Monday, April 23, 2012

Sembang Santai

Sembang santai adik,abah n ummi..

ni ler muka budak debab yg suka tanya soklan yang tak mampu anda jawab....

ummi: dek nanti kalau ummi dah tua , entah sapa bela agaknya eh..tgk cam nenek, anak ada 8..last last tiggal sorang sorang

adik: adik ler bela....

ummi: yer yer je...ni blom kawin boleh le ckp dek... besok dah kawin bini lagi power dari mak.. percaya le ckp ummi...

adik: bini adik byk ckp adik kejekan ler dia...apa susah

ummi: ummi doa apa tau dek.. nanti kalau boleh ummi nak mcm mana kita jumpa kat dunia.. mcm tu jugak kita kat sana nanti...

adik:.. umi kalau kita masuk syurga kita boleh jumpa balik mcm ni kan..

ummi: ahli syurga jek boleh..ahli neraka dia byk kerja....

adik: adik nak minta dgn Allah...kumpul kan kita 4 org (abah, ummi, aqib dgn dia) mcm kat dunia n jugak. perangai pun sama mcm ni... ni umi punya bintik bintik kat muka ni (jeragat) sama mcm ni jugak...

ummi: aik.. bintik pun nak kira payah dik...

adik: tak kira adik nak ummi y sama mcm ni... perangai pun tak berubah

(yg ni adik jgn risau kengkawan sekolah ummi kata perangai ummi tak berubah..sama mcm masa sekolah dulu..hehe)

adik: ummi..kat syurga yg haram sume jadi halal kan...

ummi: a ah..adik nak mintak apa? (dlm hati ni berdebar-debar apa le dia nak merapu ni karang...

adik : adik nak pakai seluar pendek ngan buat rambut punk....

ummi: alar tu kacang jek dik...renjis pun dapat... tak yah kat surga kat dunia pun ummi boleh bagi...pakai ar suar pendek dalam umah... pastu meh ummi lempunk sekali...terus punk rambut adikkkk... (merapu jek permintaan si debab ni....)

tiba-tiba abah menyampuk...

abah: kau ni dek...abah beria ria nak tunggu ummi kau kat syurgaaa... sebab katanya kat syurga nanti ummi rupa cam bidadri...tapi kau nak ghopa yg ada bintik bintik ni... alar penat abah dek...asyik kira bintik bintik ummi kau ni..mintak le muka ummi cam cik wan rozita ke jida rapik ke...

ummi: pasrah jek le bahhhhh..... rezeki Allahhhhhhhhh..bintik pon cantik apa, cam apam polka dot kan dekkk!!!!

Wednesday, March 28, 2012

Terkenang Semasa Dulu...

Rasanya mcm dah lama ummi tak mencurah rahsia hati di laman ini. Kalau blog ni ada perasaan tentu dah lama dia cemburu dangan FB. Sebab hari-hari ummi dok mengadap FB jek. Ye la bila berfb ... seperti ada tindakbalas.. kita letak status orang komen... tapi di blog .. org malas nak komen org suka baca saje.

Bila idea datang mencurah-curah, barulah tgn ni mengetuk-ngetuk papan kekunci ni seperti ayam patuk padi. Sebenarnya banyak ingin dikongsikan di laman ni... tapi.. biarlah tapi itu berlalu dengan seribu alasan.

Kenapa tiba-tiba hati ummi terpanggil untuk menuliss.. tambahan lagi dengan tajuk yang sungguh menyentuh jiwa. Semalam sewaktu mengadap FB.. tiba-tiba ummi teringat zaman kanak-kanak yang penuh dengan kenangan manis.

Antaranya kenangan main anak patung kertas. Zaman sekarang tak jumpa lagi permainan yg macam gini. Zaman dulu semuanya manual... kalau main kawin-kawin..main betul betul...siap ambil selindang mak... buat ropol dengan getah letak bunga... pakai bedak putih putih pakai lipstik kakak yg dah balance balance..pastu jalan perlahan perlahan macam pengantin...satu rumah ummi round.

