Tuesday, December 27, 2011

Basikal Adik Kena Curi

Inilah rupa basikal adik yang hilang... arwah basikal niii...

"errrmmmm sedapnya bau..ummi masak apa?" tanya adik. Kebetulan hari tu ummi masak lauk ikan kembung bakar dgn lala goreng cili. Bau dia jek adik dah tak tahan.

"dik dah masuk basikal.." tanya ummi..."jap lagi la.. adik dah tak tahan bau ummi masak ni"..balas adik. Ummi diam aje, suka hati lah dik. Naqib tak payah tanya, dia memang sayang harta benda dia.

"Blurrpp..Alhamdullilah.." adik ucap syukur selepas kenyang menikmati hidangan malam. "Ha gi amek basikal bawak masuk..kang sesia jek.." kata ummi. Adik akur dan terus keluar...

Tiba-tiba... adik berlari-lari anak ke bilik belakang, muka adik cemas.."napa dik" tanya ummi. "basikallll...basikall adik dah tak dee..." pintas adik. "ha.. kan ummi dah kata" ummi mula mengeluarkan sebutir dua peluru sebelum menghamburkan bom atom yang tersimpan rapi ni.

ummi dah agak dah..patutlah hati ni dari tadi berkata-kata.. hati ni macam tak tentu rasa. Licik betul pencuri ni.. bayangkan dengan keadaan basikal di dalam pagar rumah, kami sedang menikmati makan malam di depan rumah dan keadaan pintu masih belum berkunci. Betapa beraninya pencuri ni. Bayangkan punya licik pencuri ni, kami tidak dengar apa-apa bunyi.

Pekara pertama yang kami skeluarga buat..pujuk hati dan terima ketentuan Illahi dan yakin kalau kami bersabar Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Mugkin kami kurang bersedekah agaknya. Setelah hati rela di pujuk, kami sekeluarga keluar meronda. Tiada rezeki kami.

Sejak kebelakangan ini, kejadian mencuri basikal semakin berleluasa di taman kami. Hampir setiap rumah baik yang berkunci atau tidak pasti kehilangan basikal. Selang 2 hari kejadian di rumah ummi, jiran ummi pula mengalami nasib yang sama. Lebih menyakitkan hati rumah jiran ummi berkunci, basikal tersusun rapat, dia licik melakukan tugasan.

Malam berikutya ummi kumpul semua jiran-jiran tetangga. Kami bermesyuarat untuk mengatur strategi bagaiman untuk memasang umpan menangkap pencuri ini. Itulah yang dikatakan jiran sepakat membawa berkat. Selepas sejam lebih kami bermesyuarat, masing-masing sudah mula mengangkat kaki untuk pulang, tiba-tiba abg aji ternampak sekumpulan anak-anak muda berbasikal lalu di taman kami. Tiba-tiba salah seorang dari mereka berhenti dan cuba untuk patah balik bila melihat kumpulan kami.

Ummi suruh naqib kejar dan bawak budak itu kepada kami. Entah apa taktik yang naqib gunakan akhirnya budak itu akur. Panas telinga adik tu di terjah dengan soalan bertubi-tubi dari pakcik-pakcik yang ada dalam mesyuarat kami. Orang benar selalunya berani, walaupun digertak adik ini dengan berani memberitahu kami... salah seorang dari kami menyoalnya.."dik, kat mana beli basikal ni..." "saya beli dengan kawan, pak cik..100.00 jek. pak cik nak..kawan saya kata dia ada banyak stok...." mak aiiii... memang lurus hati adik ni. Kami ambil basikal tersebut dan cari bukti-bukti sahih...mana la tahu kot kot itu benar basikal kami. Bila di amati.. basikal itu warna yang sebenar warna biru tapi telah disembur warna oren... berdebar jantung ummi..."alamak ..ni warna basikal anak aku"... ummi panggil adik dan suruh buat pengecaman, katanya "eh ni mcm tayar basikal adik..." tapi kami tak boleh mengaku itu basikal kami kerana kami tidak punya bukti yang cukup kukuh... lagipun menurut adik yang berani tadi basikal tu telah di beli lebih awal dari tarikh basikal kami hilang.....

Keadaan menjadi sedikit huru hara, apabila pengerusi taman datang, di panggil sidang kampung dan dilaporkan pada polis. Tidak berapa lama selepas itu kereta peronda polis pun sampai dan menyuruh ummi membuat laporan dan adik yang berani tadi di bawa ke balai polis untuk membantu siasatan.

Abang aji terlalu marah bila adik tadi di bawa dengan "radio car" ke balai polis. Setiba di balai polis, kami terus membuat laporan. Ketika sedang membuat laporan, polis dan adik tadi pun sampai. Berkali-kali ummi pesan pada polis itu adik ini jangan diapa-apakan kerana dia baik hati untuk membantu kami dan secara tak langsung dia juga boleh membantu pihak polis.

Kami berdoa supaya usaha murni ini mendatangkan hasil..dan pencuri yang berjaya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi ini dapat di tangkap. ...

Monday, December 19, 2011

Beza Abah Dengan Ultraman

Petang semalam.. kami dok tgk tv kat rumah mak, rancangan Jalan-Jalan Cari Makannnnn.. Meleleh-leleh air liur si adik. Salah satu menunya ialah mee kolok di Restoran Pak Amit kat Sarawak. Maka bergelen gelenlah air liur si adik melihat aksi si pengacara mengayakan mee tu masuk ke mulut. Mee tu siap ada cicah sup tulang ler.. ngan satay celup lagi.. rasanya air terjun Nigara pun tidak sederas air liur adik.

Perasaan yang terpendam tak mampu di tanggung..lalu diluahkan pada abah..

adik: bah, jom kita g Sarawak..adik teringin nak makan mee kolok..kita g restoran pak amit..
ummi : (mak ai..dia ingat sarawak tu cam taman sebelah ni ke hape.. dia tahu tak nak pam belon ni makan beribu-ribu hengget...kalau naik masikal ok lagi dek oii..ni naik belonnn dek)

abah: jap eh ...
(kebetulan entah batu manik sapa warna hijau sebesar duit 50sen cicir atas lantai ..abah pun kutip letak kat dahi)
abah: adik tunggu tau..samapi lampu ni meyala....(abah pun buat sound track yang menyakitkan hati adik..) tet tet tetet tet tet... alamak dekkk batu ni tak leh menyala sebab belom cas...
ummi: hua hua huaaa... abah pun mcm ultraman.....

bezanya.. batu hijau ultraman kat dada..batu hijau abah kat dahi... hua hua hua



adik: ni yang adik malas ni..adik cakap serius serius ni...
ummi: ummi ngan abah pun serius ni dik...serius lampu hijau ni tak nak menyala...

hua hua hua... adik malas nak layan kita orggg.. ummi ngan abah pun "give me five"..

tapi langit tak selalu cerah.. anak-anak jangan di aniaya...balasan Allah amat cepat...

selepas maghrib ada rencana best pasal Pulau Sipadan.. ada buah kelapa muda sebesar dulanggg.. ada air laut yg tenang..ikan besar berenang -renang.. abah pun luahkan perasaan yang terpendam sama macam adik..

abah:.. jom mi kita pergi sabah...bestttnyaaaaaa..(abah begitu teruja)

ummi pun teruja nak pulangkan paku buah keras kat abahhhh...
ummi amek balik batu hijau tadi...

ummi: meh meh letak kat dahi abah jappppp.... owwwwhhhhh dia bunyi totott totott totootttt... bateri lemah banggg.. lain kali yeee

hua hua hua...muka abah hijau cam batu manik tu... dek jommm..."give me fiveee"

