Tuesday, September 3, 2013

Kelaziman..

Pagi itu ummi bangun, bila ummi buka pintu.....


Subhanallah ada air setupperware terletak di atas almari kasut. Berderau darah ummi kerana kebiasaanya setiap pagi semasa buah hati sihat dia akan sediakan kami air masak setiap seorang.. 2 tupperware besar untuk ummi dan abah, tupperware kuning utk abah yg biru utk ummi dan 2 mug untuk anak-anak. 

Pagi itu bila ummi tanya isi rumah siapa yang letak air tu...semua jawab tak tahu. Akhirnya ummi buat andai sendiri, sebenarnya ada mesej yang hendak disampaikan oleh si buah hati. Walaupun dia dah tiada lagi..kelaziman ini perlu diteruskan. Bagi buah hati sebelum gosok gigi... baik amalkan minum air suam ni pagi pagi. Baik untuk kesihatan dan mencuci segala kekotoran yang ada di dalam badan.

Kalau sudah janji Illahi hidup lawanya mati...macamana kita jaga pun nak pergi tetap pergi. Aku yakin pada janji Mu ya Rabbi ... untuk menerima seribu kebaikan dari Mu, kami perlu diuji. Rasanya mahu saja ummi minum air tu, tapi bila lihat dlm air ada semut dan nyamuk.. atas nasihat semua orang..ambil air tu dan sapu muka mungkin itu pengubat rindu. 

Duhai buah hati, walaupun telah bercerai nyawa dan badan ... cinta kita tak pernah padam. Kata ustaz jangkasama terdekat mungkin susah nak lupakan tapi makin lama nanti makin jauh. Hari ni genap 93 hari belum sesaat kau tiada dalam hati. 

Hebatnya cinta Illahi, kalau ikutkan hati boleh mati nak hidup sendiri. Tapi rahmatNya menggunung tinggi dapat juga ummi gagahi hidup ini. Buah hati tidak seperti suami yang tak pedulikan isteri. Tanyalah sepelosok dunia setiap orang yang kami kenali... kami tidak pernah berenggang sepanjang hidup bergelar suami isteri. Kalau terpisah sementara terasa mati dunia ini.

Waktu kami berpisah cuma waktu pejabat dari pukul 8:30 pagi hingga 1 tengahari. Waktu makan kami makan sama-sama walaupun tak makan sekadar duduk duduk ummi pandang dia, dia pandang ummi pun jadi ler. Dari pukul 2 hingga pukul 5.30 kami berpisah semenatara... tapi selepas itu tak kan jumpa kami berjauhan.
Dari balik kerja buat kerja rumah sama-sama hingga lar nak lelapkan mata. Sampai rumah ummi sapu dia mop..umi siang ikan dia siang sayur..umi tumis dia kacaukan lauk.. umi basuh pinggan dia toskan ummi angkat baju dia sidaikan... duduk ummi duduklah dia, baring ummi baringlah dia. 
Nafas kami sama...minum kami bersama dan apa yg kami makan juga sama. Sebab itu apa yang ada di hati ummi dia boleh baca dan apa yang ada di hati si buah hati ummi boleh baca. Seringkali kami fikir benda yang sama dan lakukan benda yang sama. Contoh sekerang ni ummi terfikir nak makan di kedai A.. nanti masuk kereta si buah hati akan cakap Jom kita pegi makan kedai A. Biasanya ummi pendam apa yg ummi fiirkan sama dengan si buah hati fikirkan. Tapi Buah hati kalau apa yang difikirkan sama seperti yang ummi lakukan...mesti dia sibuk-sibuk tanya macamana ummi boleh baca abang punya hati.. hehe 

Saat Malaikat maut mencabut nyawanya terasa nyawa ummi pun terbang sama...  ummi rasa seperti ada sesuatu yang keluar dari badan ummi terbang bersama nyawa si buah hati. Agaknya kesedihan yang amat berat Allah tarikan sekali. Kalau tidak dengan rahmat dan kasih sayang Illahi tak mungkin ummi dapat berdiri seperti hari ini. Ummi yakin janji Allah itu pasti andai ummi redho senang keadaan buah hati kat negeri abadi... abang tunggu ya... ummi juga akan menyusul nanti...