Lagi kreatif bila jiran sebelah rumah (kak ani) ada pokok nangka besar.. habis daun dia, kita orang kerjakan buat mahkota..buat selimpang pakai daun nangka. Cucuk dengan lidi untuk sambungkan daun. Macam-macam patern... kreatif sangat... anak-anak zaman sekarang tak jumpa semua ni...

Selain main kawin-kawin kita orang selalu jugak main masak-masak. Kalau nak main, kena main pukul 3.00 sebab tu time mak mak kita orang tidur. Nanti seorang keluar minyak, seorang keluar beras, seorang keluar cili, sorang keluar telur.. sayur kangkung cari kat semak belakang rumah.. api pakai kayu... siap masak nasi..goreng kangkung..goreng telurr...tapi semuanya kena beres sebelum mak mak kita orang bangun.. yang herannya.. tak de pulak keracunan makanan ke.. kembong ke... bagus jek semua berdekah dekah lepas makan...

Main nyorok-nyorok yang best sekali.... macam-macam tempak kami menyorok..ada senang dapat ...ada tak jumpa langsung..... Cara bermain.. seorang perlu jadi mangsa untuk mencari orang yang menyorok. Dia perlu tutup mata ke tiang, dengan kiraan 5,10,15,20,25,30...seterusnya hingga seratus... sebab tu kita orang terror sifir 5..sebab dari kecil asyik nyanyi lagu lima sepuloh ni... lepas semua orang dah menyorok... si mangsa tadi akak berusaha kerana mencari orang yang akan menjadi mangsa pula. Siapa yg sempat lari ke tiangg...dan sebut zemm dialah menang. Perkataan "zemmmm' tah apa maksud pun kami tak tahu.Main sebut je... Ummi yang selalu main ngelat..sempat balik umah masak air..pastu zemmmm dulu. ..sambung lagi ummi sapu rumah pulak.... pastu zemmm lagi... (orang dulu dulu penakut..kalau mak ke kakak kat pukul 5 rumah dah kena beres... pukul 4 mesti kita orang main nyorok2 sebab nak balik kemas rumah....Seronoknya bila ku kenang zaman itu...

Zaman dulu anak-anak perempuan ni mainan dia cukup "kak nam"..main kerani kerani la... nak tau tipe writer kita orang buat pakai apa... ambil pembaris ikat getah dengan pensil box...pastu bunyikan tap tap tap...mcm orang menaip...kalau main cikgu cikgu lagi tak tahan... cermin mata mak buat jahit baju abis dia laramkan... sebab cikgu dulu2 semua pakai cermin mata... hehe... kasut tinggi kakak jangan cakap..naik lunyai...kelentang kelentongg... kami roundkan...hehe

Budak lelaki pulak...suka benar main perang perang. Sebab tu anak anak lelaki dulu berjiwa kental..ada jati diri.. senapang buat sendiri..tak main la beli beli dekat kedai... senapan mereka macam macam ada... yang panjang... yg leper..yang lebar... lepas tu dibuatnya pulak tempat letak peluru... buah peluru tu diamil dari pokok ayng menjalar kat tepi lauh...kita org panggil buah dat... fuhhh kalau kenaaa...M16 pun kalahhh.... berpinau kalau kena...

Itulah pekara yang paling jauh dari kita...."masa lampau"..... tak mungkin ia kembali... jadi hiasi hidup kita dengan pekara yang manis manis dan baik baik...kerana masa lampau tidak akan kembali lagi...

Tuesday, February 14, 2012

Datang dan Pergi....

Suasana pejabat pagi ni menjadi riuh rendah ekoran kejadian kemalangan ngeri di pintu keluar tempat kerja kami sebentar tadi. Macam-macam versi cerita yang kami dengar. Status di FB pun tak henti henti. Aku masih lagi di sini.. masih termenung panjang memikirkan saat-saat kematian yang kian hampir. Sesekali jejari ni menekan papan kekunci untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini di FB.

Rupanya tanpa ku sedar, arwah juga salah seorang rakan FB ku. Pantas aku menaip.. "sedekahkan al-fatiha untuk beliau" dan ku poskan di status FB ku. Hingga kini fikiran aku masih berada di awang-awangan. Sibuk memikirkan sehari sebelum kejadian sejam sebelum kejadian, setengah jam sebelum kejadian dan hingga nyawa di hujung bibir...

