Monday, April 26, 2010

Jangan Lihat Siapa yang Berkata..

Alhamdullilah... segala puji buat Allah yang Maha Besar kerana dengan izinNya dapat kami ke Majlis Hafazan Quran tu hingga ke malam penutupnya. Sungguh ramai rakyat Melaka yang membanjiri dewan MITC malam tadi. Ya Allah sejuk hati berada di majlis majlis begini.... lebih-lebih lagi mendengar Hafiz dan Hafizah mengalunkan ayat ayat suci AL-Quran ...menusuk ke Qalbu.

Malam penutup semalam...terpana ummi ngan kata kata adik... sebab tu entry ummi bertajuk cam tu... jangan lihat siapa yang berkata...

Petang semalam kami berkira-kira nak pegi ke tak ..nak pegi ke tak..sebab adik ada keje skolah tak siap sikit lagi.. yg abah lak ada Bola..pasukan favorite dia lawan... ummi tak kisah sebab semua keje keje umah dan bab gosok mengosok ni ummi dah langsaikan awal awal..

ummi ckp kat abah nak pegi tak...abah senyum2 ada makna le tu... so ummi pendekkan cite ummi pun cakap "tak yah keee...?"

Rupanya si adik ni pasang telinga.... dia siap sound lagi... "ummi ni semalam kata kita ni kalau majlis majlis mcm ni susah nak pegi...kalau konsert ke ... huha huha ke laju jekkkk.... ummi nak jadi cam tu ke...?"

Panggggggggg... pergh makan dalam ayat adik ni....

Ummi balas dendam lak kat adik....

"Adik lak nak pegi tu sebab nak beli kentang ngan hotdog eh..."

"Eh tak ar adik nak dengau kakak ngan abg2 tu baca...."

Dalam hati ummi..."ok ummi nak tgk betul tak apa dia kata"

Rupanya betul..memang bersih hati adik...sampai dah nak balik dia tak minta apa apa pun.... sayang adikkkk...moga adik menjadi anak yg soleh dan Al-Hafiz cam abg-abg tu nak...

Alhamdullilah.... seb baik adik bagi kami peringatan... abah ngan ummi senyum senyum (malu kena perli ngan adik)..... tu lah kalau Allah nak tegur kita tak semestinya dari org dewasa dari kita..dengan kanak-kanak pun boleh berkesan di hati kita... Jadi jangan lihat siapa yang berkata tapi ambilah apa yg dia kata....

(* Ari tu lagi best adik sound ummi ... ummi suh aqib makan ubat... ummi ckp "Qib makan le ubat kang boleh baik:.... adik kata "jgn ckp cam tu , ustazah kata Ubat tak boleh sembuhkan kecuali dengan izin Allah....pangggggg...asyk kena jek ummi ngan budak sowang ni... tapi ummi tak kisah....yg penting... jgn lihat siapa yg berkata tapi ambil apa yg dia kata..hehe)

1 comment: