Monday, December 20, 2010

Aktiviti Bulan Disember

Macam macam aktiviti bulan ni ..tapi kebanyakkannya walimahtulurus sedara mara ngan kawan kawan baik. Jom nengok gambar. Macam macam ada...ada kawin, ada cukur jambul, ada camping mlm mlm, ada org bersalin...pendek kata selagi belom tutup mateeeeeeeee....
macam macam adeeeeeeee......

Along Busu Ijan


Shahrol n Aishah

Abg aji menepung tawar rakan seperjuanhannya...

Ummi bergambar bersama perantin...

TGS (Tengu Julia Sandra..)
Org Tengkera ... haha kat tengkera ada tengku keeeeerrr?

Minggu seterusnya dekat dgn Tengkera..kat Limbongan
umah Kak Ida.. kawan baik masa di Perkasa Ekspress dulu.. 20 tahun yg lalu..
walaupun jrg jumpa alhmadullilah..ukhwah yang terjalin berkekalan.. Moga Allah rahmati hubungan ini kan kak....

Angah kawin...


Ummi kawin..eh salah lak

Kawin lagi...hehe

Sedondon dgn ibu mertuaku....

kak ngah n deja


Rakan MMU bergambar di majlis shahrol

Camping ngan mak ngan anjang..kat Pengkalan Balak

Anjang ngan mak anjang bakar sate n otak otak

nenek n kak long

Main masak-masak....

Hasil tangkapan mlm tu....

Abg aji ngan antok
Ina vs Mal
(Komperm harimau mengaummmm)

Hadiah baby... baby siapa?
baby zana n cik ah

Hadiah untuk baby zana ngan cik ah
from kak jah, ummi, ina, wati n mak cik (mak intan)


bersama kak tim..coach netball terkenal kat melaka
byk terhutang budi ngan kak tim... tqvm kak tim

Akhir sekali...
Gambar yang diambil pada awal muharam....
selepas pulang dari surau...baru lepas baca doa akhir tahun n awal tahun...

Salam Maal Hijrah
&
Selamat TahunBaru semuaaaaaaaa


Inilah Permata hati kuuuuuuuu

Thursday, December 16, 2010

Tazkirah dalam Gurindam

hari ni hari baik...
sunat kalau kita berpuasa
cari kawan baik baik ...
jgn carik yg hantu puaka....
(nanti dia heret kita ke neraka)


Buat baik berpada pada
Ajak sahabat beramal mulia
Hidup kita tak kekal lama
pasti kembali menghadap yang Maha Esa

Hati jahat fikiran kusut
lembutkan hati lapangkan dada
Jangan kita suka menghasut
Api neraka santapan jiwa

Bersihakan hati bersihkan jiwa
Buat diriku yang hina dina
Perbuatan yang baik tidak sia sia
Balasan setimpal syurga tempatnya

Carilah kawan seia sekata
Pilihan Allah tepat sekali
Kalau nak tahu siapa kita
tepuklah dada tanyalah hati

Orang yang sabar baik tempatnya
Orang yang jahat kita jauhi
Kalau dah bangkai bangkai lah jua
Apa cara pun tak dapat di tutupi

Ingatlah Allah yang Maha Esa
Balasan tetap adil saksama
Jangan ingat Allah itu buta
Kita buat ikut suka hati

Sangat enak bubur asyura
perlu dimasak hingga mendidih
Anak yatim jangan dipersia
Balasan Allah sangatlah pedih

tutup lampu buka lampu
hitam pekat gelap gelamat
ingatlah pada Allah yang satu
kalau jahat siksaanNya amatlah dahsyat....


Terjerit jerit dalam neraka
Hukum mengumpat tidak terperi
Kita ni lagi teruk dari org yang kita nak kata
Kalau nak mengumpat tengoklah diri

Buruk orang jangan dibuka
Ibarat membuka pekong sendiri
Hidup tidak selalu ceria
ada masa kita diuji

Jangan menipu membohong diri
Hati sakit buat buat gembira
kalau selalu meninggi diri
Kalau tersepok nanti orang padankan muka...

Tak lama lagi nak buka sekolah
mula lah sibuk di pagi hari
Yang baik itu datangnya dari Allah
Yang buruk itu dari kita sendiri

Cukuplah saja setakat ini
takut muak para pembaca
Kalau rasa nak dengar tazkirah lagi...
jangalah lah malu beritahulah saya

Ini bukan pantun seloka
Mesej nya padat lagi berisi
Hidup di dunia tak kekal lama
Baiki diri perelokkan peribadi

Andai terbaca jiwa tersentap
Anggaplah ini teguran diri
Kalau nak diri kita mantap
Pandai pandailah membawa diri


Selamat beramal di hari asyura.... Wahai diri kawalah marah agar ibadah tidak sia sia

Friday, December 10, 2010

Kisah seram.... Perempuan Mengendong Bayi berjalan di Tengah Malam

Sebenarnya aku menulis "Bukan Kerna Nama" tapi kasih sesama insan.

Anak-anak masih di kampung. Hajat di hati nak balik, tapi hari ni hari Jumaat. Esok ada macam macam agenda. Niat untuk mengambil anak terpaksa dibatalkan. Untuk menghilangkan kebosanan duduk di rumah tanpa anak-anak.. macam macam benda yang kami lakukan. Yang paling senang, round satu Melaka.

Malam ni kami keluar makan selepas solat isyak. Sedang enak menikmati hidangan, suami mengusulkan, lepas makan kita ke kedai pak imam cari majalah. Enak juadah yang kami nikmati. Selepas makan kami pun menuju ke kedai Pak Imam.... setiba di kedai Pak Imam...alamak...ada majlis perkahwinan di rumah pak imam ....Kami pun meneruskan perjalanan. Abg aji tanya nak kemana? Jom kita ke Permatang Pasir, jalan jalan ambil angin. Nak balik hari masih muda... jam baru menunjukkan pukul 11.30 malam.