Persoalan yang tiada henti henti di kotak fikiran ku ini.. bagaimana pagi tadi si si iteri menghantar suami ke tempat kerja di muka pintu. Setiap hari pasti perkataan yang sama akan di doakan. "Hati-hati ya bang.. bawak motor baik baik-baik.." bagaimana hancurnya hati ini, bila pagi tadi kita hantar suami dengan senyuman di muka pintu..tapi petang nanti kita hantar suami dengan tangisan yang tidak bertepi.

"Ya Allah aku yakin, setiap kesusahan yang engkau kirimkan pasti ada kemudahan. Kau mudahkan isterinya menghadapi dugaan ini. Peliharalah anak-anak yatim ini, Kau kasihani mereka ya Allah." tiba-tiba hati ku terdetik mengirim doa buat isterinya. Manalah tahu ketika itu pintu langit terbuka dan Allah menerima doaku ini.

Kepada teman-teman ku sekalian ambillah iktibar dari sebuah kematian. Peringatan untuk diri ini juga, Sesungguhnya kematian itu tidak dapat dilambat atau dicepatkan walaupun sesaat. Andai kematian itu tiba... adakah kita sudah bersedia.

Tuesday, February 7, 2012

UFO

"ummi...ummi... cikgu kata boleh tak sumbangkan kertas UFO untuk sekolah...." sebaik adik masuk kereta masa ummi ambil adik dari sekolah....

" mak aii... ingat ummi dok planet ke nak sumbang sumbang kertas UFO nih..." ngomel ummi. Adik diam terpaku, mungkin sedang mencari ilham bagaimana nak buat ummi terbuka hati untuk bersedekah.

" ala mi...bukan mahal pun... nanti dapat pahala tau. Bila adik ngan kawan kawan pakai kertas tu ummi dapat pahala adik pun tak payah buat kerja potong potong kertas. Cikgu kata siapa tak bagi kertas dia kena potong -potong kertas....boleh tak mi" pujuk adik.

"kat mana nak cari kertas UFO ni dik...ummi tak pernah dengar punn..kang ummi tanya kat kedai buat malu jek.. " leter ummi lagi...

dgn selamba adik terangkan..." ummi kita kan pernah beli kertas ni... yg ummi letak kat komputer...kertas dia ada balut warna kuning kat luar dia tuuuuu..."

"tu kerrtas A4"... kata ummi sambil mata menjeling kat adik

"haaa... tu la kertas yang adik nak cakap tadi, tapi adik tak tahu sebut.. adik dengar cikgu sebut fo fo.. mesti kertas UFO... adik salah ckp lak..."

eh budak ni...sekali ummi lesing kang... tak pasal pasal dia perah otak ummi.....


ni ha kertas UFO ghopanya.....

Thursday, February 2, 2012

Kahwin Cerai

semoga ikatan yang terjalin kekal abadi

Pagi tadi, ada lah seorang Hamba Allah ni ke Masjid besar negeri kita ni untuk proses pendaftaran kursus kahwin. Katanya, dari Jan - Feb tiada kekosongan, sudah penuh.. Mac sahaja yang ada kekosongan. Menurut pegawai yang bertugas ada satu hari nanti dalam bulan Feb, peserta kursus mencecah hingga 400 org dalam satu sessi.

Masa ummi pergi kursus motivasi kecemerlangan di dalam mendidik anak-anak baru-baru ini.. ustaz yang menyampaikan ceramah, telah melahirkan rasa kebimbangan terhadap kes penceraian yang semakin meningkat di negara kita ini. Kalau tidak silap ummi, dalam 1 jam 18 pasangan dilaporkan bercerai. Bukankah ini amat membimbangkan?

Mengapa pekara ini terjadi? Nak daftar kursus sampai tak cukup-cukup tempat.. tak kan lagi di beri kursus lagi tak betul jadi nya. Siapa yang patut kita tunding jari.. siapa lagi individu yg kita akan libatkan dalam lagu bangau oh bangau ni...

Jangan sesekali kita menyalahkan sana, menyalahkan sini.. daripada kita sibuk menyalahkan orang adalah lebih baik, kita baiki kelemahan diri.