Wednesday, December 7, 2011

Sembang Petang



somi: ayang nak buka apa petang ni?
isterghi: entahla ..beli la lauk dulu baru tahu
somi: ish petang ni abg tak nak ayang masak..abg nak banjer ayang..(konon ambil berkat hari asyura..hehe)
... istergi: tak pe la bang..ayang boleh masak
somi: abg ni pak kal tak kaya..kalau kaya , abg cari indon utk ayang..
isterghi: ha sesajek nak mengatal le tu.. pastu cari indo cam dalam email tu eh..yg berkemban ngan tuala basuh baju tu..
somi: ishhh tak la.. bukan apa ..senang ayang, senang ler abggg...(sambil senyum cam hail amir... tapi senyum abg cam lagi gatal...)
istrghi: amek leeee.... kalu sok dia panggil abang pak! pak!.. ayng ckp camni.. pak apa pak..pala apak hang.. ha nak tak..
somi:tak.. takkkk abg suh panggil tuan eh..
istergi: tak boleh..tuan lagi bahaya.. lagi ngada bunyinya...
somi : abis nak panggil apa
isterghi: panggil "raja"
somi:asal raja lak...
isterghi: sebab raja org tak berani wat sebarang sebarang...hanya permaisuri hati yg bisa menakluk...

somi: patutlah Allah jadikan abg cam ni... kalau kaya... panjanggg ceritanya..
isterghi: (ngan muka berlagak...) tawuuuuu takottttt!!!!

Monday, December 5, 2011

ADAB

Adab... baca macam mudah..eja pun mudah.. nak lakukan aje yang susah. Dalam hidup kita, adab lah yang menentukan nilai murni kita ni. Dari kita celik mata hingga pejam mata, kita perlu menjaga adab.

Kita ada adap bangun tido, adap mandi, adap makan, adap berkeje dam macam macam adab lagi. Satu adab yang orang terlepas pandang ialah adap menjemput orang.

Bila kita ada majlis kesyukuran, majlis berkhatan, majlis cukur jambul, majlis kahwin, dan lain lain majlis lagi.. kita perlu menjemput orang. Orang yang kita jemput juga sangat sensitif dengan jemputan kita.

Memandangkan cuti sekolah ni, banyak sangat jemputan, tiba-tiba ummi terpanggil untuk mencoretkan serba sedikit tentang adab menjemput.

Ada yang beria-ia menjemput, ajak kita sekeluarga.. datang rumah, bawak kad dan tulis nama pada kad. Kalau tak pergi pun kita rasa berdosa sangat. Bukan ke memenuhi undangan itu suatu tuntutan.

Baru-baru ni ummi nampak ada satu kad jemputan kawin atas meja di tempat kerja ummi. Tiada bernama, tiada bahasa dan tiada apa-apa. Kita nak pergi jemputan tu pun kita terfikir-fikir. Undangan ni iklhas ke atau sekadar melepas batuk di tangga. Bukan ke kita orang melayu kaya dengan bahasa. Susah ke kita nak "mengambil bahasa"...

Sekadar peringatan untuk ummi dan sesiapa yang mahu ambil pengajaran ada beberapa tips untuk kita menjemput.

1. Kalau orang tu jauh..kita hantar kad.. kita tulis nama. Kalau orang itu berkeluarga tulislah sekeluarga. Takkan dia pergi jemputan kita dia nak tinggal anak bini dia.

2. Kalau dekat dengan kita, kalau kita malas sangat nak tulis nama dekat kad, sambil kita hulur kad, kita cakap dengan mulut.. bukan kena bayar pun kan kalau kita bercakap.. ckp cam ni " kad ni kad kawin sipolan si polan, jemput datang ya..bawak keluarga sekali.. " susah ke... ?

3. Ingat!!! bila menjemput ...pastikan keluarga mereka juga dijemput. Sesuai dengan hadis Nabi yang ini...

Dari Abu Mas’ud: Rasulallah SAW diundang pada majlis jamuan makan, kemudian ada org lain(tidak diundang) mengikut Baginda,Setelah sampai ,Rasulallah SAW memberi tahu tuan rumah bahawa “Orang ini” mengikut kami, kalau engkau izinkan biarlah dia ikut serta,kalau engkau tidak suka biarlah dia pulang. Tuan rumah berkata:”Saya izinkan ya Rasulallah”
(Mutafaq ‘Alaih:Riyadhus Shalihin:Imam Nawawi:Jld 1:MS830)

Jemputlah dengan ikhlas pasti orang memenuhi undangan kita dengan ikhlas juga...

Andai kata orang tak datang ke majlis kita jangan pulak kita merungut, menceceh, mengumpat orang tak datang rumah kita. Tengok dulu cara kita, betul atau tidak. Ini pekara makan bukan boleh di buat main. Kalau tak suka nak jemput ...
JANGAN JEMPUT !!! .. ingat adab kita menjemput juga, orang boleh menilai kita.. kerana kita ini sentiasa berada di dalam penilaian manusia...

Wallahualam....

Friday, November 25, 2011

SMS Cinta

Harta yang sungguh bemakna..

Tiba-tiba rindu pada anak-anak di kampung datang membuak-buak. Demi bonda tercinta kami korbankan jua. Mulanya janji kami akan ambil si adik ngan si abang hari rabu.. pastu dia dah syok dia mintak "up" sehari lagi. Ok la.. ummi "approved" la jugak.

Hari khamisnya pulak.. nenek pulak merayu.. "biarlah sehari lagi... sunyi lah mak malam malam tak de kawan.."..aduhhhh... demi mak dan kerana Allah jua, ummi relakan.


Malam tadi kerana rindu yang tidak tertanggung ummi pun sms si bujang-bujang ni...


sms ummi : "Aqib, tgh wat ape tu.. dah mkn"


dia balas balik : "Dah mkn"

mak ai..pendeknya sms.. ummi cuak bercampur ngajuk

ummi pujuk hati ummi sms lagi... " Aqib, tgh wat ape tu.. nenek dah tido... esok ummi amek eh" tak sampai seminit .. sms pun berbalas.. : "ok ..aslm"

mak oii aii.. bagai kaca terhempas hati ini.. bila sms cinta ummi tidak berbalas seperti apa yg ummi mahu... kenapa singkat sangat balasannya...

ummi bawa hati yang rajuk... ummi tak nak sms lagi...

5 minit kemudian.. si adik talipon abahnya... " abah... mana ummi ni.. adik tunggu tunggu sms ummi..tapi ummi tak balas..."

aik..siapa yg ngajuk sebenarnya ni... abah pun pass talipon kat ummi... "nah ckp ngan buah hati awak"

dengan semangat adik tanya "ummi.. napa tak sms lagi.. adik tunggu tunggu sms tak masuk pun"...

ummi pun jawab cam org tengah merajuk.. "malas nak sms , ummi tulis panjang-panjang adik jawab sikit jek..malassss ummi"

adik pujuk ummi.."alar ..ummi ni ada mana tau taip panjang panjang mcm ummi nanti lambat...

la syiannn nya si debab ummi.. sia sia ummi ngajuk... "ok ok letak tepon ummi sambung sms lagi.."

sms ummi "tadi ummi ngajuk,ummi taip pjg2 adik balas pendek pendek..malas ummi nak sms..ni sapa? adik ke aqib"

Adik balas..."Adik"

haha.. memang betul betul "Short Mesej Sistem" budak ni..

ummi sakat adik kasi panas.."patut cam siputttt..adik rindu ummi tak"..

dia balas dengan pantas "Rindu"

ummi balas lagi pantas.." ehem ehem..sukanya ati umi.. mlm ni ummi nak tido lelap lelap.. esok ummi nak amekk adik... mandi bersih bersih tau..takmo busuk busuk..pakai bedak tau..."

pastu kami pun tidooooo... hari ni nak pegi amek dia org... entah apa ler citer si debab ni karang....