Friday, August 30, 2013

Pergi Tak Kembali

sambungan...
Ketika giliran ummi untuk mengucup jenazah, tiba-tiba... seluruh tubuh menjadi longlai... tak mampu nak mengerakkan badan ni.. Alhamdulillah.. ketika itu kakak-kakak dan abang ummi berada di sisi... merekalah penguat semangat ummi... bila ummi dengar mereka kata.."jangan macam ni nanti sedih arwah tgk..." terus kekuatan itu datang....

akak peluk akak kucup dahinya berkali-kali.... akak pandang wajahnya, akak katakan padanya... "pergilah abang ummi redho..."... ya Allah seperti kilat petir sambung menyambung di dada ini bila lihat keranda di usung keluar dari rumah kami. Sekali keranda di usung..dia tak mungkin berundur lagi. Itulah tanda dia akan pergi selama-lamanya meninggalakan kami. 

Semasa along, abang si buah hati..minta orang ramai memaafkan segala dosa si buah hati...apa yang dia termakan terminum minta halalkan dan lebih disagat-sagat hati ini..bila along sebut andai si mati ada menninggalakn hutang bolehlah tuntut dengan kami atau pun balu beliau. Perkataan balu itu terus membuatkan kaki ni seperti tidak mampu memijak bumi. 

Sekali lagi ummi pujuk hati... duhai ummi kuatkan hati tabahkan hati urusan jenazah ini belum selesai lagi. Selepas van melepasi taman ummi katakan pada si buah hati... kini semua tiada lagi..jasad abang tak kan balik rumah kita lagi... selepas jenazah disolatkan kami terus ke tanah perkuburan.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan cantik dan teratur ..saat buah hati menghembuskan nafasnya 2.30pm, dalam 6.30 petang segala urusan selesai dan kami sudah berada di tanah perkuburan. Sebelum buah hati di masukkan ke dalam liang.. ummi dakap si buah hti sekali lagi... ummi kata padanya... "bukan niat ummi nak halau abang cepat-cepat tapi ummi yakin tempat abang di sana lebih baik dari kat sini. Abang pergi dulu nanti ummi juga akan menyusul... izinkan ummi membesarkan anak-anak  inshaa Allah...pergilah bang ummi redho..." Subhanallah..sampai ke hari ini ummi masih terbayang dia tersenyum manis tanda dia dah nampak tempat yang abadi ....

ummi tahu buah hati senang hati bila lihat ummi dan anak-anak tabah dengan dugaan ini...tapi bang dalam hati ni... Allahu Rabbi... pada mu Ya Allah aku pulangkan segala kesedihan ini. Selepas talkin dibaca maka urusan dan tanggunjawab ummi selesai, hanya pada mu Illahi aku serahkan kerana aku telah cuba lakukan yang terbaik buat si buah hati. Kami pun pulang meninggalkan si buah hati bersemadi dengan alam barunya..
.... bila nampak jek rumah kami.... Allahu Akhbar... rasanya macam nak saja ummi tinggalkan dunia ni. Inilah rumah yang kami susah senang bersama...menagis ketawa bersama...bergurau senda dan tak pernah berenggang dari dulu hinggalah hari yang bersejarah ini. Sesiapa yang mengenali ummi dan buah hati kami memang macam belangkas... kat mana ada ummi kat situ ada buah hati...kat mana ada buah hati kat situ ada ummi.

Tengok ampaian kain teringat kami sidai baju sama-sama...tengok motor teringat kami naik motor sama-sama..satu tempat duduk kami duduk berdua...tgk kereta ternampak buah hati kat dalam kereta... ya Allah kenapa wajah dia ada di mana-mana.