Kalau dihantar kursus beratus kali, kalau diberi penceramah yang sehebat mana pun , atau sebaik-baik pakar motivasi, kalau kita tidak mahu berubah, tidak ada maknanya. Kita yang perlu merubah diri kita sendiri kerana di akhirat nanti kita akan dipersoalkan dengan apa yang kita lakukan. Nenek moyang, mak bapak kita dulu tak de pun pergi kursus yang macam-macam. Bahagia je hidup mereka hingga akhir hayat dan dikurniakan dengan anak semewah-mewahnya. Orang dulu-dulu boleh beranak 16 boleh beranak 20.. bahagia hidup mereka.

Mengapa ini terjadi? ... kerana kita sudah tidak ada jati diri. Pendirian kita sangat rapuh,
keputusan yang kita ambil juga gopohh... cepat nak kawin cepat juga nak cerai. Ini yang berlaku , jika sebuah perkahwinan itu tidak berlandaskan dengan iman dan islam. Walhal kita patut bersyukur dan berbahagia kerana lahirnya kita telah dibekalkan dgn syahadah dgn Islam... dan nikmat islam itu sendiri sudah cukup membuktikan kita ini insan-insan yang dipi;ih Allah. Bukankan kita bernasib baik kerana kita tidak dilahirkan sebagai seorang kafir.

Malangnya hari ini, hidup kita ini, susah nak menunjukkan yang kita ini sayangkan islam. Pergaulan sangat bebas. Zaman ini belum bernikah sudah boleh ke hulu ke hilir, belum bernikah sudah boleh raba sana sini, belum bernikan sudah boleh berdua-duaan seperti pasangan yang halal. Kadang-kadang kami yang dah kahwin ni pun malu melihat aksi kalian yang tiada batas. Duduk serumah sudah tidak menjadi masalah, pernahkah kalian dengar, bila berdua-duaan yang ketiga itu adalah syaiton.

Jika maruah habis digadai, apa yang tinggal. Lebih -lebih lagi kaum wanita. Permata yang Allah beri pada kita, andai kita serah sebelum nikah, di mana letaknya nilai kita. Itu yang berlaku bila bergaduh habis rahsia dalam kain kita diungkit-ungkitnya. Wahai anak anak gadis yang manis ciptaan Illahi, hargailah diri kamu. Jangan biarkan mereka menyentuh mu umpama barang tidak berharga di kedai RM2 tapi jadilah kamu barang berharga yang diletakan di pasaraya terkemuka dan di tag " see no touch " . Lagi tidak berduit lagi kita bercita-cita untuk memilikinya.

Cuba kita bezakan bila kita beli penyapu di kedai RM2 dan kita beli emas .. penyapu letaknya merata-rata, sedangkan emas, tempatnya sungguh terjaga. Tidak cukup jeriji besi, bermangga berkunci ditambah lagi dengan sekuriti. Bagaimana bila kita berjaya memilik barang-barang ini... penyapu bila rosak, kita campak sesuka hati, emas walaupun sudah putus kita tetap simpan dengan hati hati dan jika ada rezeki kita akan ganti dengan yang lebih baik lagi. Jadi wanita, anak-anak gadis di luar sana hargailah diri kita ini.

Ummi takut melihat generasi yang akan datang, termasuk kebimbangan ummi terhadap 2 putera ummi. Takut dikatakan pandai berkata-kata cuba lihat anak sendiri. Tapi jika ummi pendam di dalam hati, takut ummi di soal di akhirat nanti. Andai hari ini kita melakukan kesilapan ini, jangan bersedih hati. Mungkin tidak ada yang memberi teguran, kita lupa kita tidak sedar diri, tapi selepas ni nanti. kalau boleh kita baiki lagi peribadi. Setiap manusia melakukan kesalahan, tapi ingat Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Baiki diri, teguhkan peribadi maka terlahirlah jati diri yang tinggi.