Thursday, November 10, 2011

Dakwah

Buah hati ummi... ni la tempat ummi mencuba bakat menjadi pendakwah

Susah benar untuk berdakwah kan. Berdakyah itu mudah. Ajar yang jahat itu mudah tapi ajar yang baik itu susah. Tak perlu kita pergi jauh..untuk berdakwah ,dalam keluarga sendiri pun payah. Sebab itu sebagai pendakwah kita perlu banyak ilmu. Banyak membaca dan banyak mendengar program-program ceramah. Jika jiwa seorang pendakwah itu kosong, bagaimana mungkin kita boleh melakukan kerja-kerja dakwah.

Baru-baru ini, selepas selesai solat maghrib berjemaah, semua orang bertungkus-lumus mengemas sejadah dan lain-lain. Ada seorang jek yang tidak bergerak-gerak. Kira cam boss lah.. perati jek apa orang lain buat. (ummi rasa korang pun tahu siapa yang dimaksudkan ni kannn...)Ummi hanya memerhati dan berfikir apakah ayat yang paling sesuai untuk ummi menjalankan kerja-kerja dakwah ni. Tiba-tiba terpacul ayat ni dari mulut ummi ni... "Dalam rumah ni .. ummi peratikan semua orang rajinnn bekerja..rajinnn kumpul pahala.. tapi ada soranggg jek yang payah sikit nak kumpul pahala ... penyakit malas dia sangat tinggi... tapi tak pe.. kepada yang rajin moga Allah kurniakan sebanyak-banyak pahala buat mereka kerana Anda buat Anda dapat..Selamat Beramal."

Tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni melentinggg..."ha perli ler tu... ingat adik tak tahu ummi cakap siapa... " ... ish ish ish.."tak baik ada cakap cam tu.. ummi tak perli pun siapa-siapa.. kenapa ya..adik makan cili eh..owhh sebab tu adik terasa pedas." Hahahaaa..terasa rupanya.. terus muncung sedepa... dah kena perli baru le dia buat kerja...

Selepas itu dia pulangkan paku buah keras pulak dekat ummi....
Semasa enak menikmati makan malam.. semasa membongkokkan badan nak ambil lauk.. adik terkentut dengan tidak sengaja. Mungkin abdomen yang terhimpit mengeluarkan angin tanpa sengaja. Otot yang nak kontrol kentut tak sempat kemut barangkali.

Naqib punyalah marahh... sampai adik minta hulurkan lauk pun Naqib tak nak hulur. Katanya adik tak jaga adab makan. Selepas itu adik mintak ummi hulurkan pulak.. ummi pun menyakat dengan mengatakan tidak. Alasan yang sama macam Naqib.. adik tak jaga adab. Abah yang baik hati ni pun hulurkan lauk pada adikk...
ni dialog adik yg buat kami percah perut, kenyang ketawa.

" Dalam rumah ni ada dua org yang busuk hati. Adik dengan abah jek yang baik hati. Yang 2 orang ni pendendam. anda buat anda dapat..sambung adik lagi..." hua hua hua... ingat ummi hangin kee? ummi pun buat buat macam terpinga-pinga.. kasik adik panas. "Sapa dik...sapa dik.. adik cakap sapa tu.." " Ha sapa makan cili dia lerr terasa pedas...." jawab adik.. hua hua hua... copy paste ayat nampak!!

Ummi sakat adik lagi..."Qib qib... kita makan lauk sayur kan Qib.. nasib baik kita tak makan cili kan Qib..." member muka merahhh...marah nampak!!
Ummi kasik panas lagi..."Abah..abah makan cili ker...?".. abah angguk... yesszz yesszz... owhhh adik cakap abah lerr tu... Tu la dek.. lain kali banyakkan beramal... banyak membaca.. kalau adik pandai jawab..

UMMI MUSTI PILIH!!!!... haha

Selamat beramal..Anda Buat..Anda Dapat..

Friday, November 4, 2011

Orang Beriman..

Orang beriman itu Cantik
Orang beriman itu Sabar
Orang beriman itu Kuat
Orang beriman itu Tenang
Orang beriman itu Lembut Ucapannya
Orang Beriman itu Pasrah
Orang Beriman itu Gagah
Orang Beriman Itu Manis Senyumannya
Orang Beriman itu Bersih
Orang Beriman Itu Bijak
Orang Beriman itu Luas Ilmunya
Orang beriman itu Handal
Orang Beriman itu.....


owhh susahnya menjadi orang berimannnn....
patutlah ramai orang memilih untuk tidak menjadi orang beriman
kadang kadang kita nampak orang tu macam beriman... tapi sayang..
rupanya iman tidak boleh dinilai dengan mata kasar... dia di nilai dengan perasaan..
sangat halus iman itu... hanya perasaan dapat menilainya... bukan dengan mata kasar...
kerana pandangan mata selalu tertipu dan pandangan hati selalu tersalah....

kecuali hati yang bersih disalut iman...

Friday, October 28, 2011

Hari Jadi si Buah Hati...Adindaku Pooh

"Dek... dek.. minta tolong hantar bunga ni kat ulu klang boleh...."

dia wat derkkk je....





"adik manis... akak nak beli bunga ni seikat bolehhhh?"

adik manis: "tak bolehhhh..."

ermmm..camaner nih...






Ha... cuba pegi kat abg misai ni lak...


"incik incik... minta tolong hantar satu lori munga ke ulu klang ..sebelah zoo negara boleh?

"saya lori jugak tak da lalu sana... sini timur tengah jugak"





Adinda ku Pooh...akak ada seladang munge lavender nak hantar masa hari jadik hari tu...tapi sorang pun tak nak hantar....uwaaaa!!!!!!




Sampai terpikir nak jadik pari pari jek... leh terbang sampai zoo pun cukuplah... tapi dosa kannnnnn......


lagi satu mampu ke akar tu menapung berat badan akak yg comel ni....





lalu...akak pun pasrahhhh...apa yang mampu akak lakukan hanya berdoa untuk kebahagiaan kalian .. (baca ayat tu betul betul ya)..


Semoga sentiasa berada di dalam peliharaan Allah baik di dunia mahupun di akhirat.... akak syanggggg cik poohhhh sgt sgttt... moga apa saja urusan dipermudahkan oleh Allah swt. ya

Monday, October 24, 2011

Cara Menangani Stress

Senyummmm...
senyum adalah salah satu cara menghilangkan stress.... kalau tak mampu buat macam ni...

cuba yg macam ni lak...

hahaha...kus semamat..tepanjat boboi

Special buat Nor Adila.. ni ummi wat research sendiri tau... tidak ada kena mengena dengan yg hidup atau yang telah mati ...idea juga tidak dijedok dari mana mana kolam pemikiran pakar-pakar motivasi mahupun mana-mana profesor yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam bidang ini. (hehe). Cuba praktikan ye.. kalau berjaya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri ummi sendiri...

Mari kita tampalkan perkataan tenang ini pada hati kita. Kalau boleh jangan tampal saja ya.. jom kita renung-renungkan dan kita amalkan.. anda buat anda dapat.. hehe

T - tidak bermakna hidup tidak ada dugaan
E - emosi harus dikawal ...supaya kita tidak dikawal oleh emosi
N - nasihat org tua kita guna pakai, yang bijak agama lebih lebih lagi lerr
A - Amalkan sikap berlapang dada..kerana kita semua tidak sempurna..
N - Niat yang baik, insyallah hasilnya baik
G - Guru yang paling baik dalam hidup kita ialah bila kita bijak mengawal kemarahan dan mudah memberi maaf.

Stress tidak boleh bawa kita ke mana-mana.. hidup derita, jiwa tersiksa.. hati merana.. sekaligus datang lah segala penyakit yang tidak diduga..kerana racun stress sangat cepat tindak balasnya... ubat yang paling mujaarab..berlapang dada..dan ingat Allah itu ada, Allah suka pada mereka yang tenang jiwanya....