Kakak ummi dan handai taulan yang lain tenangkan ummi. Masa tu ummi tak tahu apa...pengsan ke setengah nyawa ke.. hidup ke tidak ke..ummi malas nak fikir apa-apa...ummi pejamkan mata..matikan hati...lagipun mungkin kerana kepenatan..Allah matikan ummi sementara. 

Malam tu ummi tidur tanpa fikir apa-apa..Alhamdulillah Allah matikan ummi yang sementara untuk Allah kuatkan ummi lagi keesokan paginya.

Pagi itu ummi bangun, bila ummi buka pintu.....

bersambungggg....

Thursday, August 29, 2013

Buah Hati

sambungan kisah semalam...


saat menguruskan jenazah buah hati... dari hospital.. ketika nak mandii.... saat di kapan...disolatkan dan disemadi... tiada sesaat pun ummi berenggang dari si buah hati. 

Cuma apabila sampai saja jenazah di rumah...ummi minta diri dari buah hati untuk membersihkan diri. 2 hari di hospital dia tidak mengizinkan ummi balik untuk mandi. Setiap kali bila ummi minta izin, dia buat tak reti hinggalah lagi setengah jam dia nak pergi meninggalkan ummi... barulah dia kata.. "tak pe mi..kejap lagi kita balik mandi rumah kita..." ummi ingat kata2 tu saja-saja rupanya ia nya cukup memberi erti. Sambil berlawak umi katakan pada si buah hati..."memanglah ummi nak balik mandi rumah kita..tak kan mandi rumah jiran... " kata ummi tanpa syak wasangka kata kata tu sungguh bererti dari buah hati. Lagi dekat dia nak pergi lagi langsung dia tak nak lepaskan ummi... dia bersandar di dada ummi ..letakkan kepalanya dengan kepala ummi...seperti dia ingin beritahu dia dah nak pergi..

Jam sebelas pagi..selepas dia minta ummi bersihkan dia tukarkan baju yang cantik-cantik..dia minta baju hospital yang cantik yang sudah bergosok... ummi usahakan, salinkan... dan dudukkan dia rapi rapi... seperti ada pengarah yang suruh kami lakukan adengan ini... ketika dia duduk mengadap ummi...ummi genggam tangannya.. ummi renung matanaya...tapi dia hanya tunduk saja... umi cuit sedikit dagunya sambil berkata.."bang cuba angkat muka sikit.. dari tadi tunduk jek macam pengantin... " gurau ummi....

ummi pegang tangannya...lalu ummi pun berkata.."bang.. sepanjang kita hidup sama-sama, banyak dosa kita kan bang..ummi mohon abang ampunkan ya dosa ummi dari dulu sampai sekarang. Apa yang ummi termakan terminum dan apa apa jua hal..mohon halalkan ya... dan ini duit sumbangan dari rakan-rakan mohon abang halalkan untuk ummi gunakan nak selesaikan segala urusan... " dia cuma pandang mata ummi..sambil senyum dan cuit umi dia kata..."mengada ngada je ummi..."

siapa sangka ya.. aturan Allah Maha Cantik Maha Hebat... lapang dada kerana walaupun ummi tak tahu apa yang ada di hati dia.. dia suka ke tak suka..tapi tanggungjawab ummi padanya telah ummi laksana. Ummi tahu abang sayang ummi kan bangg... sayang sampai syurga. Ummi tahu abang sayang ummi sebab tu abang ckp kita balik mandi...