Tanamkan azam, jauhi maksiat, kerana keseronokan ini bukan abadi. Agenda syaiton yang tidak henti-henti. Tinggalakn yang haram carilah yang halal, insyallah hidup ini tenang, Bila Allah sayang segala urusan akan menjadi senang. Sayangi Allah sayangi Rasullulah saw.. tidak ada yang jahat yang mudarat yang di suruh Allah, tidak ada yang sesat yang khianat yang ditinggalkan oleh Rasulullah..ikuti sunnah... insyallah

Bila berjaya menjaga hubungan kita dengan Allah, apa saja agenda syaiton tidak akan lot dengan kita. Maka terbinalah keluarga bahagia ... bila pasangan bahagia, melahirkan zuriat yang bahagia hidup kita akan bahagia. Tiada penceraian, tiada kekejaman dalam rumahtangga. Kursus yang kita hadiri cuma sehari dua, mana cukup untuk kita bekalkan untuk kehidupan kita. Apa yang kita lalui hari hari dalam hidup ini, kita pelajari dan kita baiki dari hari ke hari.

Ingatlah wahai saudara saudari.. hidup ini nafsu nafsi. Orang yang kuat bukan org yg dalam ilmunya dalam seni mmepertahankan diri, tapi orang yang kuat itu adalah orang yang berjaya melawan nafsu nafsi.

Jangan lupa ada mata-mata yang dok perati ..kerjanya mencatit tiap-tiap hari. Tidak sekelumit perbuatan pun yang tidak dia perhati... maka hati hati sebelum kita di jemput mati.....

Monday, January 23, 2012

Pantas masa berlalu....

Ya Allah sungguh pantas masa berlalu...sedar tak sedar dah lama blog ni ummi tinggalkan berhabuk... punyalah sibukkkkk... baru malam ni ummi perasan 2012 belum ada satu entry pun lagi....

azam ummi sebelum januari berlalu pergi...ummi tetap nak tinggalkan satu entry...

apa yang ummi sibukkan sgt tu meh ummi kongsikan sikit..

1. Buka sekolah.... hantar anak sekolah, tapi bertambah sibuk lagi bila si abang masuk asrama. Mulanya ditawarkan ke Rancangan Khas di Sek Tinggi Melaka berserta asrama, ummi dah tolak tawaran ke asrama memandangkan sekolah dan rumah hanya 10 minit sahaja. Tetapi kita merancang hanya Allah menentukan..lain yang kita rancang lain jadinya. Masa hari pendaftaran, pihak sekolah membuat pengumuman ini adalah tahun pertama sekolah itu mengadakan program hafazan dan taranum. Syarat untuk menyertai program ini perlu menginap di asrama. Nak tak nak... ummi dan abah terpaksa akur meletakkan Naqib di asrama. Walaupun berat hati ni ... maklum ler kalau anak 20 org tak pe lagi..ni 2 org jek... dah masuk asrama sorang tinggal la si adik terkontang kanting.

2. BB1M.. dekat 2 minggu sibuk dengan pengagihan vaucar buku RM200.00 untuk pelajar pelajar universiti. Macam-macam ragam ada. Ni tgh sibuk nak kira vaucar yang dah kutip. tgh buat balancing. Nasib baik cuti tahun baru cina..kalau tak kom[erm termuntah-muntah nengok vaucar ni.. vaucar student dah di agihakan vaucar ummi RM500 tak dapat lagi pun... tapi laykakah?....

3. Mcm mcm ada di bulan Januari ni... ada org kawin, ada org tunang, ada org meninggal...pendek kata mcm mcm adaaaaaa....

tapi kenangan paling manis..hantar bujang masuk asrama..... tu dulu eh..nanti ummi upload gambar

Tuesday, December 27, 2011

Basikal Adik Kena Curi

Inilah rupa basikal adik yang hilang... arwah basikal niii...

"errrmmmm sedapnya bau..ummi masak apa?" tanya adik. Kebetulan hari tu ummi masak lauk ikan kembung bakar dgn lala goreng cili. Bau dia jek adik dah tak tahan.

"dik dah masuk basikal.." tanya ummi..."jap lagi la.. adik dah tak tahan bau ummi masak ni"..balas adik. Ummi diam aje, suka hati lah dik. Naqib tak payah tanya, dia memang sayang harta benda dia.

"Blurrpp..Alhamdullilah.." adik ucap syukur selepas kenyang menikmati hidangan malam. "Ha gi amek basikal bawak masuk..kang sesia jek.." kata ummi. Adik akur dan terus keluar...