Dipertengahan jalan..... hah! melopong mulut ummi dan suami bila melihat seorang perempuan mengendung bayi berjalan ditengah-tengah malam. Perempuan itu kelihatan seperti masih di dalam pantang. Ya Allah ketika itu perasaan kami bercampur baur. Takut, curiga, kesian entah apa apa lagi lah perasaan yang datang.

Kami abaikan ..kami teruskan perjalanan. Tapi hati kami tidak sedap.. suami patah semula dan kami memberhentikan kereta untuk melihat ke mana agaknya si ibu yang mengendung bayi ni nak pergi. Dia berhenti di perhentian bas di tepi jalan. Bayi yang dikendung di baringkan untuk dia membetulkan lipatan kain batiknya yang hampir terburai.

Abg aji dan ummi bermain teka teki yang tidak sudah-sudah.

Abg: Mi.. nak tolong tak?
Ummi: Entahlah bang...jom kita berdoa dulu

Nak kata hantu kakinya jejak ke bumi...
Nak kata gila..pakaiannya masih terurus
Nak kata dia nak buang bayi...dia sayang bayinya... cara pelukannya dan cara dia cium anaknya sambil berjalan...tak mungkin dia ingin membuang bayi tersebut.
Segala persoalan bermain di benak pemikiran kami.

Kami pun berdoa " Ya Allah ya tuhan kami jika dia orang yang baik dan waras, kau izinkan kami membantunya, kalau dia makhluk yang engkau tidak redhai kami menolongnya, kau bantulah kami dan jauhkan kami dari dugaan yang tidak mampu kami tanggung"

Lama dia berhenti di perhentian bas. Kami masih memerhatikan dia dari dalam kereta. Tidak berapa lama selepas itu, dia menuju ke kedai mini market yang berhampiran. Abg aji mengarahkan ummi cuba risik risik apa agaknya yang dia buat atau beli di mini market itu. Didalam hati "Ya Allah kau mudahkan urusanku kau bantulah aku...."

Ummi pun berlakon membeli tepung. Selepas ummi pandang dia atas bawah atas bawah.. konfirm dia waras. Dia memberi senyuman pada ummi. Ya Allah manisya senyuman dia. Senyuman penuh kekuatan. Sementara menunggu pekedai mengambil tepung sempat ummi bertanya beberapa soalan kepada dia.

Ummi: Nak pegi mana ni dek malam malam bawak baby
Si ibu: Beli susu anak kak, susu kehabisan
Ummi: Nampak gaya macam dalam pantang
Si ibu : Ye kak, baru 16 hari
Ummi: Kenapa keluar malam malam dek, bahaya..kan dalam pantang
Si ibu: Anak-anak yang lain dah tidur, nak tinggalkan baby kesian, saya jalan perlahan perlahan kak.


Ya Allah... hancurnya hati ni bila dengar si ibu ni didalam pantang dan mengendung bayi yang berusia 16 hari keluar di malam hari mencari susu untuk si kecil. Mana suaminya.. mana orang yang bertanggunjawab ke atas dia. Titisan air mata ini ummi biarkan jatuh di dalam hati.

Ummi: Meh akak hantar balik ya
Si ibu: Tak pe kak, menyusahkan akak jek..lagi pun bukan jauh sangat.

Ya Allah jarak dari kedai ke rumah dalam 100 meter dikatanya tidak jauh bagi orang yang dalam pantang sepertinya.

Ummi: tak pe dek meh akak hantar. Kesian anak..sejuk malam malam diembunkan
Si ibu: terima kasih kak
Ummi: Suami adik kerja ke? (ummi cuba mengorek rahsia kenapa sang suami membiarkan si isteri bersusah payah mencari sesuap susu buat si kecil yang kelaparan)
Jawapan terpaksa ummi rahsia demi menjaga hati banyak pihak.

Ummi gapai beg plastik yang sarat dengan susu, cili, ikan bilis dan sedikit keperluan lain. Ummi ajak dia ke kereta. Si ibu tidak membantah dan ummi pimpin dia ke kereta. Dalam kereta ummi soal lagi.

Ummi: Anak ke berapa ni dek
Si ibu: Anak ke 6 (Ya Allah murahnya rezeki kamu)
Ummi: dek, kenapa tak susukan dengan susu badan saja . Tak la penat nak pergi kedai malam malam macam ni.
Si ibu: Saya tak sihat kak..ada tyroid. Baby tak boleh minum susu saya. Baby pun tyroid jugakkk.... kalau dia minum susu saya nanti mulutnya pecah pecah

Ya Allah dihati ku di dada ku sarat dengan sendu. Selama ini kita rasa kita susah ada lagi yang lebih susah dari kita. Abg aji bukam membisu, menahan sendu seperti ku agaknya. Jantungku berombak kencang ku gagahi setabah wanita itu.

Ummi: kat mana rumah dek
Si ibu: depan sikit betul kat simpang tu kak

Sekali lagi ..seperti di hempas hempas hati ku kebumi bila melihat terataknya yang didiami seramai 8 orang ahli di dalamnya adalah sebesar ...owh tidak mmapu ummi mengungkapkannya.

Turun dari kereta, walaupun miskin harta tapi dia kaya budi bahasa. Sambil mengucapkan terima kasih yang tidak putus putus dia melambaikan tangan ketika kami meninggalkannya.
Kami membukam seribu bahasa. Abg aji tidak mampu berkata apa apa... kami tertanya tanya...cukupkah itu saja bantuan yang mampu kami beri kepadanya.