Nak ilang stress..rajin-rajin le jenguk blog ummi..

senyum selalau yeee Dila... kerana senyum tak perlu kata apa-apa.....dan senyum itu sedekah...


Wednesday, October 19, 2011

Sunnah Rasulullah..


Ummi pernah terbaca artikel ni...Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).

Pada suatu malam yang indah..ummi pun celakkan mata abg aji. Esoknya Naqib pelik dan tanya kenapa abahnya lain rupa. Ummi pun terangkan abah bercelak sebab ikut sunnah. Memang berkesan pesan Rasullulah. Hari tu ummi sakit mata, mata ni rasa panas dan bertaik, sebelum tidr ummi pun calit celak di mata. Alhamdullilah, paginya mata ummi tak sakit lagi.

Malam berikutnya, sedang kami bersantai-santai anak beranak.. naqib pun suruh ummi celakkan Naqib sebelum tidur. Hensem anak ummi bercelak. Si adik ni... orang yang paling haru biru dalam rumah ni pun bertanya " ummi kenapa semua org pakai celak malam malam ni"... 'ikut sunnah" jawab ummi ringkas. "Apa kelebihannya?"..alamak si lorat ni..kalau tanya mesti A-Z. Ummi senyum jek, malas nak layan sebenarnya, sebab dia ni loyar buruk. Orang cakap lain karang jadi lain.... adik pun mencelah "sebab nafsu eh .." haaa!!!!! tepanjat boboi... berderai ummi ngan naqib ketawa malam tu... Mana dia dapat perkataan "nafsu" nih.... selamba je muka dia macam tak de dosa. Ummi pandang abah..abah pandang ummi... adik adikk.!!. ummi pun terang ler cam ustazah di malam gelap gelita ari tu... "Dek.. bercelak sebelum tidur pesan rasullulah, baik untuk menajamkan mata, memulihkan pandangan dan melebatkan bulu mata. Apa yang rasullulah ajar tu semua baik dik. Potong kuku kalau betul harinya kita dapat kebaikan, salah harinya kita dapat keburukan. Nak minum kena duduk..jangan minum berdiri nanti sakit tekak.. kan adik selalu tanya ummi... benda ni ikut sunnah tak... benda ni ikut sunnah tak... ha apa yang ummi buat adik ikut jek lar... faham!!"

Ikutlah sunnah rasulullah.. semuanya benar dan ummi pernah ada pengalaman mengalami kesan buruk andai ummi tidak ikut sunnah nabi. Kalau tak tahu tak apa, contohnya ummi pernah sakit tekak kesan minum berdiri padahal ummi tahu kalau ikut sunnah kita tidak boleh minum sambil berdiri. Ummi pernah potong kuku pada hari sabtu, dan ummi tahu hari sabtu tak baik untuk memotong kuku. Tapi sebab dah rimas kuku dah panjang ummi pun potong , dengn niat alar..tak pe..dah panjang sangat kuku ni. Kesannya.. ummi pun demam.

Jangan tak percaya kesan baik kalau kita ikut sunah rasullulah. Ini baru sedikit yang ummi ikut, byk lagi yang kita tidak kaji. Rugikan Rasullulah tinggalkan kita banyak petua kita buat tak endah..padahal yang Rasullulah tinggalkan semuanya yang baik-baik....

Moga apa yang ummi kongsikan ini dapat diamalkan. Walaupun sedikit harap ianya memberi kesan yang baik....

Wednesday, October 12, 2011

Hidup Mak Di Sulam Derita...sambungannya

Pagi ni cuaca cantik sekali. Kicauan burung berzikir merdu, pepohon menari lembut mengikut alunan zikir meraka, bunga-bunga yang sedang mekar di taman juga begitu.. Subhanallah sungguh indah ciptaan Allah. Semua makhluk ciptaan Allah tidak berhenti berzikir... sayangnya kita ni diciptakan oleh Allah sebaik-baik makhluk sangat susah mempraktikannya. Berat mulut ni untuk mengucap Alhamdullilah sebaik tersedar dari lena. Bukankah kita telah dimatikan sementara dan sepatutnya kita bersyukur kerana kita masih bernafas lagi hingga saat ini.

Selepas menghantar anak ke sekolah pagi itu, aku dan suami bersarapan di warung berhampiran pejabat ku. Sedang enak menikmati sarpan pagi, tiba-tiba telefon berdering. "Kak Teh" nama tertera di "handphone" ku, Panjang umur kak teh.. baru jek sebut-sebut nama dia semalam.

"Kau kat mana" tanya kak teh. "Tengah sarapan kat warung" jawabku ringkas. "Senang-senang nanti telefon kak teh balik"... dengan pantas aku menjawab "ok"..

Sampai di pejabat, selasaikan segala urusan yang tergendala, apabila semua urusan selesai aku pun menalipon kak teh seperti yang aku janjikan tadi.

Naik panas telinga ku berbual dengan kak teh. Rupanya kak teh nak beritahu dia akan balik pada pertengahan bulan nanti. Kebiasaan bagi aku, setiap kali kak teh atau kak cik nak balik kg.. aku pasti menghitung hari tanpa jemu. Nasib baik kak cik sudah duduk berdekatan dengan rumah ku setelah suaminya dapat bertukar ke Melaka.

"Cik kak kata nak sambung cerita.." sapa imah. "Kot ye pun, bawak-bawak bersabar ye.. kita siapkan keje dulu, kang waktu-waktu santai kang kita sambung."Alarrr... tak sabar nak dengar cerita tau..." rengek imah.

"Imah, tak de apa pun yang menarik, cuma pesan aku, siapa pun kita ni... pandai bodoh, tua muda miskin kaya, kita perlu ingat kita ni cuma menumpang di bumi Allah. Esok lusa kita akan pulang. Kita kumpul bekal supaya kat sana nanti kita tidak muflis. Cuba sedaya upaya untuk mengumpul sebanyak mungkin amal maaruf dan kita tinggalkan yang mungkar.Bukan mudah nak jadi baik ni. Godaan memang banyak. Godaan dari manusia ni cukup payah untuk kita tangani. Penat akal dibuatnya. Manusia ni pulak 1001 macam ragam. "

"Betul tu.. sambunglah lagi seronok pulak aku dengar tazkirah kau pagi-pagi ni.."usik imah. "Itulah hari tu anak aku pun tanya kenapa ummi tak masuk ustazah pilihan. Dia kata kalau ummi masuk komperm ummi menang..cewahhh.. rupanya anak aku ngan kau sama jek ehh... aku cakap, ummi tak layak dik umur dah expired..padahal memang tak layak pun" hik hik.. saja aku menyakat imah.

" ini bukan tazkirah dari orang bijak pandai, aku pun bukan "basic" budak sekolah aliran agama, jauh lagi mengaji pondok.. tapi dari dulu aku suka dekat dengan orang baik-baik. Sekurang-kurangnya pun, walaupun aku tak sebaik mana tapi dapatlah jugak pengajaran yang baik baik untuk aku jadikan panduan... lagi satu aku kagum dengan Kebesaran dan kasih sayang Allah.. kalau kita berkawan dengan orang kerana Allah, Allah akan jaga hubungan ini. Kalau orang tidak ikhlas dengan kita, Allah akan tunjukkan dengan bermacam cara. So kalau kita rasa susah nak masuk dengan seseorang itu.. tunggu satu hari Allah pasti akan tunjuk pada kita sia mereka yang sebenar. Tapi klau orang ikhlas berkawan dengan kita..bertahun-tahun tak jumpa tapi ALlah tetap simpan rasa kasih sayang kita pada mereka. Jadi berkasih-sayanglah kita kerana Allah. Kalau kita bermuka-muka, depan baik belakang menngutuk..insyallah..tak lama ler hubungan itu. "

"Wah dah berjela-jela lak khutbah aku pagi ni, tak panas ke telinga kau imah?" tanyaku pada imah. "Kau kalau dah berceloteh, sampai meleleh air liur pun aku tak sedar... seronok pulak tazkirah kau pagi ni. Eh cuba kau sambung lagi bab berkasih sayang kerana Allah ni.. aku ramai jumpa orang yang berkawan tapi tak iklas.." pinta imah

"Betul kau tak sakit telinga,..aku jarang bagi ceramah guna bahasa yang lembut-lembut ni, bahasa aku ni selalu menikam sukma..kau sanggup?" .. imah mengangguk-anggukan kepalanya tanda sangup menerima tusukan ayat ayat cinta ku.

