-marah lagi. Macamana org nak tolong. Bila kita mengaku kesilapan, berlemah lembut dan bertolak ansur senang nak berunding. Cair juga hati kami nak tolong. Tapi setakat ni walaupun kena sekolah tahap sekolah menengah, kami masih tolong lagi. Belom ada yang balik dengan tangan kosong

5. Beri Sebab yang munasabah .... Tolong bagi sebab atau alasan yang munasabah. Antara jawapan yang tak masuk akal yang kami terima...

Kisah 1
- Kenapa apply last minit?
* Saya accident ....
- kenapa tak minta tolong kawan
*kawan pun accident.... (seb baik kawan dia tak ramai..kalau ramai..memang pupus student kat sini)

Kisah 2
-Kenapa apply last minit
* saya baru baca bulletin semalam ( hari ahad)
-kan baik you baca besok... u tau tak bulletin dah keluar notis 1 bulan lepas
* tak tahu wooo... (kecik jek akak nengok budak ni)

Kisah 3
-Kenapa apply last minit
* saya jumaat sudah datang
- Bila?
* suwah petang, opis suwah tutup
(kan baik kalau datang sabtu..algi kukuh alasan)

Banyak lah lagi kisah kisah yang dashyat..memang dahsyat.. buat semua adik adik yang tersayang... tolong lah elakkan pekerjaan-pekerjaan last last minit ni. Tak berkat permohonan tu nanti. Jangan nanti disebabkan perbuatan kalian ni merosakkan amalam kami.


Wednesday, November 10, 2010

Sehidup Semati


Utusan Malaysia, 10/11/2010 Muka hadapan...Cinta Sehidup Semati

Terpanggil untuk membaca isi kandung cerita tersebut, pelbagai perasaan bercampur baur, sedih gembira terharu dan macam-macam lagi. Cinta orang dulu-dulu kan ... sehidup semati. Tidak seperti cinta hari ni, ibarat menukar baju silih berganti.

Sepasang warga emas dikebumikan dalam satu liang yang sama, seperti yang diwasiatkan sebelum ajalnya. Si suami meninggal jam 1.30am manakala si isteri menghadap Illahi sejam selepas pemergian suami. Alangkah romantisnya percintaan mereka.

Tertanya pada diri, bolehkah kita sehidup semati seperti itu? Apakah resepi percintaan dan kebahagiaan yang mereka amalakan semasa hidup mereka? Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Adakah mereka juga melalui keperitan tergigit lidah itu. Tapi bagaimana mereka menangani keperitan tersebut. Sayangnya kita gagal berkongsi resepi dengan mereka.

Jarang di media-media memaparkan kisah resepi romantis golongan Emas ini. Paling banyak dipaparkan kisah perkahwinan artis-artis yang glamer glamer dengan perbelanjaan majlis perkahwinan yang beratus ribu malahan hingga mencecah kepada jutaan ringgit juga. Tapi apa yang kita dapat..setahun dua selepas itu timbul pula kisah penceraian mereka yang menuntut hak yang mencecah jutaan ringgit juga.

Apa yang kita dapat dari paparan percintaan yang mahal itu... ? Kita akan kehabisan wang ringgit untuk majlis perkahwinan kita atau perkahwinan anak-anak kita kerana ingin meniru gaya hidup artis dan orang orang ternama itu. Paling tidak pun kita akan meniru pakaian pengantin yang langsung tidak menitik beratkan aurat dan cara hidup islam yang sebenar.

Bila timbul perasaan rendah diri ummi pada suami, Ummi selalu ckp kat abg aji..:"Kesian abang, bini abg tak cantik macam orang ni orang tu...." Spontan jawapan yang keluar dari mulut suami " Si anu..(artis) yang cantik tu pun bercerai..." Apa moral of the storynya bang.... moral of the story, kebahagian dan percintaan dalam kehidupan lahir dari hati yang pandai menilai dan menghargai pasangan. Chewahh...

Terkadang muak rasanya nak menonton rancangan yang berkaitan dengan wawancara pasangan muda untuk berkongsi resepi percintaan mereka yang disiarkan di kaca tlevisyen kerana terasa seperti plastik. Kepada penerbit rancangan yang bercorak seperti ini, tolonglah menemubual mereka mereka yang dah banyak makan garam. Resepi mereka ini lebih asli dan banyak rencah. Bukan memandang remeh kepada pasangan yang baru mebina mahligai..tapi kita semua masih muda, baru setahun jagung... banyak lagi yang kita perlu lalui dan pelajari.

Marilah sama-sama menjaga keharmonian rumahtanggan kita... agar akan ada lagi laila dan majnun, romeo n juliet... u jump i jump pada zaman kita nanti.

Thursday, November 4, 2010

Maher Zain


"Insyallah.... insyallah...insyalllah... i found the wayyyyyy hey hey..."
Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi...
Apa kes lagi budak ni......
Abah terpisat pisat bangun dengar adik nyanyi lagu ni....

Abah suruh ummi risik risik napa adik mengigau nyanyi lagu maher Zain.
Ummi: dek asal semalam adik mengigau nyanyi lagu Maher Zain
Adik: adik mimpi cikgu kata sapa dapat no 1... nanti cikgu bawak jumpa maher zain. Sekali adik dapat ni 1 .. cikgu pun bawak le adik pergi Arab. Adik nyanyi dua orang jek atas pentas dengan Maher Zain... best ummi..

Ciss... beragan tak hengat...
Bayangkan fanatik tak fanatik dia dengan lagu Barakallah... sampai dia baca doa makan pun boleh tersasul.... Dia baca macam ni..Allahuma barakallah hulakuma wabarakalaik...
hisshhh.... rasa nak sekeh jek..
Kalau dalam keta... boleh melecet CD tu asyik dia buka lagu tu...
Harap harap Maher Zain baca le entry ni.... kasik terharu sikit..