Ya Allah...terima kasih atas segala nikmat yang kau kurniakan kepada ku. Terima kasih atas susunan rancangan mu yang sangat indah pada malam ini. Suatu rencah kehidupan yang ingin ummi kongsi bersama semua.... sebagai insan hina ini..apa yang mampu kita lakukan?

Ya Allah ya tuhanku sesungguhnya engkaulah sebaik baik pengatur rancangan. Berilah si ibu kekuatan dan pahala yang kau janjikan pada mereka yang meramaikan umat Muhammad SAW. Kau murahkan rezekinya kau mudahkan segala urusannya. Aminn aminn ya rabalalaminnnnn

Sebenarnya aku menulis "Bukan Kerana Nama"..tapi kerana kasih sesama insann...

Wednesday, December 1, 2010

Iktibar

Kita juga kan menyusul....


Dalam hidup ni apa saja yang kita lalui ini adalah satu pelajaran. Apa yang kita pelajari pula adalah satu pengajaran. Iktibar adalah suatu ayat yang manis untuk kita gunakan dalam konteks mengambil pengajaran dari apa yang kita pelajari dalam kehidupan ini.

Ada satu pengalaman yang ingin ummi kongsikan supaya kita sama sama dapat mengambil iktibar dari kejadian tersebut. Ini adalah untuk peringatan diri ummi sendiri dan kepada sesiapa jua yang ingin mengambil iktibar. Biar tulisan ummi ni seperti menepuk air di dulang terkena muka sendiri daripada orang beranggapan tulisan ini ibarat siapa makan cili dia terasa pedas. Tidak ada terniat untuk melukakan hati sesiapa.

Cerita berkisar tentang kematian. Baru-baru ini adik kepada abg ipar ummi (Abg Rahmat) telah kembali bertemu Penciptanya. Silapnya ..ummi terlalu ambil ringan. Tak payah ziarah dululah sebab kat ICU nanti dah tukar ke wad biasa barulah ziarah. Tak perasan ke perkataan ICU itu. Berkali juga ummi katakan pada suami... kadang kadang yang sakit.. hidup lebih lama ,yang sihat akan pergi dahulu... Sebenarnya mak arwah yang tidak berapa sihat, tapi arwah pergi dahulu.

Jangkaan kita tidak dapat menjangkau apa yang telah Allah tentukan. Kita jangka akan sihat tapi rancangan Allah lebih cantik. Mungkin sakit yang diturunkan adalah kifarah buat arwah sebelum kembali bertemuNya . Apa yang ummi ingin tekankan.. kalau ada peluang pergilah ziarah kerana kita masih ada kesempatan untuk meminta maaf. Sebagai manusia biasa lagi hina tentu kita tidak terlepas dari termengumpat atau termengata. Bila dah jadi mayat.. tentu kita tak berani nak berbual dengan mayat.

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" ( Ali Imran : 185 )

Sepekara lagi bila dia telah pergi... ziarah jenazah berikan penghormatan. Baik atau buruknya dia.. itu urusan dia dengan Allah. Bila kita lihat jenazah secara automatiknya kita akan terfikir .. owhh aku juga akan pergi mengikutnya. Apa yang aku bawa.. dosa aku terlalu byk.. dosa dengan keluarga, dengan kawan dengan jiran tetangga.. adakah kematian aku nanti sesuatu yang mengembirakan atau menampakkan keburukan yang aku lakukan. Dosa yang kita lakukan kita tidak nampak. Kalau tidak secara nyata.. mungkin juga dengan hati. Hati kita terlalu byk termengata... Iktibar yang boleh diambil, kita terima saja siapa pun mereka. Kerana kita tidak mahu kita lebih hina dari mereka. (Ya Allah pelihara aku dari byk mengutuk keburukan org dengan hati ini...)

Inilah pekara yang paling ummi takuti. Berdosa dengan manusia. Berdosa dengan Allah kita boleh bertaubat dan Allah terima taubat kita. Bila berdosa dengan manusia ni payah pekerjaannya. Selagi dia tidak memaafkan kita selagi itulah terrgantung gantung amalan kita. Rasanya biarlah orang mengata kita mengumpat kita atau buat apa saja sesuka hati mereka..tetapi JANGAN kita yang lakukan. Buatlah apa-apa pun kebaikan hanya kerana Allah saja. Itulah sebaik baik balasan. Cari orang yang sudi berkawan dngan kita.. sekurang-kurangnya kita tak mengata dia dan dia tak de modal nak mengata kita. Kalau tidak mampu... DIAM itu lebih baik.

Iktibarnya... sudahkan kita bersedia untuk mengadap Illahi. Moga coretan yang tak seberapa ini dapat mungubah diri kita untuk takut pada Allah.. Takut pada balasan Allah..bila ada takut akan timbul sayang pada Allah.. Jika sudah sayang berbahagialah kita bila meningatiNya. Bila datang rasa bahagia..maka tidurlah kita ibarat tidurnya pengantin bila kita kembali mengadap Yang Maha Esa sementara menunggu hari perhitungan. Wallahualam....

Monday, November 29, 2010

Cuti Sekolah...

Cuti sekolah datang lagi.. bagi mereka mereka yang bekerja, cuti sekolah memang memeningkan kepala. Tak tahu nak letak anak kat mana. Nak hantar nursery..dah besar besar..kesian anak anak.. bila hari pertama hantar anak kat nursery macam anak-anak kecil jek..

Nak hantar ke kampung kat nenek, takut menyusahkan. Sian nenek..tapi nenek beria iya suruh hantar, katanya nak buat kawan. Yang kita ni sedih pulak sebab bila balik umah jek...sunyi sepi... macam hantar anak kat asrama, hari jumaat ambil hari ahad hantar balik.

