Monday, February 7, 2011

Tangan Kanan Memberi Sorokkan Tangan Kiri


Rezeki, jodoh, ajal maut semua di tangan tuhan. Kadang-kadang mereka datang tidak di sangka-sangka.... kat mana-mana rezeki akan datang. Kat rumah, kat pasar, kat hospital... itu yang dikatakan bila bulan jatuh ke riba.

Sebab itulah org yg rajin memberi atau bersedekah ini Allah tinggikan darjat mereka. Kalau kita tengok hidup mereka senang, rezeki mereka mewah..jangan kita cemburu. Itu adalah janji Allah..kau beri 1 aku ganti 10. Jangan tak percaya, kalau tak caya cuba try test. Cuba lakukan seikhlas hati insyallah... contoh ya... kita teringat ada orang sedang sakit..kita pun masakkan sesuatu maskan yang ikhlas supaya org yang sakit itu sembuh ataupun gembira dengan pemberian kita tu.. tup tup masa nak balik, kita tak sangka ada orang "salam kaup" dengan kita. Haaa... betapa benar janji Allah... modal kita masak tak sampai 10 hengget tapi Allah balas kita dengan ganjaran yang besar 10x ganda. begitulah sebaliknya.

Kepada mereka yang baik hati, rezeki yang sedikit tapi beri sedekah pada jumlah yang besar, Subhanallah... Allah sajalah yang Maha Penyayang dan pemberi pembalasan yang baik. Semoga dengan sedekah jariah itu, Allah mudahkan urusan kalian, Allah kurniakan kesihatan yang baik dan jiwa yang lapang. Jiwa yang lapang inilah yang paling susah kita nak dapatkan. Insyallah kalau kita bersyukur pasti Allah tambah nikmat. Maaf kiranya kalian tertanya-tanya siapakah gerangan berhati mulia itu, pada ummi biarlah tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu cerita langsung.Kalau boleh masa bagi tu pun adalah lebih baik kalau kenyit mata..kerana mata kanan nampak mata kiri tak tahu... haha

Saat ummi menulis coretan ini, rezeki datang lagi tanpa di duga. Mungkin niat ummi ihklas untuk mengajak kita mensyukuri nikmat Allah, maka rezeki itu datang. (haha tak pun ummi ni muka welfare kot)

Kepada semua yang berbaik hati, hanya Allah sajalah yang mampu membalasnya. Tiada doa yang lebih murni yang dapat ummi panjatkan melainkan Allah kurniakan kalian keluarga yang bahagia, rezeki yang mewah dan kekayaan jiwa. Semoga berbahagia di dunia dan di akhirat.Aminn

4 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Tetapi, ummi, dalam gambar iringan nampaknya dua-dua tangan dia sorok :0

ummi said...

cuba tgk betul betul...tgn kanan tu tengah tolong sorokkan tangan kiri.... hehe

~mIsS_p00h~ said...

Akak~ ^^

ummi said...

yes darling....akak lupa jawab sms.... :(