Wednesday, April 14, 2010

Bahasa Cinta

(ni gambar lama tgk aqlan dulu kecik jek)

Semalam sementara menunggu suami dan anak-anak balik dari surau, di astro oasis ada segmen bersama Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj ummi memang suka sgt dgn prof ni sebab setiap ceramah yg diberi pasti berkesan di hati ummi. Teringat kata-kata suami kalau ceramah yg diberi, berkesan di hati itu tandanya si penceramah mempraktikan apa yabg dia kata. Semasa dia memberi ceramah di MMU, ummi berkesempatan menyambut dan melayan Dr Har hingga habis program. (tapi tu dah beberapa tahun yg lalu)

Semalam topiknya sangat menarik walaupun ringkas tapi padat dan meninggalkan kesan di hati ummi. Sekadar satu perkongsian ummi titipkan buat semua .. Bahasa Cinta

Bahasa Cinta (ni antara yg menusuk dlm kalbu)

1. Ayat-ayat cinta
Sebagai mansia biasa kita sangat suka jika dihargai. Salah satu cara menghargai orang yang kita kasihi dengan memberi kata kata cinta. Tak kira la... guna kad ke dari mulut sendiri ke.. tulis kat cermin ke... Kata-kata cinta tu termasuk le puisi, sajak, syair...kata-kata pujangga..(bang, tumpang lalu jap eh) ummi ngan suami pun menyemai cinta melalui kata-kata. hanya serangkap pantun buat kami jadi macam ni... aina kalau nak pinjam cara silakan. Tapi bang dah lama kita tak berbalas pantun....

2. Berbakti untuk menunjukkan cinta
Maksudnya mereka suka buat kerja-kerja bakti..contoh kemas rumah, mop, memasak, jaga anak dll. hingga ada yang sanggup berhenti kerja untuk menunjukkan bakti mereka pada orang yg tersayang. Apa yang diharapkan cuma penghargaan ... hargailah mereka ni... bukan nak suruh bayar gaji pun... lebih menyeronokkan lagi hati mereka bila balik kerja tu dibuat bersama-sama.

3. Sentuhan Cinta
Cinta tu perlukan sentuhan. Tapi yg halal saja ye..yg haram kalau sentuh nanti buang anak..fikir fikirkan. Sentuhan tu macam satu magik la... cuba bila tgh penat ke tgh marah ke... pastu org yang tersayang pegang kita... cuba dan lihatlah hasilnya.

4. Memberi untuk menerima
Orang yg berkasih sayang ni cukup suka memberi. Tapi ingat bila org memberi dia pasti nak jugak menerima. (tak gitu bang). Tak semestinya dia belikan kita handbag kita nak bagi dia handbang juga...

Sebenarnya fakta-fakta tu memang pure dari Dr Har cuma ummi menokok-tambah sket biar sesedap rasa. Bahasa cinta mudah di sebut tapi susah untuk dilaksanakan. Tapi apa salahnya kalau kita praktikkan untuk tambah nilai. Bukan hp jek ada top up ... kasih sayang dan cinta pun perlu selalu di top up..tak gitu bang... : )

8 comments:

~mIsS_p00h~ said...

Erk~

Nape name sy kn announce ni? :-SS

Bahasa Cinta xde dalam list nasyid la kak~ Nota Cinta ada by kumpulan Saujana! nGeeeee~~~ :D

Hjh Noralenna Abbas said...

Bahasa cinta termasuk ayat-ayat cinta. Nanti alang nak tengoklah dua merpati ini berkomunikasi.

BAD said...

Ermm...dek kerana agak kerap Ummi tanye Abg dalam post kali nih...maka Abg pon komenlah sket yer....

Post yang baik!, Abg suka post yang cam nih. Selain ianya dapat memberi imput kepada pembaca, ianya juga secara tidak lansung mampu menjadi motivasi dalam kehidupan kita sebagai suami isteri...

Cakaplah ape saja yang baik-baik,nescaya kebaikan itu juga akan berbalik kepada kita. Nabi S.A.W ade berpesan " Sampaikan kebaikan itu walaupon satu ayat".

Sesungguhnya kebaikan itu dapat " menghidupkan jiwa". Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 32 "Barangsiapa membunuh satu jiwa… maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa menghidupkan satu jiwa, ia bagaikan menghidupkan seluruh jiwa manusia". Wallahualam.

p/s:Bahasa chenta nih Abg tak berape geti la...Abg, kalu kenyit mate jek..Ummi dah dah paham, tak gitu Ummi..???he..he..he!

mr-aizuddin said...

cayalah abg bad! hehe..

ummi said...

Neno neno neno...tepi tepi ambulan lalu nak bawak ummi g spital..nak pengsan ni nak pengsan.. WAHHHH!!! abg dok diam diam bagi komen ye... alang ..ni la cara dua merpati berkomunikasi..bagi isyarat mata jek.. dah paham hehe..

din: amboi amboi..suka abg dia komen

kanga_nazirah said...

fuiyoo..ucu cam pengkritik...ade gaye...hehe...=P

ummi said...

kak ngah kalau nak test pitching lehn suh ucu tgk tgk kan..amacam ada bran...

ummi said...

kak ngah kalau nak test pitching lehn suh ucu tgk tgk kan..amacam ada bran...