Nak tinggal kat rumah takut dia main api ke.. main kat luar umah ke... rumah lak dekat dgn laut ngan sungai..

Macam-macam hal.. akhirnya pasrah jek hantar anak kat umah nenek.. tenang sikit jiwa. Walaupun berat hati ni ...takut di salah anggap, kami menyusahkan mak. Itu pun kami ambil hari jumaat kejap kejap mak talipon bila nak hantar balik.

Jumat lepas ummi ambil dia org balik dan ajak sepupu sepupunya. Punyal excited siapa ajak kawan kawan kg 2 - 3 org. Siap sms kat abg aji..tanya boleh tak bawak lagi kawan-kawan.

Ummi pun sound ler.. Qib kalau MYvi ummi cam bas mini.. sekampung aqib boleh ajak. Maka malam jumaat tu bermulalah episod ummi sebagai emak kepada 6 orang anak lelaki. Boleh bygkan MYVI yang besar tu oleh masuk 8 org dalam keta tu.

Naik leper peha ni pangku si tembam dari Tg Bidara sampai Pdg Temu.


Anak-anak lelaki ummi.. Sebelum balik singgah dataran MBMB bawak dia org jalan jalan

Penuh satu Hall...


Malam minggu bawak lagi ke Dataran MBMB.. dia nak main keta kontrol

Macam macam gaya.. yg terjun yang terlentang..mcm mcm yang ada...

ni dah jumpa sedara lagi tak ingat dunia..siap tergolek golek lagi...

Lepas main keta kontrol ummi bawak dia org pegi makan. Sampai kedai makan taukeh kedai siap tanya.. tumpang tanya ya.. ni anak abang semua ke..
kih kih..kalau ni semua anak saya terbarai isi perut saya encik...

Esok nyer abah ajak dia org kemas laman, kemas kolam dan potong pokok.
Punya le dia org suka..sebab dapat mandi kat depan tu.. siap meniarap niarap..tergolek golek
macam macam hal...

terus bernafas dengan gembira ikan abg aji...


lepas dia kemas..terus berenang renang kat depan tu.
Ingat nak bawak dia org mandi kolam, tapi mak ayah dia org risau takut ucu tak boleh handle...
so korang berenang jek la kat depan umah mak cu ni...
Sikit punya syok lagi dia org berenang renang kat depan tu...


Tgk Aqlan punya nakal... siap warning lagi..

ummi jgn masuk FB... kalau ummi masuk FB tahu le adik komen... eleh kenit..ugut orangg


Petang tu sebelum hantar balik asrama .. ni la aktiviti mereka
wat topeng hantu... bila ummi buat buat takut dan terperanjat melekek lekek dia org ketawa
dia ingat betul betul ummi takut..
haha... ummi berlakon jekkk


Itu la antara aktiviti cuti sekolah anak-anak ni...kalau ada cerita yang menarik nanti ummi upload lagi.

Cuti Sekolah...

Tuesday, November 23, 2010

Pekerjaan "Last Minit".. Hari bersama PTPTN

Pekerjaan last minit ni memang menganggu ketenteraman awam betul. Kalau kita marah nanti di repot ke pihak atasan. Mula la keluar segala macam cerita nenek moyang. Nak marah dah besar... nak cakap lebih-lebih kang lagi sakit hati. Nasib baik bos kami amat memahami situasi yang macam ni.

Setiap kali hari bersama PTPTN ada saja cerita yang sama ... cerita permintaan "last minit" ni. Macam tak ambil pengajaran langsung. Meh akak nak kongsi sedikit tips macamana nak elakkan kerja kerja permintaan last minit ni.

1. Peka ... peka dengan persekitaran kita. Takkan sampai nak gantung banner, nak bagi flyers nak buat iklan kat tv radio kat facebook baru nak peka. Kalau kita nampak kawan-kawan tgh sibuk buat itu buat ini...tanyaaaa!!!... Ni dah sebulan notis kita keluarkan tapi buat tak tahu... byk masa lagi..byk masa lagi... sampai dah hari PTPTN datang baru nak mengelabah, nak mengamuk, nak komplain... Tak payah nak marah marah nak naik angin buang masa jek. Ibarat menepuk air dalam dulang terpercik ke muka sendiri.

2. Bulletin Board .... Baca la bulletin Board hari hari . Lebih-lebih lagi bab bab PTPTN ni. Selalu-selalu la cek kat Bulletin Board. Facebook boleh lak cek hari-hari.

3. Cek List.. Buat cek list. Sediakan dokumen. Buat semakan. Tak paham tanya kat Admission. Bukan dah sampai kat Exam Hall baru nak suruh org cekkan. Tu yang terjadi org nak surat sem ni pergi bagi surat sem lepas.

4. Berhemah... Tolong jaga perasaan orang. Dah la nak semuanya last minit, pastu siap marah-marah lagi. Macamana org nak tolong. Bila kita mengaku kesilapan, berlemah lembut dan bertolak ansur senang nak berunding. Cair juga hati kami nak tolong. Tapi setakat ni walaupun kena sekolah tahap sekolah menengah, kami masih tolong lagi. Belom ada yang balik dengan tangan kosong

5. Beri Sebab yang munasabah .... Tolong bagi sebab atau alasan yang munasabah. Antara jawapan yang tak masuk akal yang kami terima...

Kisah 1
- Kenapa apply last minit?
* Saya accident ....
- kenapa tak minta tolong kawan
*kawan pun accident.... (seb baik kawan dia tak ramai..kalau ramai..memang pupus student kat sini)

Kisah 2
-Kenapa apply last minit
* saya baru baca bulletin semalam ( hari ahad)
-kan baik you baca besok... u tau tak bulletin dah keluar notis 1 bulan lepas
* tak tahu wooo... (kecik jek akak nengok budak ni)

Kisah 3
-Kenapa apply last minit
* saya jumaat sudah datang
- Bila?
* suwah petang, opis suwah tutup
(kan baik kalau datang sabtu..algi kukuh alasan)

Banyak lah lagi kisah kisah yang dashyat..memang dahsyat.. buat semua adik adik yang tersayang... tolong lah elakkan pekerjaan-pekerjaan last last minit ni. Tak berkat permohonan tu nanti. Jangan nanti disebabkan perbuatan kalian ni merosakkan amalam kami.


Wednesday, November 10, 2010

Sehidup Semati


Utusan Malaysia, 10/11/2010 Muka hadapan...Cinta Sehidup Semati

Terpanggil untuk membaca isi kandung cerita tersebut, pelbagai perasaan bercampur baur, sedih gembira terharu dan macam-macam lagi. Cinta orang dulu-dulu kan ... sehidup semati. Tidak seperti cinta hari ni, ibarat menukar baju silih berganti.

Sepasang warga emas dikebumikan dalam satu liang yang sama, seperti yang diwasiatkan sebelum ajalnya. Si suami meninggal jam 1.30am manakala si isteri menghadap Illahi sejam selepas pemergian suami. Alangkah romantisnya percintaan mereka.

Tertanya pada diri, bolehkah kita sehidup semati seperti itu? Apakah resepi percintaan dan kebahagiaan yang mereka amalakan semasa hidup mereka? Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Adakah mereka juga melalui keperitan tergigit lidah itu. Tapi bagaimana mereka menangani keperitan tersebut. Sayangnya kita gagal berkongsi resepi dengan mereka.

Jarang di media-media memaparkan kisah resepi romantis golongan Emas ini. Paling banyak dipaparkan kisah perkahwinan artis-artis yang glamer glamer dengan perbelanjaan majlis perkahwinan yang beratus ribu malahan hingga mencecah kepada jutaan ringgit juga. Tapi apa yang kita dapat..setahun dua selepas itu timbul pula kisah penceraian mereka yang menuntut hak yang mencecah jutaan ringgit juga.

Apa yang kita dapat dari paparan percintaan yang mahal itu... ? Kita akan kehabisan wang ringgit untuk majlis perkahwinan kita atau perkahwinan anak-anak kita kerana ingin meniru gaya hidup artis dan orang orang ternama itu. Paling tidak pun kita akan meniru pakaian pengantin yang langsung tidak menitik beratkan aurat dan cara hidup islam yang sebenar.

Bila timbul perasaan rendah diri ummi pada suami, Ummi selalu ckp kat abg aji..:"Kesian abang, bini abg tak cantik macam orang ni orang tu...." Spontan jawapan yang keluar dari mulut suami " Si anu..(artis) yang cantik tu pun bercerai..." Apa moral of the storynya bang.... moral of the story, kebahagian dan percintaan dalam kehidupan lahir dari hati yang pandai menilai dan menghargai pasangan. Chewahh...

Terkadang muak rasanya nak menonton rancangan yang berkaitan dengan wawancara pasangan muda untuk berkongsi resepi percintaan mereka yang disiarkan di kaca tlevisyen kerana terasa seperti plastik. Kepada penerbit rancangan yang bercorak seperti ini, tolonglah menemubual mereka mereka yang dah banyak makan garam. Resepi mereka ini lebih asli dan banyak rencah. Bukan memandang remeh kepada pasangan yang baru mebina mahligai..tapi kita semua masih muda, baru setahun jagung... banyak lagi yang kita perlu lalui dan pelajari.

Marilah sama-sama menjaga keharmonian rumahtanggan kita... agar akan ada lagi laila dan majnun, romeo n juliet... u jump i jump pada zaman kita nanti.

Thursday, November 4, 2010

Maher Zain


"Insyallah.... insyallah...insyalllah... i found the wayyyyyy hey hey..."
Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi...
Apa kes lagi budak ni......
Abah terpisat pisat bangun dengar adik nyanyi lagu ni....

Abah suruh ummi risik risik napa adik mengigau nyanyi lagu maher Zain.
Ummi: dek asal semalam adik mengigau nyanyi lagu Maher Zain
Adik: adik mimpi cikgu kata sapa dapat no 1... nanti cikgu bawak jumpa maher zain. Sekali adik dapat ni 1 .. cikgu pun bawak le adik pergi Arab. Adik nyanyi dua orang jek atas pentas dengan Maher Zain... best ummi..

Ciss... beragan tak hengat...
Bayangkan fanatik tak fanatik dia dengan lagu Barakallah... sampai dia baca doa makan pun boleh tersasul.... Dia baca macam ni..Allahuma barakallah hulakuma wabarakalaik...
hisshhh.... rasa nak sekeh jek..
Kalau dalam keta... boleh melecet CD tu asyik dia buka lagu tu...
Harap harap Maher Zain baca le entry ni.... kasik terharu sikit..


Friday, October 29, 2010

Kalau di izinkan......

Kita sering di duga dengan apa yang kita kata. Itu realiti. Oleh sebab itu.. ustaz ustazah di luar sana.. kalau kita cakap biarlah sama dengan apa yang kita buat. Barulah meninggalkan kesan. Peringatan untuk diri saya dan semua yang tersayang.. : )

Ceritanya bermula begini.. Kat MMU ni ummi sayang kat adik adik student ni.. walaupun dah kerja pangkat pangkat besar tapi masih carik akak kerani cabuk ni. Masa belajar, minta advice buat programme, dah keje..bincang-bincang bab jodoh lak..hehe..

Masa belajar ummi selalu nasihatkan jangan couple dulu... belajar dulu, nanti kemanisan berpasangan akan datang kemudian.. so berbalik kepada topik asal..kita akan diuji dengan apa yang kita kata... Ummi telah pun di uji.