"Kalau kita mengajak kepada kebaikan, pekara pertama yang kita temui ialah cemuhan. Orang yang tak suka kita pasti akan berkata "alar, diapun bukan baik".. tak pe kita teruskan jek kebaikan yang kita nak lakukan itu. Kalau hidup ni nak ikut cakap orang, tak ke mana ler gamaknya. Contoh paling dekat bab berkasih sayang kerana Allah ni..insyallah baik dalam keluarga dalam hidup berjiran dan bersahabat..Allah tak tgk muka manis kita tapi dia tengok keihlasan kita berkasih-sayang keranaNya. "

"Jadi jangalah takut melakukan kebaikan tapi takutlah jika kita melakukan kejahatan. Biar orang buat jahat dengan kita tak pe...sampai bila? Allah kan ada cepat lambat jek Allah nak tunjuk..tapi seiring dengan pantasnya masa berlalu sekarang maka dengan pantas jugalah balasan Allah pada kita."

Tanya imah "tadi kak teh call nak apa"... "oh lupa aku nak cerita... esok sajalah ye..aku banyak kerja ni...tapi best cerita ni tau.. sesuai buat pengajaran semua... esok aku ceita yeee.."

"Alah bersambung lagi...." keluh imah... (termasuk lah kalian semua... sila ikuti sambungannya nanti ya.....)

Tuesday, September 27, 2011

Hidup Mak Di Sulam Derita.

"Makkkk...kenapa mak panggil dia mem kus kus..."
suasana sunyi seketika... "tak de apalah... nanti bila dah besar adik akan faham"...jawab mak sambil tersenyum.

Itulah arwah mak, seorang wanita tabah yang tak suka bercerita hal orang. Hidup dia hanya memikirkan bagaimana nak membesarkan anak anak dengan penuh kasih sayang. Baiknya mak tak siapa boleh ikut. Mak tak reti duduk berlonggok-longgok bercerita hal orang. Kerja rumah mak tak pernah selesai. Dari awal 5:00 pagi mak buka mata hinggalah ke tengah malam apabila anak-anak dah lelap mata, baru mak berehat.

Setiap hari rutin mak, mak lalui dengan tabah. Mak suka tengok adik cantik. Petang-petang mak dan adik duduk di tengah rumah tepi tingkap.. mak jahit baju adik. Adik kena duduk sebelah mak sebab bila nak cucuk jarum mata mak tak nampak. Nanti mak ikat rambut adik cantik cantik..pakai reben pakai bulu bulu ayam. Masa mak ada semua orang suka tengok adik, kalau adik pergi mengaji ramai budak lelaki kacau...tapi mak pesan arwah abang jaga adik. Siapa saja yang kacau adik, arwah abang akan pukul hingga tiada siapa berani kacau adik.

Bila tiba hari raya, fikiran mak berserabut memikirkan mana nak cari duit untuk mengembirakan hati anak-anak. Mak sanggup gadai kain batik semata-mata nak tengok balang kuih mak penuh untuk anak-anak supaya anak-anaknya tak meminta sedakah rumah org... mak sanggup ikat perut mak untuk beli baju untuk kami seramai 8 orang ni. Gaji abah sebagai polis berpangkat rendah manalah cukup untuk 8 orang anak yang semuanya sedang membesar.

Anak-anak mak ada macam-macam perangai.. ada yang baik hati dan memahami perassan mak tak kurang juga yang menyakiti hati mak. Walaupun adik hanya mampu membesar dengan mak selama 11 tahun .. tempoh yang sedikit itu pun adik dapat melihat betapa derita mak menaggung peel anak anak nya yang "berpenyakit"ni....

Adik selalu nengok mak pengsan bila menghadapi tekanan yang tidak tertanggung oleh mak. Pernah kami tercari-cari mana mak semasa majlis perkahwinan kakak...rupanya mak pengsan di bawah rumah ...kerana apa? Kerana tertekan dengan perangai anak-anak yang macam ni. Anak-anak yang "sakit" inilah yang banyak mencekik air mata mak. Aku bersyukur pada tuhan, hari ini, tak payah tunggu mati balasan tuhan sedang mereka nikmati.

Kesian mak.. mak pernah dituduh keturunan tak baik, mak di tuduh macam-macam kalau yang menuduh tu orang tak apa lagi.. tapi ni yang terlibat dengan darah daging mak. Tapi mak baik, mak tak pernah berdendam. Mak sayang anak-anak dan cucu-cucunya melebihi segala apa yang ada di dunia.

Mak seoranag wanita yang cukup taat pada suami. Makan pakai abah memang terjaga. Walaupun bukan orang berada, makan minum kami mak jaga dengan baik. Dari minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam tak pernah tiada hidangan. Walaupun hanya dengan pisang nangka rebus mak tetap sediakan sarapan.

Kesian mak... Allah lebih sayangkan mak.... kalau orang "biasa biasa" mungkin tak tertanggung penderitaan mcm mak... sifat sabar mak, tidak terwarisi oleh kami. Tapi dalam ramai-ramai nampak kak teh yg banyak mewarisi sifat mak. Sebab tu kak teh selalu di buli adik beradik yg macam hantu ni. Adik sayang kak teh, selagi ada umur adik, adik akan bela nasib kak teh ya.. sebab kak teh penganti mak, kak teh pun sayang adik macam mak sayang adik.

"dik jom ikut mak pergi melaka, kita beli barang sekolah..adik kan nak peksa penilaian tak lama lagi."... (ish asal mak baik hati ari ni nak bawak adik jalan-jalan ni) rupa-rupanya itulah tanda mak nak tinggal adik selama-lamanya. Semasa menunggu bas, kami ternampak ada seorang mak cik bersama seorang cucunya. Makcik ni nak hantar cucunya balik ke asrama.

"Adik, nanti jawab peksa elok-elok ya, kalau adik pandai boleh mak hantar masuk asrama. Kalau mak tak de pun pandai-pandai adik bawk diri ya, untung sabut timbul, untung batu tengggelam.." rupa-rupanya itulah kata kata hikmah yang mak tinggalkan hingga hari ni masih terngiang-ngiang di telinga adik. Kata-kata itulah yang adik pakai untung menumpang di bumi Allah ini.

Masa hari peperiksaan..mak jaga adik elok-elok supaya adik dapat jawap dengan tenang. Adik pun bukan pandai sangat... tapi dengan berkat doa mak adik berjaya menjawab soalan pepriksaan dengan baik. Tidak lama selepas itu, tibalah harinya keputusan peperiksaan diumumkan. Zaman dulu tidak seperti sekarang, mak bapak penuh di dewan sekolah. Yeayyy... adik lulus semua.. mungkin hari tu hari adik..macam macam kejayaan adik nak beritahu mak... adik lulus penilaian (agak baik jugak lah keputusan adik) adik terpilih untuk persembahan tarian, ari tu adik terpilih untuk pertandingan sajak dan adik menang ...macam macam adik nak cerita dengan mak...

Sampai rumah jek...campak begg...adik terus lari cari mak.."Makkkk.... makkkk...makkkkkk" setiap ruang adik cari..tapi mak tak de... adik lari keluar rumahhh... "makkkk...Makkkk..." adik cari dekat mengkewan (dulu bilik air di luar rumah org panggil mengkewan) ... ish mana mak ni.... kenapa baju berlambak lambak dalam bilik air ni... ada baju dalam besin ada baju atas lantai... dengan sabun dangan berus yang berlambak-lambak atas simen... "argghhh kenapa hati adik tak sedap ni.." adik lari mencari jiran sebelah....