Terima kasih buah hati ummi, dengan kata-kata itu di hadapan mak dan kakak..ummi dapat keizinan untuk membawa buah hati pulang dimandikan dan disemadikan berhampiran kediaman ummi. Sebagai anak bongsu dan masih mempunyai mak...keputusan untuk membawa balik jenazah memang susah sekiranya tiada persefahaman dari kedua belah pihak. Tapi ibu mertua ummi sangat memahami dan baik hati...hinggakan ummi bersihkan diri pun mak suruh cepat..katanya nanti buah hati tercari cari ummi.Ketika semua sibuk tanya jeanzah di mana kembumi... ummi jumpa mak..ummi pegang tangan mak..ummi minta keizinan dari mak merrtua ummi.."mak, mak dengar tadi ucu ajak nor balik mandi...andai kata mak izin dan mak redho boleh nor ambil ucu balik rumah kami... ?"... dengan tangisan yang masih berbaki... mak kata.."ambillah nak... mak izinkan..."

Ya Allah pada masa itu lapangnya dada ummi... terasa lepas suatu bebanan...

Kata kakak ummi... kematian ini seperti drama, macam telah diatur-atur dengan cantik ceritanya. Saat buah hati nak menghembuskan nafas yang terakhir, semua berada di sisi..yg anak-anak datang berlari-lari dan lebih menyayat hati bila saat mak katakan pada buah hati... "ya Allah mak halalkan susu mak nak..  " ketika itu hanya Allah saja yang tahu...bagaimana mudah dan lembutnya buah hati meninggalakn kami dengan sebutan Allah tak lekang lekang dari bibir. . Memang indah rezekinya. Itulah balasannya bagi anak sebaik dia..yang tak pernah derhaka dan tak pernah melukakan hati ibunya. Anak soleh, suami penyayang, abah yang hebat dan sahabat yang baik.. moga syurgalah tempatnya.

Entah mana datangnya kekuatan...ummi minta anak2 jangan tangisi jenazah ini...kerana abah org yang berbahagia cantik jenazahnya mudah urusannya..Alhamdulillah anak2 ummi kuat.. dia cuma menangis saat abah pergi tapi selepas itu tiada setitik air mata membasahi pipi saat menguruskan jenazah ini. Saat Ummi dan anak-anak mengiringi jenazah di dalam van.. ummi katakan pada anak... jangan bersedih dengan pemergiaan ini..Allah telah pinjamkan abah pada kita selama 14 - 15 tahun. Korang sempat membesar dengan kasih sayang seorang abah..sedangkan Rasulullah tak pernah merasainya. Semua yang kita aa bukan milik kita ya nak...semua Allah punya. Terima kasih anak-anak ummi yang baik...koranglah penguat semangat ummi meneruskan kehidupan ini.

Saat jenazah hendak dimandikan, ummi minta pada bilal izinkan saya mandikan jenazah ini kerana sepanjang sebulan lebih dia sakit saya yang uruskan... Alhamdulillah ummi diizinkan mandikan jenazah ini bersama beberapa org ahli keluarga yang lain. Dari hidup hinggalah dia sudah menjadi jenazah... buah hati memang suka memudahkan urusan orang... tak perlu ramai orang bertoal-tolak nak pusingkan badannya..sekadar ummi ckp kat jenaahnya..."bang..paling kiri ya.. kita cuci belakang.. ummi kira 1 ..2 .. 3..abang pusing ya... dan memang orang baik ini mendengar kata... tak perlu susah susah dia mengikut saja... Subhanallah..banyak sungguh iktibar dapat di ambil dari kematian si buah hati. Cantik sungguh jenazah ini dan senang urusannya untuk di mandikan.

Selesai mandi..dan dikafankan... kini semua ahli keluarga sahabat handai rakan taulan diizinkan untuk mengucup jenazah... Subhanallah ramai yang kata wajahnya cantik seperti arab dengan jangutnya yang manis... itulah buah hati ummi sentiasa manis dan berseri .....

Ketika giliran ummi untuk mengucup jenazah, tiba-tiba...

bersambung.....

Wednesday, August 28, 2013

Sepi...


Telah lama ummi tinggalkan blog ini sepi dia telah pergi bersama si buah hati... mulanya mahu saja ummi kuburkan blog ini...tetapi bila teringat balik...blog ini bukan dari ummi sendiri ..tapi dari si buah hati... dia yg create blog ni utk ummi...dia pesan jadikan blog ini sebagai madrasah untuk mendidik hati...

inshaa Allah akan ummi update dari ke hari. Buat permulaannya setelah ummi menyepi ni ummi byk nak cerita pasal si buah hati. Semoga entri itu nanti dapat kita persiapkan diri untuk mengadap Illahi. 

andai masa hidupnya ummi gelar dia abg aji.. kini ummi senang hati bila ummi mengelarnya buah hati...belum tergamak menggunakan gelaran "arwah suami" kerana jasadnya saja yang mati...tetapi rohnya masih hidup dalam hati ummi. 

Terkedu hati ni bila terbaca ayat ni... "Wanita sejati dambaan suami, Ummi soleha tunggak keluarga bahagia..." kata-kata ni datang dari si buah hati sendiri... dan menjadi azimat untuk ummi meneruskan kehidupan ini. 

Tanggal 01 June 2013 jam 2.29 petang... terasa jantung ummi berhenti... terasa seperti tak mahu meneruskan kehidupan ini... tetapi bila lihat wajah anak-anak yg masih memerlukan seorang ummi... ummi bangkit ummi gagahi diri ini  dan ummi redho dengan segala ketentuan Illahi. 

Dia pergi menghadap Illahi dalam keadaan tenang dan suci ... di hadapan mak, kakak dihadapan anak2, adik beradik dan rakan-rakan lebih-lebih lagi ummi. Allah kirim insan mulia... Dr. Shahrin dan isteri..mantan bos akak yang berpekerti tinggi untuk membantu memudahkan urusan si buah hati kembali kepada Illahi.

Tangan kami di genggam erat ketika sakaratul maut makin dekat. Tangan anak-anak di genggam kuat.. tanda kasih sayang yg sungguh rapat. Kasih sayang Allah tidak bertepi ketika maut sejengkal lagi...ummi minta pada Illahi..aku terima saja apa yang Engkau duga apa yang Engkau uji ya Illahi..aku pinta pinjamkan sedetik dua nafas suami supaya anak-anak dapat berjumpa abahnya dan tiada rasa ralat di hati kami. 

Kasih sayang Allah itu Maha luas..rahmatnya menggunung tinggi...  Alhamdulillah... Allah kumpulkan kami ketika hembusan nafas terakhir buah hati meninggalkan kami. Ketika doktor tutup skrin dan tinggalkan ummi bersama jenazah si buah hati...ummi peluk dia erat erat... ummi katakan padanya... "duhai buah hati... habis sudah permainan duniawi..sakit yang abang derita telah jumpa ubatnya... tenanglah abg kembali kepada yang Maha Esa.. ummi redho ini ketetapan Illahi..kerana satu hari nanti ummi juga akan pergi...selagi ada hayat dan nyawa ummi, ummi nak besarkan anak2 supaya mereka menjadi mukmin sejati...inshaa Allah..  bila masanya tiba kita akan berjumpa.. tidurlah abg dengan lena seperti tidurnya permaisuri, Setelah 10 tahun abang tabah menghadapi ujian Illahi dengan penyakit kanser ini. Allah dah janji siapa yg sabar dengan kesakitan yang Aku beri maka akan aku letakkan dia di tempat yang tinggi. Jangan risau jangan gusar janji Allah itu pasti..."

setelah ummi usap wajahnya berkali-kali... ummi tinggalakan buah hati kerana nak menghadap Illahi... solat zhor ummi sempurnakan tanpa setitis air mata kerana ummi tahu hanya pada Mu ya Rabbi kami semua akan kembali. Kata-kata azimat buah hati... rajin-rajinlah ucap inalillahiwainailaihirajiuuun memang betul-betul pengubat hati...