Petang semalam ummi dengan abah ambil anak-anak pegi makan tengahari sebelum menghantar mereka ke sekolah agama. Sedang enak menikmati juadah, si adik bersuara...

Adik : Ummi, kalau dizinkanlah .... (tiba tiba dia senyap)
Ummi: Diizinkan apa?
Adik: Kalau ummi izinkan boleh tak adik ada AWEK masa kat universiti nanti...
(gulpp ..mak ai seb baik tak tercekik .. luka ari tu lom baik lagi dik .. kau nak tambah lagi luka di dada ni..)
Abah: Boleh apa salahnya (abah cuba menguji adik)
Adik: (teruja.....) ye ke Bah
Abah : Ya apa salahnya...
Adik : Kalau sekarang ni boleh bah
Abah: Boleh apa salah.... (abah test lagi) asal adik dah ada awek ke?
Adik: (Boleh tak dia jawab cam ni...) A ah ...kan kerajaan pun dah benarkan budak sekolah kawin kan... sebab tu ada sekolah untuk budak sekolah yang kawin kan
Abah: (dlm hati abah ..tu kerajaan ummi kau... )
Ummi: sapa awek adik dikkk...
Adik: (muka tak bersalah..) tapi dia ni 15 orang nak dia. Dia dah buang 10 tinggal lagi lima..semalam dia dah buang lagi 2 tinggal 3
Ummi: Adik termasuk tak dalam 3 tu....
Adik: Masuk..sebab adik tak bergaduh dengan org.. yg 2 tu sebab dia bergaduh le dia kena buang...

Mak aii.... muka ummi ngan abah memang serius tapi dalam hati ni...macam digeleetek geletek...

Abah: Eh dik, cakap kat awek tu.. ingat dia banyak cantik..siap nak buang buang orang nak tapis tapis... dah jangan ngada nagada awek awek ni...

Tetiba si abang yang mulut ada emas ni bersuara...

Naqib: Eh dik, belajau dulu pas tu keje... senangkan ummi abah dulu..lepastu baru fikir kawin. Pompan sekarang ni bukan betul sangat semua nak joli jek.. carik paompuan baik baik...

Sejuk hati ummi...sesejuk air di kali....

Adik: Bah ...joli tu apa..

Abah: dah le dik.. kalau joli pun kau belum tahu..berhentikan le niat nak awek awek ni..

Ummi: entah adik ni.. dosa dik..maksiat berpanjangan.. bila banyak maksiat dosa pun banyak..bila banyak dosa..neraka la tempat dia

Adik: Ok la... esok adik cakap kat dia la adik tak nak dia...

Ummi ngan abah: Aikk..semudah ABC jek dia jatuh cinta

Tuesday, October 26, 2010

Sayang Anak Tangan-tangankan...

Ummi: Dek... jgn bawak pistol pergi surau.. tu bukan nak pegi solat tu nak pegi main
Adik: Ala mi.. nanti lepas maghrib nak tunggu isyak lama lagi .. adik main le kejap
(dalam hati ni kata... memang niat dia nak main kat surau ni..)
Abah: Biar le mi... Dik main lepas solat jek tau
Adik: yea yea... (dgn pantas adik capai basikal dan hilang dari pandangan mata )
Dalam hati ni berkata lagi... ok kot, sebab abah dia bagi ..abah dia pun pernah main agaknya masa kecik kecik dulu.

Kebetulan malam tu malam Jumaat, kat surau ada bacaan Yassin , Abah pegi lambat sikit sebab solat maghrib di rumah dulu. Seusai solat abah terus bergegas ke surau. Selepas menghantar abah di muka pintu ummi pun solat. Baru bagi salam... terdengar bunyi motor abahnya balik.. Dalam hati "eh napa pulak ni.. apa kes lagi ni" sebab dalam masa yang sama ummi dengar bunyi brek basikal adik.

Ummi : Napa bang?
Abah: Ummi tanya anak ummi pastu ummi pegang baju dia.
Ummi: Ya Alllllaaaaahhhh... asal basah kuyup ni dek?
Adik: ...diam seribu bahasa sebab buat salah
Ummi : asal bang, pe kes lagi nii....
Abah: dia tadah air dalam kopiah pastu dia letak atas kepala, biar air tu turun cam air hujan
Ummi: Apa kes dek... lawak ke .. adik suka le..adik wat cam tu nanti kawan kawan adik ketawa kan adik...

Ya Allah dik.. rasanya budak ni nak jadik raja lawak agaknya. Nanti kalau Raja Lawak buat audition kat Melaka ummi ajak orang kampung hantar adik pergi uji bakat.

Apa lagi.. babak ganas ummi ngan abah pun bermulalah nak mengajar adik... Ggggerammmmnyaa.... Maka babak membelasah adik untuk jadikan kenangan hidup adik pun bermula...

Abah ambil tali pinggang... ummi rasa kali ni memang adik kena teruk-teruk sebab abah nak dia amek pengajaran. ummi tahu abah ni .. bunyi tali pinggang jek berdesup-desup.. yang kena cuma lantai jek..sesekali jek terkena jugak kaki adik.

Tapi adik ni, auta dia sebeban.... masa nak kena rotan .. mata dia dah "aim" tempat mana dia nak landing... dia nampak sofa dia landing kat sofa... dia nampak katil dia landing kat katil kenanya sikit tapi auta dia mcm cerita tamil... siap mengelupur mengelupur.. ummi apa lagi... lagi le hangin... ummi ketip telinga dia kuat kuat... tanya dia nak buat lagi tak?