"kak niii...kak niii... kak ni nampak mak kita tak?"... "mak adik baru orang bawak pegi hospital.. mak pengsan dalam bilik airrrr"..... "tak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....." mak tak sakittttttttttt... mak sihat pagi tadi... mak ngan kak teh baru buat gula ketuk suruh adik jual kat sekolahhhh..... cakap la betul betul kak ani...mana makk!!" air mata tak dapat ditahan tahan..Ya Allah kau sihatkan mak.. ya Allah adik nak makkkkkkk!!! .. mak siapa nak dengar berita gembira adik niiii.....

Kak ani peluk adik... kak ani suruh bersiap-siap nanti dia org bawak adik pergi hospital. Adik tak nak bersiap-siap, dengan baju sekolah adik pergi hospital. Dalam perjalanan adik rasakan Ujung Pasir dengan Bukit Baru macam melaka pergi kelantan... "mak adik dtg nihhh...adik nak mak senyum atas katil tunggu adik.. adik nak mak ketawa dengar berita gembira yang adik bawkkkk... " sampai saja di hospital jantung adik semakin berdebar-debar..

prangggggg!!!!!!... berkecai hati adik... bila adik nengok mak kaku di atas katil... badan mak ada wayar... mata mak terpejam rapattt.... mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!... napa mak buat adik macam niiiii......... makkkkkkkkkk..............!!! ku buang segala ceita gembira tu jauh jauhh... ku hanyutkan semua kemenangan yg aku dapat dalam pertandingann... semua itu tiada makna lagiiii.......

Tiga hari mak di hospital terbujur kaku... tiada sebarang respon mak beri..cuma yang adik ingat.. pak ngah pesan sebut sesuatu..hantar kalimah ke telinga mak, mak boleh dengar kata pak ngah. Adik buat..adik pergi kat telinga mak... "mak, adik lulus penilaian, adik menang sajak..adik masuk persembahan .. mak bangun la.. tengok adik.. mak adik sayang mak sangattttt.. cepat la baik boleh balik.. " ..adik nampak badan mak bergerak... tapi..selepas tu mak senyap balikkkk....

Teringat adik... masa adik carik mak... adik ternampak baju kat dalam bilik air... kata kak cik itu le baju mem kus kus... baju dia laki bini dia hantar suruh mak basuh. Mak tak pernah merungut, agaknya sebab mak tak meungut mak tak bising..mak simpan dalam hati, tu yang darah tinggi mak naik hingga saluran darah mak pecah. Sejak dari hari tu hingga ke hari ni... adik memang tak suka dengan mem kus kus nih. Perasaan benci adik tu tak boleh dibuang, adik memang tak suka dia... sampai anka-anak dia pun adik tak suka. Kalau dia nampak adik suka pun, tu adik buat buat je.

Masa tu adik kecil lagi, adik tak tahu apa apa..kata kak cik mak banyak makan hati dengan mem kus kus ni. " kau tahu dek, masa anak dia kecik mak suap biskut marie, dia marah mak..sebab anak dia makan biskut mahal.. putih mata mak" dia jaga pemakanan anak-anak .. biar anak dia pandai..tapi sekarang kau tengok dik, macam mana Allah balas.... " Betul kata kak cik, sekarang ni apa yang kau lalui kau rasakan. Macamana kau buat mak adik, kau rasakan sekarang sakit tak hati kau..merana tak hidup kau. Kalau kau insaf hantarlah fatiha buat arwah mak mertua kau ngan bapak mertua kau.

"Assalamualaikum cik kak...wah jauhnya termenungg.." tersentak aku dari lamunan....
"apa yang kau menungkan tu".. tanya imah rakan sepejabatku.
"tak de apa apa lah..cuma aku heran dengan sikap manusia sekarang ni.. yang jahat ,kita agung agungkan, yang baik dia hentam sesuka hati..." rungutku membuatkan imah terdiam.
"Cer citer cer citer .." sambung imah yang tidak putus putus nak korek cerita.
" panjang ceritanya imah... kalau nak cerita 10 hari 10 malam pun tak habis.."
"Alarr kau pendekkan larrr..." kata imah

" ceritanya macam ni..kau tahu kan, aku ni suka sangat menulis kat blog aku.. apa yang terlintas kat kepala ni aku tulis kat blog. Bukan apa nanti bila dah tua tua sok atau bila anak anak dah besar boleh jugak dia baca coretan aku nih. Moga yang baik dia jadikan tauladan yang buruk dia jadikan sempadan. "....

"paling buat aku bangga bila adik adik yg selalu ber "usrah" dengan aku, suka sangat menjengah kat blog aku.. aku cuba sedaya upaya memberi yang terbaik untuk kami kongsi bersama. Aku ni bukannya orang bijak pandai, tulisan aku pun merapu-rapu selalu kena tegur dengan cik abang. Cik abang aku tu kira cam auditor aku la... tapi aku rasa lebih kepada "komentor" kerana kalau aku letak yang merapu pasti kena komen."

"apa masalahnya pulak dengan blog kau..." celah imah lagi.

" tak de lah... kalau boleh bacalah coretan aku tu dengan hati, ni tak meraka baca dengan kaki. Ilmu yang baik kalau di baca dengan kaki.. memang level kau kat tapak kaki aku lar.."

Tersentak imah dengan pengakuan aku tu. "Amboi makcik kasarnya bahasa.."

"tak tak... tu "ter" jek.. hehe" sambil tersenyum manja aku menjeling imah

"Itu baru sikit imah... kalau kau duduk kat tempat kak teh aku lagi kesian. Dalam keluarga, kak teh ni memang yang paling baik. Sebab dia baik la orang suka hati pijak kepala dia. Dalam keluarga walaupun aku yang paling bongsu tapi aku lah yang paling kurang ajar kalau ada orang buat adik beradik aku. Aku tak nak peristiwa orang buat mak aku melarat-larat sampai ke kakak aku pulak"

"Aku heran la kenapa orang suka sangat baca jahat orang. Diri sendiri tu bukan main jahat tak nak pulak dibaca. Kalau aku suruh buat baik ,taat mak bapak melenting-lenting. Kata aku malaikat maut lah, orang paling kurang ajar dalam dunia lah. Agaknya dia orang nak aku tulis, tips macamana nak bersekedudukan lelaki dengan perempuan, bagaimana untuk kurang ajar kepada orang tua, Bagaimana kita ingin merasa keseronokan melakukan pekara-pekara yang haram..contoh berenang bersama-sama antara lelaki perempuan yang bukan muhrim.. atau tips macamana kita nak jadi seorang isteri yang jahat.... itulah agenda syaitan. Tak suka orang mengajak kepada kebaikan . Sebab itulah Rasullah diberi kedudukan yang paling Agung kan.. bukan senang nak berdakwah. Kita nak berdakwah dalam keluarga pun babas. Zaman sekarang salah cakap je orang boleh buang sedara tau. Itulah nilai murni yang dia orang dapat hasil dari perbuatan maksiat kepada Allah. "

Melopong mulut imah mendengar bebelan aku.