usai solat zohor.... ummi doa moga segala urusan dipermudahkan... Alhamdulillah segala urusan pengurusan jenazah berjalan dengan lancar... sebelum kafan ditutup..wajah buat hati dapat di tatap terakhir kali...ummi katakan pada buah hati... bukan niat ummi segerakan urusan kerana ummi benci...tapi ummi yakin tempat abang di sana ada syurga yang menanti....

saat menguruskan jenazah buah hati... dari hospital..hingga ketika nak mandii....

bersambunggggg



Friday, April 19, 2013

Loyer Buruk Sangat

fening fening fening...dgn si debab sorang ni...ummi tgh isi borang insurance pastu tpon dia kat umah... tanya ketinggian, berat ngan no ic...

yg naqib jawab telus jek... 


yg sorang ni... (berdekah2 opis mate ketawa dengar perbualan kami....)

ummi: dek.. berat adik berapa kilo nak...

adik: ari tu 56 kilo...pastu semlm ujian tara...lari 2 padang le apa ler... rasa dah turun 2 kilo..tinggal 54...tapi tadi aqib belikan adik nasi..bykkkk ngan air kotak lagi...naik sekilo agaknya... semua 55 kilo...

ummi: kang ummi belasah ko kang dek... tinggi berapa..

adik: 130 dulu...ummi tambah lagi 20.. adik dah tinggi sikit..

adik: ummi tanya mcm mcm bagai ni naper mi...

ummi: ni ha mmu nak bagi bonus... dia timbang kilo...lagi berat anak...lagi byk dapat...

adik: (dia ni luurs cam pembaris...) Alhamdulillah...terima kasih ummi dapat gak bonus ummi ku sayang.. nanti belanja adik ehh

!@#$%#$^&# mabuk tak kalau korang dapat anak cam debab ni ha...

Thursday, April 18, 2013

Tali Hanafiah

Ya Allah terima kasih kurniakan kami si debab kenit ngan abg dia naqib yg selalu control machoo..

pagi ni meleleh2 air mata ummi...bukan menangis tapi ketawakan dia...

ceritanya begini...

hari ni dia ada ujian tara... dgn muka comel dia kata..."alamak ummi adik tak boleh lari ni karang...."

"asal lak..." tanya ummi

"tali seluar track adik ni dah putus..ari tu ummi ikat kuat sgt..adik tak boleh bukak...adik gunting jek...nanti ummi ganti dgn tali HANAFIAH boleh..." kata adik dgn muka paling comel sekali ...

"hanafiah mana adik nak... nanti ummi carikan kat pesbuk...." sakat ummi

"ala tali yg selalu umi buat ikat ikat tu...." adik meyakinkan ummi...

"tu bukan tali HANAFIAH... tu tali rafia dol.....aduhaiiiii..." ummi jeling adik...

berderai ketawa kat umah pepagi buta ari ni... adik adikkkkk kaulah satu dalam seribu

Tuesday, April 2, 2013

Teh Tarik Session with Ummi...

Hari tu ummi dengan abg aji...dok sembang sembang santai.. abg aji kata, ceramah yang berkesan bila penceramahnya cakap pekara yang dia buat. Kalau dia cakap tak serupa bikin..ceramahnya umpama angin lalu je.

Semalam balik dari pejabat, ummi hampir pengsan bila lihat keadaan rumah  yg kemas seperti ada bibik yang datang mengemas rumah ummi. Kat ampaian, baju sekolah dah siap bersidai, lantai "porch" dah siap sapu.. dalam rumah dah siap mop..semua dalam keadaan tersusun..

Ummi nampak adik baru lepas sidai mop...

Ya Allah..sedihnya hati ummi....... "kenapa ni...kenapa ni..." hati ummi tertanya-tanya...

Tiba-tiba, ummi teringat tazkirah pendek yang ummi sampaikan pada adik semalam...Alhamdulillah meninggalkan kesan. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari diri kita sendiri.