Tiba-tiba... adik berlari-lari anak ke bilik belakang, muka adik cemas.."napa dik" tanya ummi. "basikallll...basikall adik dah tak dee..." pintas adik. "ha.. kan ummi dah kata" ummi mula mengeluarkan sebutir dua peluru sebelum menghamburkan bom atom yang tersimpan rapi ni.

ummi dah agak dah..patutlah hati ni dari tadi berkata-kata.. hati ni macam tak tentu rasa. Licik betul pencuri ni.. bayangkan dengan keadaan basikal di dalam pagar rumah, kami sedang menikmati makan malam di depan rumah dan keadaan pintu masih belum berkunci. Betapa beraninya pencuri ni. Bayangkan punya licik pencuri ni, kami tidak dengar apa-apa bunyi.

Pekara pertama yang kami skeluarga buat..pujuk hati dan terima ketentuan Illahi dan yakin kalau kami bersabar Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Mugkin kami kurang bersedekah agaknya. Setelah hati rela di pujuk, kami sekeluarga keluar meronda. Tiada rezeki kami.

Sejak kebelakangan ini, kejadian mencuri basikal semakin berleluasa di taman kami. Hampir setiap rumah baik yang berkunci atau tidak pasti kehilangan basikal. Selang 2 hari kejadian di rumah ummi, jiran ummi pula mengalami nasib yang sama. Lebih menyakitkan hati rumah jiran ummi berkunci, basikal tersusun rapat, dia licik melakukan tugasan.

Malam berikutya ummi kumpul semua jiran-jiran tetangga. Kami bermesyuarat untuk mengatur strategi bagaiman untuk memasang umpan menangkap pencuri ini. Itulah yang dikatakan jiran sepakat membawa berkat. Selepas sejam lebih kami bermesyuarat, masing-masing sudah mula mengangkat kaki untuk pulang, tiba-tiba abg aji ternampak sekumpulan anak-anak muda berbasikal lalu di taman kami. Tiba-tiba salah seorang dari mereka berhenti dan cuba untuk patah balik bila melihat kumpulan kami.

Ummi suruh naqib kejar dan bawak budak itu kepada kami. Entah apa taktik yang naqib gunakan akhirnya budak itu akur. Panas telinga adik tu di terjah dengan soalan bertubi-tubi dari pakcik-pakcik yang ada dalam mesyuarat kami. Orang benar selalunya berani, walaupun digertak adik ini dengan berani memberitahu kami... salah seorang dari kami menyoalnya.."dik, kat mana beli basikal ni..." "saya beli dengan kawan, pak cik..100.00 jek. pak cik nak..kawan saya kata dia ada banyak stok...." mak aiiii... memang lurus hati adik ni. Kami ambil basikal tersebut dan cari bukti-bukti sahih...mana la tahu kot kot itu benar basikal kami. Bila di amati.. basikal itu warna yang sebenar warna biru tapi telah disembur warna oren... berdebar jantung ummi..."alamak ..ni warna basikal anak aku"... ummi panggil adik dan suruh buat pengecaman, katanya "eh ni mcm tayar basikal adik..." tapi kami tak boleh mengaku itu basikal kami kerana kami tidak punya bukti yang cukup kukuh... lagipun menurut adik yang berani tadi basikal tu telah di beli lebih awal dari tarikh basikal kami hilang.....

Keadaan menjadi sedikit huru hara, apabila pengerusi taman datang, di panggil sidang kampung dan dilaporkan pada polis. Tidak berapa lama selepas itu kereta peronda polis pun sampai dan menyuruh ummi membuat laporan dan adik yang berani tadi di bawa ke balai polis untuk membantu siasatan.

Abang aji terlalu marah bila adik tadi di bawa dengan "radio car" ke balai polis. Setiba di balai polis, kami terus membuat laporan. Ketika sedang membuat laporan, polis dan adik tadi pun sampai. Berkali-kali ummi pesan pada polis itu adik ini jangan diapa-apakan kerana dia baik hati untuk membantu kami dan secara tak langsung dia juga boleh membantu pihak polis.

Kami berdoa supaya usaha murni ini mendatangkan hasil..dan pencuri yang berjaya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi ini dapat di tangkap. ...