Selepas setengah jam kami kerjakan adik..sampai nak bogel bogelkan dia letak kat tengah jalan...
kami suruh dia ambil wuduk dan solat isyak depan mata ummi ngan abah...

Ummi cakap kat adik , SOLAT YANG TIDAK BETUL TIDAK DITERIMA ALLAH. SEBAB APA PERANGAI KITA BURUK? SEBAB SOLAT KITA BURUK . ... Malaikat sampaikan solat kita pada Allah, Allah pulangkan balik dalam bentuk kain hitam yang buruk dan disuruh pukul ke muka kita ... Adik tahu tak......

Selepas solat ummi suruh dia berdoa... minta ampun dengan Allah... masa dia minta ampun untuk diri dia, dia ok lagi... tapi bila dia sebut jek... Ya Allah ya tuhan ku... kau ampunkan dosa kedua ibu bapa ku.... (tersedu sedu dia menangis) ummi pakat kat telinga abah... (kalau kita buat program motivasi... sure berjaya punya.. sebab peserta boleh hensap..) tapi tak tahu le insaf dia tu sampai bila....

lepas selesai pekerjaan kami, abah ngan ummi cakap kat adik elok elok.. lain kali jangan buat lagi..malu ummi ngan abah. Nanti orang kata ummi ngan abah tak pandai jaga anak. Anak-anak buat salah tapi yang jahat org kata mak bapak.

Malam tu.... adik bangun tengah-tengah malam... tak tahu la mengigau ke fobia ke..trauma ke...
terpisat pisat bangun kejut ummi ... "ummi dengau bunyi keretapi tak?...."
Haaa... tu baru ummi ngan abah belasah adik sikit ... kalau ummi ngan abah bagi lagi banyak.... bunyi kapal laut kapal terbang semua ada dalam umah ni.....

Ingat ye dik... sayang anak terpaksa le ummi ngan abah tangan-tangankan.

Monday, October 25, 2010

Selamat Hari Jadikkkkkk........ Adinda ku Pooh

Dah besar dah adik akak....
dah tak boleh comel comel lagi...
dah tak boleh cakap pelat pelat lagi...
dah tak boleh duduk bawah ketiak abah....
dah tak boleh main pooh lagi....
dah tak boleh macam macam lagi....
sebab .....adik akak dah besar!!!!


Dah lama hubungan kita terjalin kannnn...
Dah kenal hati budi...
Dah jumpa ummi ngan abah..ngan kak aida..ngan mak sedara n lain lain...
Dah suai kenal dah chit chat sikit sebanyak
Dah tahu gak cerita yg best-best
Dah tak sabar nak tunggu...sesuatu yang buat kita semua bahagia


Dah tak lama lagi....
Dah nak kena fikir pjg pjg.....
Dah kena lebih matang.....
Sebab...... adik akak dah besar!!!
lagi satu sebab......
SEBAB HARI NI HARI JADIK ADIK AKAK!!!!!!...
Selamat pjg umur murah rezeki cepat jodoh n dimudahkan segala urusan...
Dari akak sekeluarga...

Dah cukup cukup... akak ngomel pjg pjg..
takut adik akak....Dah Muak ^_^

Nah.... terimalah jambangan bunga yang tak seberapa dari akak dan keluarga...


harap suke ngan bunga ni....
terus senyum secantik bunga ni yee....

Friday, October 15, 2010

Memilih Jodoh

Hari ni kita cerita bab jodoh ya... ni pun atas permintaan tau....


Tersenyum sendirian... mengingatkan sms yang di kirim malam tadi.... sms berbunyi begini
"Ahakz~patut akak bagi je tazkirah barang separagraph dua"... haha gelihati ni masih bagai di cuit cuit mengingatkan kata-kata itu.

Buat adik adik yang masih mencari jodoh... urusan jodoh kita serah pada Allah ya. Selalu akak ingatkan, janji Allah itu benar.

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. ...." An-Nur: 26


Baik tak kita orang? ^_^

Jangan dipersoal ayat ini kerana ia bukan kata kata pujanggan. Ia kata-kata dari Allah. Ramai yang persoal .."eh kenapa isteri dia jahat tapi suami dia baik...." begitu juga sebaliknya. Itu soalan-soalan normal yang disuarakan oleh kita yang melihat dengan mata kasar sahaja. Tapi setelah kita buat kaji selidik pasangan tersebut barulah kita akan mengiyakan.... "owh.. maka benarlah apa yang dijanjikan oleh Allah".

Urusan mencari jodoh ni perlu banyak kesabaran... ummi dulu pun cam ni jugak. Umur dah 25 masih belom nampak bayang siapa jodohnya. Dalam hati berkata-kata "tak laku ke aku ni... Bukan tak de rupa..(ehem!)"tapi ummi yakin dengan janji Allah. Tunggu je lah..dalam waktu yang sama, kita kena la jaga diri ni, sebab nak dapat yang baik bukan senang. Alhamdullilah doa ummi diterima Allah... Ummi selalu berdoa pada Allah jumpakan ummi dengan seorang lelaki yang baik , anak yang menghormati kedua ibu bapa... yang penting pegangan agamanya kuat.


Ini lah jejaka yang bertahta di hati setelah disunting sunting, dibelek belek...

Bukan senang senang kita nak terima seorang lelaki dalam hidup kita. Berkat kesabaran akhirnya Allah temukan ummi dengan abg aji. (hehe) Teringat lagi janji Allah...Jika engkau Sabar aku tambah nikmat ..jika kau kufur aku tarik nikmat. Setelah ditilik..dibelek belek... (hehe)..abg aji melepasi beberapa rintangan yang telah ummi gariskan. Antaranya ummi tgk solatnya, kejujuran hatinya dan yang penting bacaan Al-qurannya kerana menyedari ummi ni tak pandai baca quran. : )..