"Kau ni sesekali bercakap macam ustazah lar... " sambung imah

"wah! kalau nak tunggu ustaz ustazah jek yang bercakap bab-bab agama, berleluasa ler maksiat dalam dunia ni. Kita jugak bertanggungjawab untuk menegur perkara-pekara yang tidak disukai Allah. Sebab tu lah yang jahat bertambah jahat. Contoh kalau ada orang datang rumah kita, kita dah asing-asingkan bilik antara lelaki dan perempuan, tapi dia buat suka hati mak dia tidur sebilik... kita halau dia keluar. Mana dia letak maruah dia. Dah tak reti hormat orang tua. Jadi kita perlu mainkan peranan. Kalau dia nak menipu mak bapak dia silakan, tapi bukan dengan kita. Ni depan mak bapak, berlakun lembut... bersopan santun ..jangan kau ingat Allah tu bodoh, jangan kau ingat Allah tu tido. Orang kau boleh perbodoh-bodohkan. "

"mak aih... kau ni macam nak melepaskan sesuatu je. Tetelan air liur aku dengar khutbah kau. Nak kata khutbah Jumaat ni baru hari Rabu. Adehh!! apa yang kau kata tu sikit sikit terkena kat batang hidung aku. " imah menyampuk di tengah tengah ceramah aku.

"kita fikir macam ni imah, kita ni cuma menumpang di bumi Allah. Kita esok lusa akan balik. Nak buat seesuatu ingat Allah. Katakan dalam kau sihat siHat maki orang sana maki orang sini tiba-tiba Allah sentap nikmat. Tu nasib baik dia sentap nikmat, kalau dia sentap nyawa. Tak ke mati yang sia-sia. Mati yang dibenci Allah, di benci manusia. Tak ke sia-sia dah lah di dunia tAk bahagia, kat alam kubur terseksa...di akhirat nanti jadi orang yang menderita tiada berkesudahan. Orang sakit adalah orang yang paling disayangi Allah. Sakit itu adalah kifarah. Jadi gunakan anugerah Allah itu dengan sebaik-baiknya. Kalau ada hutang amalan dalam dunia ni, kita ganti selagi ada nafas yang tersisa. Jalinkan ukhwah dengan keluarga supaya ramai yang mendoakan kesejahteraan kita. Ini kalau dah sakit menderita, buat kebencian orang , apa yang kita dapat. .."

"kau cerita ni macam kau pernah lalui semua ni... ada kena-mengena engan kau ke?" tanya imah.

"sebab terkena dengan akulah aku cerita ni. Bukan pernah...tapi tengah lalui sekarang ni. Belajar setinggi gunung kalau tidak di seiringkan dengan ilmu akhirat. tak de gunanya. Bila tiada agama tu yang tak reti hormat orang tak reti menghormati agama. Bukankah memutuskan silaturahim itu di benci agama. "

"Owwwwhhh..tu yang kau termenung jauh nau sampai perancis tadi tu" kata imah

"Ya lah aku teringat kat mak kat kak teh.. kesian mereka.. bagaimana hidup mak dianyam derita oleh mereka ni. Tapi aku puas, belum aku tutup mata Allah dah tunjuk balasannya di depan mata . Tapi kejadian ni bukan buta-buta Allah beri pada kita, tapi di suruh ambil pengajarannya."

"eh kenapa pulak dengan kak teh...." imah mencelah..

"dah lah imah...hari dah petang, anak aku dah tunggu kat sekolah, nanti bila senang aku sambung lagi..."

~bersambung~

Seri Muka

Alhamdullilah..berkat ilmu yang kakanda terrsayang ku ajar... menjadi kuih yang ummi buat untuk kali pertama.... cuba nengok ni....


sedap tau....

kalau nak order boleh le calling calling... tapi kena 2 bulan awal yeee... pulut tak de stok...thailand banjirr..hehe (acah je)

Thursday, September 22, 2011

Berdoa dan terus berdoa.. kamu akan terasa seperti berbual dengan Allah...

singgah di blog i luv islam... trjumpa ayat ni (terima kasih ustaz)

"Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa." (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).


Saat Syaitan mengoncang iman dengan lajunya...seperti tidak ada ruang untuk aku berzikir dan menarik nafas untuk bertenang... ya Allah mengapa begitu kuat syaitan ini menyeksa diri ku... di letak pelbagai prasangka.. di campur adukkan dengan bisikan bisikan jahatnya .. walaupun tidak sesedap syair syair cinta ..aku terus bertarung dan terus bertarung dengan godaan syaitan laknatullah ini. Tidak berhenti henti aku berdoa kepada Allah.. peliharalah aku ya Allah..peliharalah aku dari godaanya ya Allah..

Ku ulang zikir di pc ku berkali kali...ku ulang bacaan yassin berkali kali... akhirnya dapat juga ku kecapi sedikit ketenangan. Muhasabah diri ... aku seorang yang kepala angin... panas baran..cepat melenting.. sifat mazmumah yg ada pada diri ini menyebabkan ramai orang yang tidak sealiran dengan ku payah mendekati diri ku ini. Prinsip hidup ku mudah.. jika kau jujur dengan ku insyallah Allah pelihara perhubungan ini.

Dari pagi hingga ke petang aku berdoa kepada Allah moga dilembutkan hati ku.. kerana hati yang keras susah untuk ditenangkan. Alhamdullilah Allah kurniakan ketenangan. Aku cari laman laman nurani yang dapat menjirus sedikit keimanan ke dalam hati ku....

Akhirnya terasa seperti berbual dengan Allah.... bila pengantaranya adalah suami tercinta.. tiba tiba abg aji telefon dan beritahu dia suka ayat ni...

Al-Muzammil Ayat 10 -11 "Bersabarlah terhadap apa yang mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku bertindak terhadap orang orang yang mendustakan yang memiliki segala kenikmatan hidup dan berilah mereka penangguhan yang sebenar. "

Terimakasih ya Allah aku yakin janji mu benar

Prasangka itu adalah racun. Bukankah lebih baik untuk mendapat kepastian tentang sesuatu cerita, kita bertanya kepada tuan punya badan. Apabila kita bertanya kepada orang lain takut cerita yang disampaikan itu tidak benar.. bila tidak benar bukankah itu FITNAH!!!... kalau tidak kita tinggalkan saja dengan cara yang baik.

Menceritakan keburukan orang memang seronok, seperti mengunyah daging BBQ.. Ya Allah kau jauhkan aku dan keluargku daripada perbuatan yang sia sia ini. Tapi bagi mereka yang di umpat.. mari kita baiki diri, kerana kita pun bukan sempurna. Kita perlu di umpat untuk kita sedar diri. Tapi jangan kita gundah gelana kerana pahala orang mengumpat hal kita tu.. free free dapat kat kita. Mungkin mereka dah kaya dengan pahala. Tapi kepada orang yang suka mengumpat itu, berjimat cermatlah di dunia takut kita muflis di hari kemudian. (PERINGATAN!! untuk diri saya juga)

Apa yang ingin dikongsikan di sini, jadilah diri kita yang sebenar. Jangan berpura-pura, makin ramai yang ku lihat.. mereka mampu bergelak ketawa bertepuk tampar tapi di belakang mereka megutuk sesama mereka. Jauhilah perbuatan seperti ini..kerana gejala seperti ini melhairkan masyarakat yang hipokrit. Harus diingat kita ni bodoh kita ni alpa tapi Allah tidak pernah alpa..dan malaikat Allah sentisa jujur dan setia mencatit setiap perbuatan kita.

Sama sama kita berdoa agar ALlah sucikan hati kita... Ya Allah peliharalah hati ku ini dari suka berprasangka dan suka mengata.... kerana perbuatan ini akan menjauhkan akudari kasih sayang Mu Ya Rabb..... Sesungguhnya yang baik itu dari ALlah dan yang buruk itu dari diriku yg hina ini...

Jom berdoa......

Tuesday, September 20, 2011

Beraya dengan Air Mata

Itulah resam dunia... dulu sorang kini berdua... lepas berdua...bertiga berempat berlima berenam... (dapat anak)... pastu kesudahannya berdua balik ...kalau hingga ke tua ok lagi... kalau tinggal bersorang... lagi tak dapek nak tolonggggg...