Ceritanya begini, masa ummi balik keje petang semalam.. ummi tgk rumah ummi dah macam tongkang pecah, si abang ada sekolah petang maka tinggallah si adik sorang sorang kat rumah. Tapi apa yang dia lakukan?

Rupanya seharian dari balik sekolah hingga ke petang, dia mengadap komputer main game. Baju sekolah tidak bertukar, solat ke mana apa ke mana dia tak hirau apa pun...

Muka ummi pun jadi merah hijau merah hijau... darah ni tak usah di sukat... memang mendidih je bunyinya. Apa lagi..siren pun berbunyi ler macam siren bomba....

" Eh dek... ko jgn buat apa-apa...ko pegi amek lilin kat dapur kau letak kat tepi komputer tu...amek 2 batang bawak sini...." ummi dah marah sangat ni

" Kau jangan solat... kalau solat dah hujung hujung waktu ni tak de maknanya... kau nak apa.. Allah bagi... lapau Allah bagi rezeki...megantuk Allah bagi tido...Tak tahu baca, Allah bagi akal...sampai masa solat kau main mainkan eh... ko jgn solat...ko pegi sembah komputer tu...amek lilin...pegi pasangggg...mintak apa pun kau nak mintak dgn komputer..." memang ummi geram betul lah...tak makan tak apa..jangan tak solat

ummi sambung lagi tazkirah ummi..." ko tahu tak dek..malaikat yang sebelah kanan...menangis sampai putih badan-badan dia...dek basah sebab air matanya yang terlalu sedih tgk umat Muhammad ..hamba Allah yg tak taat perintah rasul dan tak ikut perintah Allah... syaitan yg dok sebelah kiri berdekah-dekah dia ketawakan Malaikat sebelah kiri yang penat mencatit kejahatan kita meninggalkan perintah Allah....dia ketawa sampai muka dia hitam dan matanya merah tau tak..."

" adik buat lerrrr..biaukan malam karang adik tido...dia datang dengan muka dia berdarah darah dgn api neraka yg menyala nyala... adik tak sedih ke...Malaikat sebelah kanan tertunggu tunggu apa amalan baik yang adik buat yang dia boleh catit dalam buku amalan adikkkk..." berdas das ummi lepaskan ledakan.

"Ingat dek...kita mati tak de apa yang boleh selamatkan kita dari api neraka kecuali solat.. dan amalan amalan baik. Salah ke balik sekolah adik kemas barang sekolah.. buat home work ...solat dah siap semua nak main...main ler.. adik tak kesian ummi ngan abah penat pegi keje semata mata nak senangkan hidup adik ngan aqib... kalau ummi ngan abah malas..dah lama adik ngan aqib pegi mintak sedekah tau..." ha...lepas geram ummi

Adik termenung panjang..mungkin sedang mentafsir satu persatu ayat tazkirah ummi... Alhamdulillah adik lakukan perubahan keesokan harinya...

Persoalannya? sampai bila?

Harap-harap tidak seperti taik ayam..hangatnya sementara... tapi iman ni ibarat tanah yg gersang...perlu selalu di siram dan di baja...maka selalu lah ummi kena bagi ceramah atau dakwah kat rumah ni...

Naqib tanya "ummi ni apa kes lak ni... abis satu umah dah siap kemas..baju baju sekolah semua dah basuh..."

"tu ler Qib.... ummi dengar citer...setan yg ketawa berdekah-dekah semalam hari ni nangis sampai putih badan dia... dah hensap agaknyaaaa.... kau berhajat nak dengar ceramah ummi Qib..." tanya ummi..

"tak pe...tak pe mi... urat sarap Aqib yg kejang ari tu ponnn blom longgar lagi..."..jawab aqib

hahaha... itulah namanya mak... kalau dah berleter susah nak berhenti...tapi kalau mak berhenti berleter...kau akan tercari cari....