Buat adik adik tersayang .. bukan niat ummi nak kata abg aji tu baik..sebab ummi baik..tidak sama sekali.. :) banyak kekurangan kami berdua... tapi saja nak sharing is caring. Jodoh ajal maut semua di tangan Allah. Selagi kami dikurniakan segala kenikmatan selagi itu kami mohon pada Allah semoga di jadikan kami pasangan yang banyak bersyukur.



Kalau ikutkan hati..nak saja kami jadik seperti pantun ni...

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Tapi apa kan daya... belum dibuat dek orang..... mati kat hujung kuku.. mati kat hujung cangkok ada le... nak dikubur kat tapak tangan.... jasad ni lagi besar dari tangan plak.... Apa pun semoga jodoh yang Allah berikan ini adalah jodoh didunia dan di akhirattt... Amin

Tuesday, October 5, 2010

Balik Kepada Asal

Selagi tak habis namanya bulan syawal selagi tu la masih ada byk lagi undangan rumah terbuka. Bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang dihidangkan tetapi terasa penat nak makan benda yang sama sepanjang syawal ni.

Rata-rata rumah yang kita pergi semua menunya hampir sama. Termasuk rumah tuan tanah ni...(ummi). Mee, Mee Hon, Nasi Impit, Kuah Lontong, Rendang, Roti Jala dan lain-lain. Kadang-kadang tu kami hanya mampu nak minum seteguk air saja untuk memenuhi undangan tuan rumah. Teringat mangsa kebuluran di negara jiran sampai tak ada benda nak makan. Kita kat Malaysia ni senang-senang membazir makanan.

Lari lak dari topik sebenar, semalam bila bincang dengan abang aji nak masak apa.. abg aji pun berilah saranan. "Kita masak siput nak?" kata abg aji. Ummi pun sambut "ok no hal, jom kita singgah pasar malam..."


Taraaaa.....
Masak lemak siput... (sebab emergency tak de sayur keladi)

Kalau masak lemak tak de sambal tak best... ummi pun buat la sambal goreng siram kat ikan kembung...sedapp..nyum nyum

Maka terhasil la menu yang sedap cam ni
dah lama tak jumpa dalam bulan syawal ni... hehe
buat kak ju yang jauh di perantauan jemput la makan....
Jemput! jemput... hehe

Wednesday, September 29, 2010

Bila marah jangan cakap laju laju...

Pagi tadi masa kami berpusu pusu nak bersiap siap ke sekolah... Naqib suruh isi borang. Borang dia terpilih untuk Kem Kepimpinan Persatuan Peringkat Negeri Melaka. Hari tu kami cam bertegas tak nak bagi..menangis nangis si Naqib cam di tinggalkan kekasih. Tak nak makan ..tak nak ikut pegi open house..tak nak pegi surau..macam macam tak nak la... Ummi pun benggang la..bila lak rumah ni ada buat kempen Tak Nak ni.... Malam tu masa anak anak dah tido..ummi pun pujuk Abg aji.... "bagi la bang, bersemangat dia nak pegi, masa abg pegi surau tadi ..naqib cakap kat ummi ...bukan senang nak dapat peluang macam ni..." akhirnya abg aji pun setuju.

Yang buat ummi geram, malam tadi tak ingat nak isi borang.. dah orang sibuk terkejar kejar nak bersiap-siap dia sibuk suruh isi borang. Isi la jugakkk....dalam keta dia siap soal lagi..

Naqib - "ummi, kenapa borang yang ni ummi tak isi"
Ummi - "tu pejabat yg isi.. asal ummi nak isi plak"
Naqib - "ummi yg kena isi la....."

Ha... ni saje jek nak mendidih kan darah aku pepagi yang syahdu ni..
dengan api kemarahan yang membara bara ni...tanpa menyusun kata kata ....terkocoh-kocoh ayat yang nak keluar dari molot ummi ni....

"Eh Qib, ko reti baca tak... dia minta nama guru pengiring..nama peserta ngan nombor TELEFIN (sambil meninggikan suara lagi)..... ko paham tak"

tetiba si pendek menyampuk (si adik) "ummi ni nak cakap laju laju...pastu main sebut jek... kan talipon dah jadik talipin.... "

Zzzzuubbbb... terus tersentap. Kansel mood marah pagi ni, terus senyum sampai opis....

Nostalgia Raya d'One Stop Centre...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami Warga SOSC

Warga SOSC Melaka n Cyber


Bos turun padang.... sementara menunggu staff Cyber sampai

Ni jek yg ummi tau buat...Kek Marble

Sambutan Hari Jadi warga SOSC dari Jun - Dec

Sedap kuih seri muka ni ...mak mertua kak Aiza buat

Buah tangan dari Adz..staff Cyber..pun sedap

Talam Cendol...sedap jugak

Sambut Hari Jadik dulu..

Dapat Hadiah hari jadik

Pastu Hadiah Hari Raya...mekasih Boss

Pastu ambil gambar...cam Miss World

Antara tetamu yang hadir

Izwan wakil dari ERU...

Ni saja carik pasal, kata dia puasa...... kan dah kena
Sahaja aku bukakan puasa untuk kau sebab kau nak kenakan aku ehhh.....

Dah makan dia giler bergambau lak.....

Kena marah dengan Nad...terus trebeliak bijik mata ummi
Seb baik cantikkk.... amah komperm jealous

Cantik gambar ummi ngan Adz....
kita org kalau amek gambar jek... mesti cover apa yg patut
yg boleh amek gambar muka jek... yg lain cover jgn tak cover

Lepas ni kita beraya di Cyber pulakkkk....tungguuuu akak ye Adz n de gengs
Hafiz kata dia sambut dengan tarian kuda kepangg....