Ni lah jadiknya pada adik adik ummi kat mmu ni... dulu penuh rumah ni..... pastu sorang sorang ...dah berkeluarga.... bila dah berkeluarga ni payah lah sikit kan... nak layan keluarga sendiri, keluarga mertua... keluarga yang baru di bina..ini lah lumrah kehidupan.

Tahun ni raya pun tak berapa meriah, maklum le..anak ummi pergi berperanggg... (UPSR).. jadik lepas perang hari tu... datang la..adik adik tersayang beraya di rumah.... dulu penuh hall akak sekarang ni....tinggal yg ni ajeeeee.....

nak nampak ramai...akak pun "enterprem" ler jugakkkkk

duluuuuuuuu... gamai sgttttt.... mcm ni ha.... raya 2009

ni lagiiiii....

ni lagiiiii....

Duluuuu...ramai kat luar sampai tak nampak kolammm..sekarang ikan dalam kolam pun boleh nampakkkk....

walaupun air mata mengalir tetapi...senyuman tetap terukir kannnn....

dah tak de org...akak le mangsanya...cik pooh ni kekejap suruh akak senyummm sana senyummm sini...abis abg aji abg aji di amek gambaunyaaaa......

ummi ngan adindaku pooh.... harap harap..bila dah berdua bertiga berempat berlima...tetap carik akak yeeee.....

abg aji pun rajin melayan kerenah cik pooh nihh...

cantik betul gambar ni..pakai kamera ehem ehem kan cik poohhhh......

hakikatnya, walaupun kita semua dah jauh jauh, tapi minta dengan Allah...
biarlah dekat di hati...

kalian tetap di hati akak bila kita bertemu dan berpisah hanya kerana Allah....

Wednesday, September 7, 2011

Suasana Petang Raya

Ramai org upload gambar pagi raya .. macam macam kaler ada..apa kata akak share suasana petang raya..sebelum kita berseri seri di pagi raya. Ni la warna kita sebenarnya... seronok sangat suasa petang raya.. malam raya dan pagi raya.....


Sedap sangat kuah kacang ngan belimbing air tangan ibu mertuaku.....

abg aji yg sangatttt rajin... anak soleh mak.... siang punya penat...mlm tido tak hengat ..syiannn abg aji.. semoga abang dipelihara Allah utk menjadi anak yg taat pada mak... dan sayang makkkkkkk.... selagai ada umur mak....

Kari daging..... baru nak start

Gulai darat ayam kampung...

mak dengan ron... cantikan!! suasana cam ni... kat kg jek ada suasana cam ni tauuu...

Rendang perut cili padi ... lagi bestttt ohhh ohhhhh (nyanyi cam lagu myvi baru tu)

dah penat memasak... tibalah waktu berbuka puasa... ada mcm mcm air.. ni yg paling syiokkkk lagi nyum nyum...jus kedondongggg,,, sedappppp sgttttt..
abg aji punya resepi

cantik kan kaler dia....

lepas buka puasa..kemas sikit sikit sebab lepas tu kami ada projek besarrr...
pemandangan dari tingkap umah mak... cantikkan suasana malam raya...

inilah projek besar kami... acara memakai inai beramai-ramai..yihaaaaa

abg aji pun berhajat... lepas pakai inai abg aji selelap jap sebelum kami balik umah... pas ni nak kemas umah kita org plak...

bunga ni di gubah pukul 4 pagi...

hiasan meja rumah org lain..kuih raya..tapi umah ummi ada buah mangga..cantikkan?

kuih raya tak byk...yg dalam tupperware tu la kuih raya...

siap kemas pukul 5 pagi... baru mata ni nak melekat.... tak ke naya... org hari raya jalan raya..ummi raya pertama tu byk Zzzzzzzzzzzzzzz....

Selesai sudah hari rayaaaaaa......... (sambung raya lepas naqib habis upsr)

Monday, September 5, 2011

Kenapa Allah jadikan hari raya....

Hari tu masa pegi jalan-jalan raya di rumah handai taulan saudara mara sekalian... ummi rasa seronok tengok persekitaran masa hari raya. Ummi pun berbual kosong dengan abg aji. patutulah Allah jadikan hari raya untuk kita kan bang. Hari raya ni berbeza dengan hari hari lain. Ummi pun soal lah sorang-sorang pasal hari raya ni...

Ummi: Ok ummi nak semua bagi sorang satu jawapan mengapa Allah hadiahkan kita dengan hari raya...

Adik: ummi bagi lah contoh dulu

Ummi: satu... kalau tak raya orang tak kemas rumah bersih bersih..bila raya... pasu bunga pun orang cat... (org melaka jek yg rajin nau cat pasu).. pastu dapat jumpa sedara mara... bersalam-salaman bermaaf-maafan..

ummi pun cakap kat abg aji..bang ummi nak tulis kat blog lah topik ni...

pantas si adik menyampuk... "ha tulis lagii.. esok org baca salah gaduh lagi..."

mak aii... cam mak nenek si debab ni... dik abis tu sampai bila bila ummi tak payah menulis ke dik... ummi saja buat sakit hati dia "ada aku kesahhhh"... hehe

"ok ok kalau adik tak suka..ada bagi uumi satu jawapan.. kenapa Allah jadikan hari raya..."

dia jawab dengan selambanya... " dapat mengeratkan silaturahimmm"...

"owwwhhhhh.... beralas jawapan adik ... maksud sama penyampaian jek berbeza.."

ummi sambung lagi... "naqib plak?"

"sebagai hadiah kemenangan setelah sebulan kita berpuasa menahan nafsu..."

pandai anak-anak ummi... apa kata abah?

jawapan abah.. hahaha...rahsia!!!!

Thursday, August 25, 2011

Jom Ketuk Ketuk

Alhamdullilah sepanjang ramadhan ni sekali jek makan kat luar.. tu pun atas permintaan si adik nak rasa berbuka di luar. Selebihnya di rumah saja dan Alhamdullilah tidak berlaku sebarang pembaziran. Semua makanan habis di makan. Ummi berharap Ramadhan kali ni lebih baik dari yang lepas..sbab tak byk makan luar dan membazir makanan. Ni pun dikira sebagai ibadat juga kan.. tidak membazir...

Jom nengok apa ummi masak lagii....

KFC goreng sendiri..bersih dan halal terjamin... utk sahur pagi tadi

Sambal Goreng Telur

Mee Hailam ala kopitiam

Keladi Goreng

Paprik atas dapur lagi


Paprik dah siap... taraaaaa

Ayam Goreng Kunyit

Dah dah...jom sambung kije....

Monday, August 22, 2011

Sebelum syawal menjelma..inilah juadah ketika berbuka minggu lepas

Kacang panjang goreng nenek-nenek si bongkok 3.. (goreng sayur cam org dolu dolu)

Goreng "pisang nangka"... bukan goreng nangka tau
cuba teka apa ni... berkilat kilat..memancau mancau.. ni lah Air Kelapa Pandan
(air tgn abg aji... bukan main sedap lagiii...)

Kuih malu malu siput (projek ngan ibu mertua ku semalam)

Masak Lomak Cili Api Tulang ngan Rebungg... (air tgn ibu mertuaku)..
punya lerrr sedappp.. merereh are re ruh...

Rempeyek.. cantik tak?
(hasil usahasama ummi ngan abg aji khas utk makkk.. janji mak senyummm)

"Kerang Rebus Berapi"... cuba cicah kicap cili api.. komperm le berapi

"Rojak Memori"..(dulu dulu kalau kenduri kat rumah ummi mesti ada rojak ni)

"Air Epal couple ngan Asam Boi "... punya le syiokkk..ni hasil air tgn abg aji...

Mee Hoon Sup Gadis pingitan..(tak de minyak..semua rebus jek

Telor Masak Kicap "Bila Malam Bulan Mengambang" nampak tak kicap tu hitam..
seb baik telor mcm bulan hehe....

Selamat Memasakk.....